KLIK DI SINI!

Wednesday, June 30, 2010

Kimi tertinggal beg!


Dengan slmtnya aku telah sampai ke destinasi tp tetiba je hp berbunyi...ingat ada berita gempak, rupanya adikku ckp aku terlupa nk bwk beg Kimi...alahai..apalah mama ni, beg kimipun luper...patutlah cm ada benda tak settle je..pastu akupun suruh uchu et dia bwkkanlah apa2 beg kt ctu utk dia bwk ke sekolah, nanti aku inform kt Cikgu dia...akupun memaklumkanlah pd cikgu dia, yg homework dia dh siapkan cuma beg dia tertinggal je...minta maaf byk2...
Telefon suami di rumahpun tak berangkat...taulah abg keje petang, apa salahnya bangun pagi2, joging utk menguruskan bdn ke...ni tidak asyik joging ats katil je...camne nk kurus! kemas rumah apa yg patut ke, pastu ltk hp kt bwh,orgnya ada kt ats...(Ni cm kes nk melpskan grm je..tp aku konfem suamiku takkan baca...wink!wink!wink!)...
Kesian Kimi, td dahlah mama kejutkan awl coz kencing t'babas ats katil...Akupun satu tak reti2 nk tutup aircond walaupun dh sejuk kematu!hari ni bertambahlah kerja nk membasuh cdr di rumah...abg...bila nk ada bibik ni?hikhikhik...b'tuahlah aku kalau suamiku menyediakan bibik..takpe, takde bibikpun aku masih mampu dgn kudratku mengerjakan kerja2 rumah yg tak pernah habis. Walaupun kdgkala ada jugak bebelanku keluar. Apa2pun aku akan pastikan sebelum transit Kimi & Baby ke rumah mak, brg keperluan mereka mesti mencukupi terutamanya beg sekolah...
:) Itulah manusia yg sentiasa ada sifat lupa dan alpa...

Sunday, June 27, 2010

Cheese cake...

Sedapnya dapat makan cheese cake...tiba2 je teringat nk makan cheese cake...resipi dh amik dh dari kak Ana, tinggal nk buat je tapi belum diaplikasikan..

Inilah resepinya:
  1. 500gm cream cheese
  2. 1 tin susu pekat
  3. 1 sudu besar tepung gandum
  4. 2 biji telur
  5. base (Biskut/cake)
  6. Hiasan blueberry/strawberry/blackforest/choclate

Cara-caranya:
  1. Pukul cheese sehingga kembang dan lembut
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan susu
  4. Masukkan tepung gandum
  5. kemudian, bakar pada suhu 160 - 170 djh selama 1 jam
Ermmm, aku dh test makan yg kak Ana n kak Nisak buat, mmg sdp...Yummy!sugary!test buat belum lg...
last2 dek kerana teringin sgt mkn cheese kek ni, aku pi je beli kt Giant dgn harga RM11.99...tp light cheese cakelah. Tinggal makan je lg sng!.Nak buat sendiri belum berkesempatan...satu hari teringin jugak nk cuba resipi kek ni...nampak senang kan? Yg penting kena ada oven n mixer electrolux atau jenama lain...

Friday, June 25, 2010

Perkampungan UPSR!

Semalam murid2 sudah bermula ngan perkampungan UPSR. Gambar ni diambil waktu slot Science Questioning & Answering technique for section B frm 2-4pm. Inilah slot aku dan En. Ahmad Rujhan. Minggu ni terlalu sibuk dgn perkampungan UPSR dan persediaan hari terbuka pada hari Sabtu ni...Masa nilah nak jeles pd guru2 yg tak handle kelas...
Slot pertama dikendalikan oleh Rujhan memberi penerangan & teknik menjawab Sains UPSR, dia ckp ala2 Mat Saleh membuatkan murid terlopong tp diterjemahkan balik dalam Bahasa melayu...mamat ni memang rajin kalau bab nak meningkatkan prestasi Sains sekolah b'kobar2 sentiasa, selepas tu, barulah aku amik alih kuasanya dlm slot skema jawapan Science. Petang-petang cmni takde canlah murid ni nk tido bila dgr suara aku je...coz aku rasa suaraku dh cukup kuat dan jelas utk mereka dgr, tp tak taulah pulak kalau mmg ada murid yg pekak..hehehe. Aku perhatikan anak murid sudah keletihan tp aku belasah je, entah dgr entah tidak...Harap2 tidaklah mencurahkan air di daun keladi...Tapi yg tak bestnya sewaktu sesi ni ada lg murid yg tanya soalan yg tak patut diorang tanya...Alahai,anak muridku...rasa tak best plak bila jd cmni..mungkin ini kesan drp cuti 2 minggu aritu, itu ramalanku sj, nak sedapkan hati :).



Tengok tu guru2 Sains yg begitu berdedikasi, masih sempat stapler kertas dengan pantasnya, tolong menolongkan membawa berkat. Cikgu yg pki baju biru tu tak ajr science dh tp dek krn semangat sejak jd s/u kurikulum ni ttp dtg membantu...Terima Kasih Kak Zakiah! tak lupa pulak pd Zura yg byk tolong guide murid2 6 Musytari.

Inilah wajah2 ceria sekitar perkampungan UPSR. Semoga kalian mendapat keputusan yg baik dlm UPSR terutamanya utk subjek Science.
"Menuntut ilmu adalah takwa.
Menyampaikan ilmu adalah ibadah.
Mengulang2 ilmu adlh zikir.
mencari ilmu adalah jihad." (Al-Ghazali)

Wednesday, June 23, 2010

Al-fatihah...

Hari ni baca paper hampir mengalirkan airmata...(hatiku memang mudah tersentuh). Alangkah indahnya kisah hidup mereka, meninggal selang 15 minit, mengucap 2 kalimah syahadah disamping anak2 dan dikebumikan bersama satu liang lahad...Masyaallah! Semoga roh beliau dicucuri rahmat, Al-fatihah....
 Semoga kesudahan hidup kita diberi pengakhiran yang baik....
p/s: pengisian diri masih belum cukup...

Monday, June 21, 2010

Cantiknyer BBM...

Hari ni awal2 pg dah sampai ke sekolah, al maklumlah suami yg jadi driver terpaksalah bergegas awal. Anak2 semua dia yg settingkan, dari mandikan Kimi, pakaikan baju, bersihkan botol2 susu, hingga angkat anak masuk dalam keta dia yang buat, Cuma baby je dia tak settlekan, itu urusan aku…Kimi masih ngantuk lg, tulah…mama dan ayah paksa Kimi tido awal2 coz kimi sekolah hari ni, asyik bergurau je ngan angah…kan dh mengantuk!

Ok, habis bab menguruskan anak….sebenarnya aku nk citer, dtg2 sekolah ada sederet tulisan jawi ’Bismillah’ yg cantik2 belaka…kalau orang dh pandai buat benda alah ni, mesti dah tak jakun lgkan? risik punya risik, rupa2nya BBM tu dibuat masa kursus kat Desaru time cuti sekolah aritu…Wah!hatiku melonjak nak belajar buat benda tu…dalam kepala otakku dah merancang bolehlah nanti aku deko rumahku guna hasil tanganku sendiri…

P/S: Orang nak hias bilik khas kat sekolah, dia nak hias rumah pulak…hehehe…

Perasmian bangunan baru…

Hari ni juga murid2 Tahun 6 melangkah merasmikan bangunan baru. Tu gambar mereka tengah buat gerak gempur Math. Papan kenyataan di belakang masih suci bersih, bercakappun masih bergema coz masih kurang objek menyerap suara…Semoga mereka lebih bersemangat untuk menghadapi UPSR!
P/S: Bagi murid2 Tahun 6 merasa dulu sebelum mereka meninggalkan alam sekolah rendah..

Sunday, June 20, 2010

Tugasku bermula...

Wah...Aku berjaya menggosok baju suamiku dan Kimi...Malam ni baru aku nak menggosok baju sendiri,tupun kalau si kecil tak meragam..Kalau tak jawabnya pg2ler kena bangun gosok baju. Baju n pampers anak2 dh dipos awl2 ke rumah mak selaku pengasuh n penjaga ank2ku...Rasanya tak banyak cuti ni yg dpt aku buat. cutipun tak ke mana...
Esok, bermulalah cabaranku semula...hehehe berjuang demi anak murid...rindu ngak dgn tugas2 n rutin2 harian yg selalu dibuat...Lama gak tak marah2 n berkhutbah dpn kelas...hihihi...apa2pun selamat kembali bertugas....

Saturday, June 19, 2010

Kimi baca iqra'

Hari ni Kimi baru didedahkan dengan iqra', sebelum ni dia dah baca muqaddam sikit2...Malu gak dgn ank org lain dh lebih advance tapi kimi baru berdikit2, almaklumlah tukang ajar diapun mama dia..nak anto kt org lain tak tau sapa yg dekat bleh ajo kimi ngaji...pk2 drp tak mula langsung baik aku yg ajo...alhamdulillah...hari pertama je dah bleh baca dr muka surat 1-8...Aku plak yg terover exited tgk dia bleh baca...(best gak Iqra' ni huruf2 byk diulang2)
 Tengoklah kami sedang menggayakan beg ini...
Aku janji ngan dia nk bg hadiah bila dia rajin, kebetulan suamiku baru lepas tukar n allignment tayar dptler free gift dompet kecil 'Puma' berwarna merah...so dgn dompet kecil tulah aku bg present kt dia...sukanya bukan main lagi dan kebetulan wallet tu ada 3, dptler adik2 Kimi sorang satu...hehehe...selamat dia tak 'demand' tang hadiah, maklumlah dia tak tau ape2 lagi...
 Inilah beg free gift tu,lg satu tinggal kt umah mak
Aku plak yang tak sabar2 nak ajo dia...semoga kimi cpt pandai baca dan diterangkan hati selalu....

Tuesday, June 15, 2010

Banyaknya kerja...


"TRY NOT TO BRING YOUR WORK HOME WITH YOU. DRAW AN IMAGINARY LINE BETWEEN YOUR OFFICE AND YOUR HOME"...
Itu kata2 dari buku 'Raise your child's self-esteem!'
percaya atau tidak, aku memang kena bawak balik kerja...lebih-lebih lagi budak2 sekolah baru habis periksa pertengahan tahun betul2 sebelum cuti. Bayangkan paper yang kena tanda ada 6 kelas, 2 paper sains, 4 lagi paper KH...
Kesian anak2, mama ingat nak buat aktiviti yang menyeronokkan bersama kalian tapi mama pulak sibuk tanda kertas...Mama rasa cuti ni sibuk ngan kelas tambahan, peperiksaan PTK dan tanda kertas periksa. Hari ni baru mama habis tanda kertas...Selepas ni mama akan tebus balik masa itu...sebenarnya cuti ni mama betul2 nak ajar kimi mengaji dan membaca, Insyaallah...mama akan tetap ajar anak2 mama walau sesibuk manapun..(Biarlah mama mulakan dengan niat, sebab apapun kena berniat...the power of niat is so great.)

Friday, June 11, 2010

Lega nak meluah...


Soalan pertama PTK je aku dah teringat2 coz tak dapat jawab... wargh...rasa nak marah pada diri sendiripun ada. Hari ni, Suamiku ambil cuti untuk menjadi 'Mr Mama' kpd hero2ku.. Terima kasih,abg!, walaupun kdgkala aku moody tak tentu psl..Sebenarnya buku PTK,aku dh pinjam dari sahabatku Ahmad Rujhan, tetapi memandangkan bukunya terlalu tebal (naik juling mataku melihatnya), patutlah dia dapat aras IV, tengok buku yang dia bacapun ngeri...Aku ada meluahkan pada suami tentang format baru dalam PTK dan nak beli buku baru tetapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan untuk pergi mana2 'shopping complex' membeli buku sambil membawa anak2ku yang hyper aku terus batalkan hasratku..melainkan aku ada bawa assistant etc Pakchu atau makchu dia baruler aku confident nak pi ronda 'shopping complex'.Tiba-tiba pada hari Selasa suamiku membeli 2 buah buku di atas untuk aku study,mungkin dia kasihan melihatku...bayangkanlah bagaimana aku study di atas meja makan. Tangan kanan baca buku, tangan kiri mengayun baby...waktu studyku diselang-selikan ngan memasak,memandikan anak2,memberi makan,membuat susu,melayan kerenah anak2 (tiada siapa menolongku...huhuhu).Terfikir jugak bila aku still dpt aras III, bila lagi aku nak ambil???. Ini membuktikan aku kena buat persiapan mengalahkan misi bantuan ke Gaza....Apa2pun aku ingin dedikasikan ucapan Terima kasih buat suami yang banyak membantu (sanggup beli buku & cuti) dan Ahmad Rujhan atas peminjaman buku. Walaubagaimanapun aku sentiasa panjatkan doa, semoha Allah memberi jalan terbaik buatku..aku hanya berusaha sedaya mampu, kejayaan tetap milik Allah...
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya"-Imam al-Ghazali-

Sunday, June 6, 2010

Mee Bandung power!



HAPPY B'DAY MAK LANG!

Hari ni kami jalan2 ke rumah kak Zie & abg Zaidi a.k.a Mak Lang & Pak Lang yang terletak di Kulai..kebetulan hari ni Birthday dia…so dia menghidangkan kami mee bandung istimewa yang sangat sedap…Yum!yum!yum! jadi resepi dia aku abadikan di dalam blog ku ini….walaupun aku tak pernah berkesempatan mencuba resepi ini..


Resepi mee bandung

Bahan A (Dikisar)
- lada kering, bawang putih, bawang merah

Bahan B (Dikisar)
-Udang geragau -Kacang tanah Tumiskan bahan A sehingga masak, kemudian tambahkan bahan B + Bahan2 lain...
-ayam, daging,sotong,telur, sayur sawi,tomato
(pastu, pandai-pandailah masak...senangkan?hehehe)

Kimi & Echa memandu kereta!

(Di hadapan rumah) Gambar ni diambil sebelum berlaku insiden..
Ajiq & Kimi bermain baling2 batu di taman (Baik tak?hihihi)

Hari ni kami plan nk gi wedding kawan.Almaklumlah cuti2 sekolah gini byk wedding dibuat... suamikupun memanaskan enjin kereta...kimi & Echa dahpun naik kereta dahulu coz dia nk mendengar halwa telinga mereka lagu dari 'wali band'...sedang aku & suami sibuk2 memasukkan duit ke sampul di dalam rumah, kami terdengar satu dentuman kuat...kulihat kereta sedang meluncur laju melepasi pagar rumah kami...
'Ya Allah! kereta! suami dah meluru laju manahan kereta..akupun sama berlari laju melihat anak-anak,habis berterabur duit2 di dalam rumah...
Bayangkanlah pintu pagar yang pada asalnya berkunci boleh terbuka...suami mengambil tali pinggang dan memberi hadiah pada mereka sbg pengajaran..."siapa yang buat?" soal ayahnya, masing2 dlm keadaan menangis terus menyalahkan sesama sendiri...tanpa pemeriksaan mama menuduh Echa yang melepaskan handbreak, ada sbb mama menyalahkan Echa...
Bila keadaan dh reda sikit, mama menjalankan penyiasatan secara lisan...mula2 yang kena soal ialah kimi...mama guna pendekatan agama: "Ckp dgn mama betul2, siapa yg lpskan? kalau tipu berdosa, Allah taknak sayang!" Lama kelamaan Kimi mengaku kesalahannya...Alahai anak2ku kenapa semangat inquiri melebihi orang lain...perancangan asal ke kenduri kahwin terpaksa dibatalkan!
Mungkin ada sebab kejadian ini berlaku..
  • Allah telah menegurku...
  • Semoga kami lebih berhati-hati menjaga amanah Allah iaitu anak2ku..bayangkan kalau salah seorang duduk di belakang kerete...
  • Kereta kami calar sedikit, anak2 kami selamat...syukur, alhamdulillah...
  • Kami mendapati mereka memang budak2 yg aktif...
  • Kami dh buat perancangan tetapi perancangan Allah jua yang terbaik...
  • Supaya kami lebih sabar & tabah dengan ujiannya...

Semoga kalian mengerti suatu hari nanti kenapa ayah memberi 'hadiah' yang menyebabkan kalian mengalirkan airmata...
Semoga kalian menjadi anak2 yang soleh, kalian merupakan harta mama dan ayah untuk bekalan di akhirat...

Friday, June 4, 2010

Mini barbeque...


Suami merancang buat mini barbeque & doa selamat ringkas untuk adik yang baru balik dari kelantan & untuk Bonda yg hendak pi ke Indonesia...resepi barbeque diambil dari Kak Sue a.k.a Mak itam...hehehe, patutnya ayam ni perap lama tapi kami sempat perap satu jam lebih je...biasalah perancangan last minute...walaupun begitu aku lihat masing-masing makan dengan bersungguh-sungguh...mesti laparkan..hehehe jangan marah...
resepinya ialah:
  • serai, halia, bawang putih, jintan manis & putih
  • garam, gula, ajinomoto