KLIK DI SINI!

Saturday, July 31, 2010

Perkhemahan tahunan.

Perkhemahan diadakan di sekolah pada 30 hingga 31 Julai 2010.
Aku dipilih dalam penyediaan sijil n hadiah...kira insan terpilih jugak ler ni...eceh..
So, aku rasa hidup aku kelam kalibut gaklah...sib baik cepat bertindak, so sempatlah aku memprint sijil sebanyak 118 sijil, pastu ambil tanda tangan GB. Dapat gak kritikan dari GB, rupa2nya tulis nama dia takyah besar sgt...ok! akan diperbaiki...
Ini hadiah2 yg sebahagian besar dah di sub kpd org lain...kiranya ada pembantu misteri gaklah...hehehe
sebelum balik, sempat menjengah bahagian dapur...tengoklah kak da..tunjuk apa tu?nk mengarahler tu..
Ni  AJK bahagian masak...
Hah...nampak tak orang pakai kain batik tu...Ni tukang masak profesional...impot lagi!
Oder saja nk masak apa...hehehe..Terima kasih pada kak Marsila yg membungkuskan aku makanan...
Sebenarnya aku tak dapat menolong bahagian2 lain, sebab bergegas balik rumah kerana beberapa perkara
1. Anak2 sumenya tgh demam..
2. Ada kenduri di kampung suami...
Terima kasih kepada GPK koko yang memahami keadaan aku...so dengan kebenaran, aku dapatlah balik ke rumah awal sikit!
Maaf kpd guru2 lain, tapi bahagian aku memang dh settle...

P/s : Semoga kita tahu tanggung jawab masing-masing!

Friday, July 30, 2010

Majlis tahlil...

Bacaan Yassin di foyer sekolah yang selalu diadakan setiap hari Jumaat.
Hari ni ada kelainan sikit (Jumaat, 30 hb Julai 2010), kami guru2 bercadang mengadakan majlis tahlil dan makan dibawa sorang sikit oleh guru..ala2 pot luck!
Makanan yang dibawa oleh guru-guru
Teka, yang mana satu Guru Besar?
Terima kasih kepada yang menjayakan program ni...
Semoga roh ayahanda kami dicucuri rahmat dan tenang di sana...
Hj Maskur bin Atmom
Jailani bin Ismail

Tuesday, July 27, 2010

Aku part time di Jabatan Agama Islam...

Hari tu aku masuk ke kelas mengajar seperti biasa,aku rasa aku baru buat kesimpulan tentang eksperimen yang mereka buat pada hari Jumaat di makmal sains, sebelum aku masuk bab constellation di bawah Theme:Investigating the Earth and Universe...Okey..based on your observation, we can conclude the properties of acidic, alkaline and neutral substances in terms of colour changes of litmus paper. We use red and blue litmus paper to test whether its acidic, alkaline or neutral...How many colour of litmus paper?two...What is it..pastu adaler insan buat lawak ckp 'yellow' tu takpe lagi aku masih boleh terima coz aku bkan jenis cikgu panas baran...pastu aku terangkan lagi...if blue litmus paper turns to red,what the properties of substances??? acidic...Good!bla...bla...pot...pet...pot..pet...aku tegur bila budak tak beri perhatian..sok...sek..sok...sek...tetiba ada murid campak buku kat kawan dia, aku tak suka bila aku tengah terangkan sesuatu ilmu, murid buat benda lain...aku rasa tercabar...selama ni aku tak pernah nak kisah buku apa yang dia campak, tapi aku rasa terpanggil pergi ke budak tu...awak pas apa tu?buku...dah takde adab ke nak bagi elok2...dengan muka toyer bagi jawapan yang aku rasa selamba...
Memang betullah, bila dah di alam pekerjaan, kita lebih banyak bermain dengan Emotional iaitu bagaimana mengawal emosi...aku rasa lebih senang bekerja dengan IQ dari EQ!
Ntah camne, cam ada satu kuasa dan magnet suh aku tengok ada apa dalam buku tu...Astagfirullah...darah aku bagai naik atas kepala!automatik daripada aku speaking london, aku terus bertukar menjadi seorang ustazah ataupun penceramah bebas...Aku jadi kisah sangat..sebab murid ni guru kelas dia adalah aku. Dah banyak sangat dengar komplen dari cikgu2 lain pasal kebaikan mereka..walaupun mereka bukan anak kandung, tapi hati sakit woo dengar aduan!
Inilah gambo yang mereka lukis, betul tak aku cakap budak lelaki suka menterjemahkan dalam bentuk lukisan...Dah jadi cam Jabatan Agama Islam versi lain plak, dia uruskan orang kena tangkap khalwat, aku plak tangkap budak tulis/lukis benda tak senonoh..Hanya Tuhan saja yg tau perasaan aku waktu tu...
Patutlah, selama ni apa yang cikgu ajar tak masuk dalam kepala otak..rupa2nya dah banyak sangat noda hitam kat dalam diri awak yang menyebabkan ilmu tu tak berkat...camne awak nak pandai, kalau setakat nak pi sekolah buat benda ni, kurang ajar ngan cikgu2....dan pot..pet..pot...pet! takleh nak elobrate lebih2 coz aku dah tak ingat ceramah apa aku bagi tapi cukup membuatkan suhu badan aku naik hingga takat didih! tak pasal2 murid lain pun kena bebel...yelah, dah naik satu kapal, nak tak nak kenalah terima...bak kata pepatah kerana setitik nila, rosak susu sebelanga!
So, aku rasa tak salah kalau aku inform ngan penjaga mereka, apa yang anak diorang buat kat sekolah.. yang silap2 guru plak disalahkan. Daripada benda ni berlarutan lebih baik dicegah! bukan aku nak sakitkan hati mereka tapi dek kerana sayangkan pewaris negara ni, lebih baik sakit sekarang daripada kemudian hari...
Tak tahu nak salahkan siapa? memandangkan trend sekarang parents asyik cari kesalahan guru je tapi tak pernah pikir kesalahan sendiri, tak pernah nak pantau perkembangan anak2, tupun masih nak salahkan guru??asyik jaga guru tu tido, guru tu baca surat khabar, guru tu tak mengajo...kan suruh diorang pasang CCTV tengok plak anak dia bermain dalam kelas, tak bawak buku, tak buat homework...kan ckp detailkan marah plak...Siapapun kita, percayalah dengan seorang guru...Guru bekerja dengan Nawaitu yang baik, Niat guru suci untuk mendidik anak bangsa, jangan sampai niat ini dikotorkan dan guru tawar hati nak melahirkan modal insan gemilang...Aku bukan jenis yang buat kerja kerana seseorang, aku bekerja kerana ada amanah yang berat aku pikul, nawaitu kerana Allah s.w.t.

P/s: Aku harap, aku dapat menguruskan emosi dengan lebih baik...
      so,belajarlah menguruskan emosi (EQ), supaya menjadi pekerja dan ketua yang hebat!

Friday, July 23, 2010

Food steamer

Perasmian food steamer baru...Memandangkan rumahku takde periuk pengukus, itu yang membuatkan aku teruja nak memilikinya. Tetiba2 cam nak beli plak food steamer ni coz nampak simple & cute, pastu food steamer ni dibuat dari plastik so cam ala2 tupperware lps msk bleh terus bwk bekal pi keje..tapi aku belum praktikkan lagilah...Food steamer ni exclusive hanya dikeluarkan oleh Amway..

 
         Inilah dia kotak food steamer yang baru dibeli, sehari jugak dok dlm bonet keta tak kuarkan..

Tengoklah food steamer kat bawah tu yg tengah berwap2, gambo ni aku amik masa tgh masak pau inti pandan dan kari..Oleh kerana hari tu asbenku menggoreng mee dan terpedas sket utk ank2, so terpaksalah ank2 diberi makanan alternatif lain, iaitu pau kari dan pandan. Nanti bagi makan mee berapi, takut mereka sakit perut plak!


Fokus pada food steamer je, takleh amik gambar dapur lebih2 coz tengah bersepah, lgpun kabinet dapur belum buat lagi! Tunggu peruntukan dari suami tak approve2..

hmmm...habis Kimi baca doa makan je, terus mereka mencapai pau, tak sabar2 mereka nak merasa pau cap Ahmad ni..
 
Tengoklah anak2 yang tak sabar nak makan pau yang baru keluar dari food steamer ni..cam lapar je..biasalah anak lelaki makan kuat sikit! Meja study kimipun bleh jadi meja makan akibat asyik nk tengok tv je..tu yg plan ngan suami nak potong channel cartoon, patutkah kami buat begitu?

hah...ni tangan sapa ni??? sapa yang lapar ni? Memang mereka makan betul2 sampai buncit perut masing2!
Mama dan ayah dia makan mee goreng berapi air tangan suamiku..dia memang terrer bab menggoreng mee coz bini dia selalu je failed!
Sebenarnya nak upload video cth2 memasak guna food steamer ni tp payah sangat..kalau nk tengok bleh tengok kt http://www.amway2u.com.my

 
     Features:
  • 3-tier electric food steamer
  • Clip-on handles secure trays and make it possible to transport the food to other venues or for outings
  • 60 minutes timer with light and water level indicators
  • Comes with rice steaming tray for cooking rice and various marinated food stuffs
  • Includes auto-safe boil dry protection – automatically switches off to avoid overheating
 So, sapa2 yg suka jg kesihatan makan makanan yg berkukus ni, blehlah beli kt Amway ngan harga RM99.
Nota kaki tanganku: Manusia perlukan makanan untuk hidup bukan hidup untuk makan!

Thursday, July 22, 2010

Transformasi sofaku...

                             Aku mengupdate sofaku, Gambar kat atas adalah sofa sebelum ditransformasi. Memang dah lama aku buat impian nak menyarung baju kat sofaku iaitu buat slipcovers tapi paham2ler harga dia mmg mahal. Itulah yang menjadi tentangan hebat suamiku. Sebenarnya aku dah panggil orang buat pengukuran dan sebut harga tapi lepas dia balik je, suamiku membebel, dia kata lebih baik aku beli je sofa baru...aduss...walaupun aku degil tapi aku tetap akur ngan pendapatan pendapat dia, aku terpaksa cancelkan.
                            Tapi ntah cmne, agaknya Tuhan tu nak mengabulkan juga impian aku, selang berapa hari, jumpa plak kedai sofa berhampiran rumah mak, suruh dia dtg buat sebut harga..aku tengok banyak jugak perbezaan harga, terus aku call suami ckp nk buat, dpt je greenlight, haritu juga dia bwk sofa kt umh aku utk buat slipcover n kusyen. Harga keseluruhan RM1080, aku rasa masih murah kot berbanding kedai lain amik dlm 1600 utk slipcovers je tanpa kusyen. Silap2, inilah kali pertama dan kali terakhir aku buat slipcovers memandangkan kosnya yang tinggi. 16.6.2010, rumah aku lengang tanpa sofa, itu yg membuat ank2 bermaharajalela main bola bersama ayahnya.
                           Semalam sofaku siap ditransformasi, tapi aku tak ltk gambar coz nk surprise hari raya..ekekeke. Aku nak pilih konsep hitam putih plak tuk deko raya tahun ni. Alang2 dah tukar warna sofa, meja kopipun kena tukarlah... lagipun meja tu dah senget akibat anak2ku gunakannya utk melompat!. Kalau tengok langsir kat atas tu dah setahun aku tak tukar, padahal rumah emak hampir 10 kali dah tukar! alasan aku, itulah fungsi langsir, guna setahun sekali. Tukarpun setahun sekali. Lagipun takde siapa nak tolong gantungkan langsir tu, orang tolong sepahkan adalah, baru keluarkan langsir je adalah insan yang dah berkubang kat situ... lainlah kalau aku memang suri rumah, mungkin langsir tu selalu bertukar...wink!wink!wink! Sebenarnya raya tahun ni cam taknak beria sgt coz memandangkan banyak benda yang belum settle kt umah tu, tp pk2, baik buat dulu apa yang nak dibuat..
Nota kaki tanganku: Membazir itu amalan syaitan...

Monday, July 19, 2010

Menghadiri 'warming house' rumah sepupuku.

Hari Sabtu malam Ahad haritu, kami sekeluarga menghadiri kenduri memasuki rumah baru sepupuku Noor halilah binti Hassan. Ini rumah keduanya. Dia beli rumah ni atas tangan orang. Emm..nampak besar gaklah rumah dia! tapi kalau aku, lg prefer carik rumah baru dari beli atas tangan orang. ikut suka masing2lah coz itu citarasa masing2!

Sewaktu kenduri ni berlangsung, Kimi & Echalah budak paling havoc yg tak geti dok diam. Gembira kot jumpa ramai kawan...padahal tak kenalpun, yang dia kenal cuma 2 pupunyer je...sikit2 nk berlari keluar ke jln raya...jenuh pak sedara & ayah dia mengawal budak2 ni! Nak baca doapun dah tak concentrate akibat menjaga diorang ni! Yang kelakarnya sewaktu bermula orang menghidang makanan, si Echa jerit kuat2.."Nak makan udang!, Nak makan udang!, Nak makan udang!" budak ni memang pantang nampak lauk udang..coz itu makanan favourite nyer..Kalau bapak2 sedara yg tak biasa ngan anak aku, mesti diorang kata anak2 aku nakal. Maaflah kalau diorang tak suka, dah namamya pun budak kecik...

Tak sempat nak snap gambar banyak2 coz lepas makan je aku tolong orang kt dapur menjadi tukang cuci pinggan. Itupun Pak chu dia sgt prihatin menjaga si kecik tu..dh bleh kahwin tu, suamikupun lebih sanggup membiarkan anak ada bersamaku, padahal aku dalam kepayahan nak makan nasi!
Apa2pun tahniah atas rumah baru, semoga semuanya berjalan lancar, lepas ni kami nak tunggu pula mama Tati buat warming house utk rumah dia...
P/s : Dimanapun rumah kita, jadikanlah ia 'rumahku syurgaku'.






Friday, July 16, 2010

Panas dan sejuk!

Semalam balik dr kerja tetiba je highway Pasir Gudang jem...
Aku tak suka bila keadaan camni..
Panas rasa hati..
Ingat ada accident ke apa..
rupanya pekerja tengah tar jalan,
Aku rasa, adalah dalam seminggu tu 3 kali dia tar jalan...yang aku pelik baru tar dah berlubang balik,
aku rasa diorang ni guna grade tar yang paling low kot! Dah namanyapun Highway Pasir Gudang, kena fikirlah bapak2 lorry lalu kat cnie, apsal nak menyusahkan diri tar banyak kali dan sekaligus menyusahkan orang lain...tarnya sikit je...jemnya memanjang yg kadang2 sampai area larkin...diorang ni kena guna grade paling baik utk jalanraya cmni! Lori yg besar2 nipun tak fhm bahasa, main selit je, termasuklah pemandu teksi yg kebanyakannya main masuk je...Aku ni kira pemandu berhemahlah...hehehe
Daripada orang balik awal jadilah lambat. inilah membuatkan anak2ku menanti kepulangan mama dia di pintu pagar..krn setiap kali ku balik mesti diorang dh menjerit di pintu grill sliding door rumah mak memanggil "mama"...mesti diorang gembira bila aku balikkan?

Daripada kepenatan mengharungi jem tadi,
sampai je rumah emak, kulihat Kimi buat homework sambil dibantu oleh emakku..sejuk sikit hatiku!Tengoklah dia tak pakai baju, budak ni pantang panas sikit, kipas mesti ada atas bawah..
Yang pakai baju hijau tulah tok guru kimi iaitu emakku..Kadang2 Kimi ni buat tak dengar je bila nenek dia ajar, dia ingat nenek dia tak pi sekolah ke? Dia tak tau yang nenek dia bekas Guru besar...
Hasilnya kami berenam menjadi insan yang berguna...cewah!
Maaflah, bukan aku sengaja tak amik penuh gambar emakku tp dia tak bagi aku masukkan gambar dia sewaktu aku snap gbr ni...Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada emakku coz membantu memantau anak2 aku yang semakin hari semakin aktif, termasuk baby Hasif yang telah berjaya mengoyakkan wallpaper di dinding rumah mak! Pengorbanan emak tak terbalas...
Cucu2 emak sentiasa ingat kt nenek dia..
bak kata pepatah...bila jumpa selalu rasa benci, tp bila tak jumpa rindu plak...
1 hari tak jumpa anak2ku pasti rasa rindu...

worait ni ada science fact: matters expand when heated and contract when cooled...
p/s: Aku beruntung masih ada seorang insan yang istimewa bergelar emak...

Thursday, July 15, 2010

ESQ boleh dilaksana di Malaysia.

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus latihan kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini (Utusan Malaysia muka 7). Sebelum ini, ESQ dikatakan ajaran sesat! tapi masalahnya Wilayah Persekutuan je yg kata sesat..Sebenarnya nak cerita bahawasanya Suamiku merupakan salah seorang Alumni kursus ni..wink!wink!wink!. Kiranya pengikut Dr. Ary Gunanjar.
Inilah sijil yang suamiku dapat sewaktu mengikuti kursus ni pada tahun 2009. Ejaan nama tu salah..typing error tapi orangnya sama. Dia baru pergi untuk basic training je...yang lain2 belum pergi lagi coz melibatkan kos..hehehe.
Tapi buat pengetahuan korang, selepas dia pergi kursus ni, totally dia berubah jadi baik! Seminggu tu memang konfem baik, siap ada pasang niat nak hantar isteri dia pergi kursus ni. Kalau tengok tv9 rancangan Halaqah sentuhan Qalbu, itu antaranya isi kandungan dalam kursus ESQ (makluman dari suamiku), aku rasa tak nampaklah pulak kesesatan ajaran dia tapi siapalah aku yang nak menilai isi kandungan kursus ni lebih2 lagi melibatkan soal keagamaan.

Nampak tak ada nombor 165 kat situ yang bermaksud 1untuk Ihsan, 6 untuk rukun Iman dan 5 untuk rukun Islam. Rasanya kalau nak pergi kenalah sediakan duit..terutamanya buat Sir Rujhan yang ada pasang niat nak pergi kursus ni. Duit boleh dicari tapi masalahnya nak cari tulah yang susah (ngee..ngee..ngee.alasanler tu)...Aku rasa kursus ni bagus untuk diri sendiri, yelah...manusia ni mcm bateri jugak yang perlu recharge. Cuba kita bayangkan bateri hanset yang tidak dicharge, kan jd "kong", begitu juga manusia yang sentiasa ada sifat alpa, yang sentiasa kena ingatkan berulang kali termasuklah diri aku sendiri.

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar 
hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.
Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.
Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. 
( Hamka ).

Tuesday, July 13, 2010

Cari persamaan dan perbezaan!

Lukisan ini diterjemahkan oleh Ammar Hakimi dari tv ke bentuk lukisan.
Mungkin ini cara seorang budak lelaki berumur 5 tahun belajar.
Pada pandangan aku, Kimi banyak mentafsir maklumat melalui apa yang dia lihat...mungkin budak lelaki lebih banyak belajar melalui mata, sebab tu ramai lelaki mudah tertipu dengan kecantikan. Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, sebab tu kadang2 tengok budak lelaki tak study tp dia skor...
Tengoklah hasil lukisan seorang budak yang masih mentah dan bersih yang tidak memikir apa2 masalah yang besar lg. Nampak tak, ada gambar Ultraman, raksasa, kapal penyelamat siap ngan fire dia, bangunan2 dan pokok. Biarlah orang ckp lukisan Kimi tak cantik tp sebagai mama dia, aku tetap memuji kecantikan lukisan yang dihasilkan oleh Kimi. Apa reaksi dia? bila aku puji je, dia suka dan terus peluk aku...mungkin dihargai. Oleh itu, pujilah anak kita dengan pujian yg melambung2...hehehe. Ultraman ni kimi tengok kt channel 611 astro ceria yg Musashi (tak tau spelling betul ke tak?)jd Ultraman Cosmos tu  dan dia selalu berebut channel ngan mak (nenek Kimi). Suatu hari aku ingin memframekan lukisan yg dibuat olehnya bagi menghargai minatnya melukis, selepas itu bolehlah dia melihat karyanya sendiri...


Pssssttt...ini ada cerita hot! Semua maklumat peribadi dirahsiakan...
  Berbeza pula cerita tulisan di atas. Cuba baca betul2, budak ni tulis cerita tersebut berdasarkan pengalaman? fakta? bacaan?. Aku pun tak dapat meneka dengan keadaan sekarang, budak2 begitu terdedah ngan internet, yang boleh kita ibaratkan ilmu tanpa sempadan. Bayangkan budak sekolah rendah dah boleh mereka cerita seperti di atas.
Jika cerita tersebut benar siapa yang harus dipersalahkan?
  Orang yang paling hampir mestilah ibubapa. Adakah pelajar tersebut kurang kasih sayang? kurang perhatian? tiada pemantauan? tak mustahil jugak benda2 ni boleh berlaku kpd diri kita sendiri maksudnya anak2 kita. Adakah guru2 yg bersalah?...format karangan di atas adalah karangan berbentuk dialog yang diajar oleh guru subjek BM. Guru hanya mengajar format karangan yang betul tapi bukan mengajar benda yang tak senonoh. Perlu diingat, sekolah bukan pusat asuhan di mana ibubapa meletakkan 100% penjagaan/didikan kepada insan yang bergelar guru. Awal didikan kan bermula di rumah...

Ini sambungan cerita di atas.
Geli geleman plak aku rasa, sib baik dia tak cerita lebih panjang...Buat masa sekarang akupun tak tau nak buat apa ngan budak ni, tp aku dh serahkan perkara tersebut pada pihak tertentu. Itu saja cerita dariku...bolehkah anda mencari persamaan dan perbezaan??? Senaraikanlah sekarang...harharhar (saje je ketawa...)
"Setiap anak dilahirkan cemerlang. Didikan, asuhan dan persekitaran yang merosakkan mereka"
"Ibu bapa cemerlang mengenali anak mereka dengan mendalam."
 Nota kaki tanganku: So kenali anak anda sebelum orang lain mengenalinya...

Monday, July 12, 2010

Di sebalik Mee goreng segera.

Echa makan mee je kat sini? ngee..ngee..ngee
Berselera tak? Inilah mee goreng yang dimakan Echa di rumah emak...Hari Sabtu aritu tu, dia siap jadi eskot uchu ct & mak pi Tesco, pastu lepak2 umah emak. Inilah budak bertuah yang tidak mempedulikan ibu bapanya hehehe...asalkan dapat jalan2 cukup utk dia mengikut sesiapa je sesuka hati..mungkin pada waktu ini mereka lapar...tu yang menjadikan mee goreng ini sebagai hidangan..Echa makan mee ni ngan sebiji telur rebus (telur tu dia dh ngap dulu...)
Tukang masak profesional di bawah siap buat aksi nak menyuapkan mee kat anak sedara...dgn mulut2 terbuka luas. Tengoklah di sebalik mee goreng segera ni hanya ada sayur taugeh je...letaklah udang sket ke, sotong ke, sayur sawi ke bagi benda mee goreng tu nampak educated sket..Aku rasa ramai yg dah tahu bagaimana cara nak memasak mee goreng ini, so takyah ler elobrate panjang lebar. Ermm..sesekali pekena mee goreng segera ni sedap jugak, tengoklah gaya si Echa makan...cam selera je, sesekali dpt...yum!yum!yum!lah dia..Kalau En. Wan pulak, kurang selera ngan benda2 cmni..dia kata boleh bwk ke demam. Ye ke? Tapi tak salah kalau mkn sekali sekala, jgn selalu...
P/s: Kalau nak ikut sunnah, lagi baik makan di dulang dan makan secara berjemaah..emmm..pasti menyelerakan....

Berakhir sudah piala dunia...

N3 ni ditulis hanya untuk membuat kesimpulan peribadi yg hanya berlaku di dalam rumah penulis shj...
tiada kaitan dgn org lain...

Apa yg aku suka sepanjang Piala Dunia..
  • Suamiku tiba2 menjadi rajin menulis...bukan tulis apa tp tulis skor selepas setiap perlawanan.
  • Bertambah rajin membasuh baju2 di rumah menyebabkan aku tak menang tangan melipat baju..
  • Rajin mengeratkan silaturrahim melalui telefon (sanggup menelefon kawan semata2 nak tanya result game bola yg dia terlepas)...padahal nk tanya aku sihatpun dia mls...
  • Mempraktikkan tidur awal untuk berjaga pada pukul 2:00 pagi ( Suka jd burung hantu...)
  • Hari ni suka sgt...sbb suamiku sanggup menjaga 2 org ank sebelum pi keje (Jgn ditinggalkan tidur sudahlah)
Tidak suka!
  • Sanggup membaca berulangkali surat khabar yg berkaitan bola
  • Sanggup melihat tayangan ulangan bola dari cerita lain..
  • Rumput rumahku semakin panjang akibat Piala Dunia ini dgn daun2 kering yg tak bersapu...huhuhu
  • Ambilkan serai depan rumahpun dh tak sanggup beb...:P.( Lebih rela tak ltk serai dlm mskn)
  • Anak2ku membuat rumahnya seperti padang bola (kalau pecah kabinet kaca, taulah nk cari siapa..)
  • Tak suka kalau suamiku bangun semata2 bola, buat solat hajat ke, tahajud ke...sejuk hati bini...
  • Dan yg paling tak suka aku t'paksa menunaikan janjiku coz Spain juara (Ni pengikut si Sotong Kurita Paul...hehehe). Kpd Mak Lang..tunaikan janji2mu...hehehe
Nota kaki tanganku: Daripada tulis skor bola, lebih baik kita check kemajuan bacaan iqra' ank...

Friday, July 9, 2010

Kenapa suamiku beli kompas?

Dah hampir 3 tahun kami duduk rumah ni, tapi kenapa tetiba je suamiku beli kompas? Alamak...rupanya kami dh tersalah arah kiblat..Itulah akibatnya hanya percaya ckp org sahaja..Lain kali kena ikhtiar sendiri memastikan arah kiblat yg betul. Bagaimana dgn solat kami dan org2 yg solat di rumah? minta maaf banyak2, kamipun t'salah. Nak buat camne dh mmg tersalah...Selamat suamiku beli kompas, kiranya dia ada inisiatif utk lebih ke arah keagamaan...
Inilah kompas yg dibeli oleh suamiku yg menjadi rebutan anak2ku..Diorang ingat p'mainan ke apa? semua benda nak dicuba lebih2 lg si Echa..Takpelah semangat inquiri anak2 mama memang tgh b'kobar2. Daripada kompas ini jugalah aku mula belajar bagaimana nak tentukan arah kiblat, itupun tengok manual dalam dia...
Kenapa kita mesti mengetahui arah kiblat?
Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap ke arah Kiblat. Ha...kesimpulannya memanglah pentingkan?
Tengoklah aku punya rajin...kat bilik anak2 siap tampal arah kiblat lagi..yelah kita org muslim kenalah ada tanda arah kiblat tu..sticker tu aku beli di kedai hardware dgn harga seunit = RM2.90 kot...dah lupa lah...Dah salah camni t'paksa naik tangga lg sekali memanjat utk membetulkan arah kiblat yg sebenarnya bukan ke kiri tp ke kanan sikit..Jadi kenalah cepat2 betulkan k...jangan nak harapkan suami aku yg buat...tempah harini, sebulan baru siap..ekekeke..sorry abg,..mengutuk sket!

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, 
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan
masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"

Thursday, July 8, 2010

Bila adik Ultraman mengamuk!

Inilah adik2 Ultraman yg sgt sibuk nk menyiapkan homework Abg Ultraman. Abg ultraman pula sibuk melukis gambar Ultraman tanpa mempedulikan homeworknya. Adik2 Ultraman memang pantang bila tengok kaler abg Ultraman ni, mulalah di sepahkan oleh mereka...kenapa abg Ultraman membiarkan adik2nya? kerana abg Ultraman dh kehabisan kuasa utk menentang mereka...dia rela melukis daripada join dua beradik seibu sebapa ni...Nasib baik adik Ultraman yg pakai baju kaler maroon tu tak conteng buku sekolah abg Ultraman...konon2nya mereka ni dh di alam persekolahan Ultraman.

Di manakah ayah Ultraman? ayah Ultraman lebih rela buat aktiviti membasuh baju drp mengadap anak2 Ultraman ni...anak2 Ultraman ni dh kena firepun masih b'tenaga lg...last2 ayah Ultraman memberi ubat selsema kpd ank2nya kerana mereka semua dh kena virus jenis influenza tp  bukan virus influenza B (harap maklum) termasuk ayahnya..yg selamat hanyalah mama Ultraman. Dgn satu dos ubat shj cukup membuatkan anak2 Ultraman ni jd mengantuk kecuali anak Ultraman yg pakai baju maroon tu saje yg kebal..Bila anak2 Ultraman dh tido, barulah mama Ultraman dpt mengemas rumah. So mama Ultramanlah yg terpaksa mengemas semua kaler2 tu...huhuhu. Diharap mama Ultraman dpt menjaga mereka dgn baik walaupun kdg2 mama Ultraman menjadi tak baik.... 

Nota kaki tanganku: Bukan niat mama nak samakan kalian dengan Ultraman, 
                            cuma mama nak lahirkan SUPERHERO dalam diri kalian!

"Manusia tidak dapat mengubah rupa bentuk mukanya, 
tetapi jika dia mahu, dia boleh mempercantikkan budinya"

Wednesday, July 7, 2010

Mini laptop jenama Apple

 Kimi dan Echa beli "laptop" baru. Bukan mereka yg beli tp dibelikan oleh mamanya yg baik hati ayam...kehkehkeh. Satu warna pink dan satu warna biru. Echa terpaksa amik warna pink coz version warna biru dh habis, takpe..mamakan suka warna pink. Mini laptop Kimi Arabic & English version, boleh baca alif, ba, ta, kenal angka dalam bahasa arab & English. Echa nyer plak English version je...yg tak thnnyer,Kimi ni kuat menganjing kt pak sedara/mak sedara/ sepupu sepapat (minta maafler yer, dia mmg cmtu). Mcmler beli laptop yg hebat sgt...huahuahua.

Laptop Kimi dan Echa ada warranty ke tidak kan?? hahaha.. maklumlah "Mini laptop jenama Apple" made in China"..Kalau rosak, Kimi ngan Echa yang akan jadi pomen sendiri. (ayat ini diambil dari blog Pak chu dia) Lebih2 lg anakku Echa yg ada semangat ingin tahu hingga brg tu jahanam rosak...belum sampai 2 hari..keypad laptop Echa dia dh cabut...mungkin dia nk tau kot apa yg kt dlm..(Ini ada ciri2 engineer..wink!wink!wink!) Bila tak dpt pomen terpaksalah mama yg jg tukang pomen..
Tapi aku suka gak ngan laptop ni...ada beberapa perkara yg buat aku gembira.
Sewaktu kami on da way pi n balik kg mereka asyik menumpukan perhatian pd "laptop" mereka, sikit2 adalah pengisian ilmu sepanjang p'jlnan..kalau tak mereka buat b'mcm2 aktiviti lain yg aku rs tidak mendatangkan faedah langsung spt bergusti atau lompat2...yg tak bestnyer plak bila Kimi slh jwb, dia jd seorang yg pemarah (ni ikut ciri2 sapa, taktaulerkan...). Walaubagaimanapun...best jgkler kalau seorg budak dpt permainan cmni coz dulu mama & ayah tak pernah merasa main benda ni...
Semoga kalian menghargai pemberian seseorang walaupun brg itu kecil...zahirkan dgn lisan dgn ucapan "Terima kasih".

Saturday, July 3, 2010

Akukah yang bersalah?


       Kunci rumahku tetiba je hilang...argh...dimanakah dikau bersembunyi? Tak psl2 aku yg kena bebel dgn suamiku...Aku pasti aku ltk kt ats tempat duduk kereta tp nape je tetiba boleh hilang?Tulah...gatai pi bwk kunci rumah dua2, konon2 nk memudahkan tp akhirnya ginilah jdnyer...Nilah akibatnya mlm tadi sibuk2 ajak pi Sakan! Siapakah yg bersalah???. Ni sume kes bls dendam dek krn suamiku b'janji nk pi Jakel tp tak jadi, last2 ajk pi Sakan.
     Tapi tak phm betullah..nape kunci tu boleh hilang? habis keta dh selongkar tp tak jumpa gak...bimbang jgk..kalau kunci tu t'jatuh kt dpn umh then ada org lain jumpa,almtnya mmg tak selamat! Kalau kunci tu jatuh kt tempat lain takpelah... org takleh detect sape punyer...tapi dimanakah kunci tu berada??? Lepas dgr lontaran ketidakpuashatian suamiku coz aku selalu hilangkan kunci pastu dia bleh relax je..aku plak yg gelabah cari (adakah itu tandanya aku yg bersalah...huhuhu...). Abg jgnlah buat muka toyer ngan istrimu ni...last2 suamiku ckp "Benda dh nk hilang, nk buat cmner..ganti jelah...". Uihh...tp prsnn ini masih tak tenteram ingatkan kunci rumahku itu...
Ingatanku: Bila suamiku marah, baik berdiam diri...Diam membawa selamat!

Thursday, July 1, 2010

Makanan ringan atau makanan sunnah?

Ermmm..Yum,yum,yum...kami bertiga suka makan eskrim...mama suruh stoppun taknak...mama jgnlah marah..perut Kimi lpr tau ptg2 cmni...Echa pun lapar..kami nk mkn banyak2...Kimi tak batuk (ha...itu tipu gara2 nk makan eskrim tu!). Oooo bila mama beli kismis sampai sekilo taknak pulak korang makan?? Kalau eskrim ada, nampak je biji mata tu..OK hari ni je mama bg can...jgn bgtau ayah tau!

Inilah dia budak2 sekarang yg suka mkn aiskrim daripada makan kismis. Sebenarnya aku dh train diorang mkn kismis tp tak jln, last2 asbenku beli kordial kismis utk minum...Benda2 cmni tak elok diberi selalu, jd utk ingatanku ada
8 makanan Sunnah yang baik untuk kesihatan:
  1. KISMIS, 
  2. KURMA MADU, 
  3. KURMA AJWAH, 
  4. MADU, 
  5. BUAH TIIN, 
  6. MINYAK ZAITUN,
  7. ZA’FARAN, 
  8. HABBATUS SAUDA(BUAH BUNGA NAGELLA SATIVA)’.


                                                               Ole2 dari Terengganu
Pada sebelah malamnya pula, kami mkn keropok ikan ni yg diberi oleh Rujhan. Terima kasih ats pemberian ni, habis kami mkn secara berjemaah hingga Kimi nangis tak cukup...hehehe takpelah kimi, kalau mama rajin, mama goreng plak keropok kering tu...kan byk Uncle Rujhan bg...asbenku ckp kopokmu sedap...Yolah sedap, lg2 brg free..."Sedikit itu tanda ingatan, banyak itu tanda berlebih".

Selesaikan tanggungjawab...

Tengoklah ni,awal2 pg lg Kimi dh bangun coz Kimi tdo awl semlm akibat letih bermain ngan ank jiran di kediaman emak. Seawal 5 pg kimi dh terjaga utk menyiapkan homework yg tak siap. Tengok mata kuyu je nk menyiapkan kerja sekolah tu..semalam mama suruh habiskan,mcm2 alsn Kimi bg..nk buat kt umh mamalah, pensil tak tajamler...Inilah akibatnya, kena buat waktu pagi...

Homework English kt tangan kiri Kimi tu dh settle, tinggal tulisan jawi jer...Mama tgh dok sebelah Kimi tu jd tukang padam mana2 tulisan yg tak cantik. Kdg2 Kimi menunjukkan muka tensionnya, mana tidaknya asyik kena buat semula je...Thumb up buat Kimi yg sedar, ada tanggungjawab sebagai pelajar yg perlu Kimi selesaikan!Sebenarnya banyak lg homework kt beg tu Cikgu bg tp utk hafazan & bacaan je..(tanggungjawab yg mama belum lunaskan)

Sedang Along Kimi buat homework terjg plak si Echa ni...Ini muka Echa yg dh mandi pd pkl 5:30 pg..siap pakai baju melayu warisan drp along dia...hehehe jimat budget,ankpun sume hero..pastu dia sibuk2 plak nk ikut aku yg nk transitkan baby n Kimi ke rumah emak. Sepatutnya Echa dijaga oleh suamiku yg masuk keje ptg...bukan apa, Echa ni menghavoc keadaan...jd huru hara kalau budak aktif ni ada...

Kimi bersiap untuk ke rumah mak, dr sana dia akan naik van sekolah..Tgh bersiap memakai stoking, aku sound stoking dia pjg sgt pastu terus moody taknak pki stoking itu, gantilah dgn yg lain..bertuah punya ank!
Selesaikan tanggungjawab sebagai pelajar...semoga kimi belajar dengan bersungguh-sungguh!
P/S: Selesaikan urusan Allah, Allah akan selesaikan urusan kita...