KLIK DI SINI!

Monday, November 29, 2010

Ke pusara ayahanda kami

N3 yg tertunggak...Pada 17/11/2010 haritu kami sekeluarga ke pusara ayahanda tercinta.
Membawa anak2 mengenal adab2 ke kubur dan memberitahu makam arwah atoknya..
Beginilah kebiasaan kami bila tiba hari2 kebesaran...
kalau si abang (kimi) memang banyak bertanya hal2 kematian dan kubur, tapi berbeza pulak ngan si angah..
mungkin belum sampai peringkat umurnya lagi. Suka tengok Kimi bila dia faham apabila sampai ke tanah perkuburan, sopan je...siap marah adik dia dan berlagak bagai seorang abang sulung. memang dia sulungpun...
Along Kimi sedang memarahi Echa supaya duduk diam dan bersopan
 Tengoklah Echa, dia tak bleh dok diam walau sesaat...mungkin dia belum faham
 Dia siap jalan2 kat kubur tu, walhal kami belum siap membacakan surah Yassin. Nak tau apa jadi pada budak kecik ni...Selipar dia tersekat kt lumpur dan tak boleh bergerak...sib baik dia tak masuk kt lubang yg baru dikorek..
Tengah baca doa, mata Along Kimi terus mengekori ke mana adiknya pegi...sempat lagi memaksa aku menolong Echa yang tersekat kt lumpur...tulah nilah balasannya, bila tak geti dok diam!


Gambar di bawah sewaktu melawat pusara arwah ayahanda asben. Ini baru pertama kali anak2 ni di bawa..
Suami kehilangan ayahnya sewaktu berumur 5 tahun, aku kiranya masih beruntung kerana sempat memiliki kasih sayang seorang ayah...
 Ada kapur di muka kimi akibat gigitan nyamuk! Asbenku mmg rajin letak kapur ni bila anak2nya ada kesan merah..
 Tengoklah Amsyar...dia masih tak boleh dok diam,walau melawat kubur manapun...
Semoga anak2ku menjadi semakin faham bila mereka semakin besar...

AL-FATIHAH
buat
Allahyarham
Ayahanda Hj. Maskur bin Atmom
Ayahanda Jailani bin Ismail
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg solleh
Amin.


Monday, November 15, 2010

Mereka lebih aktif drpd atlit sukan!

Pada hari Sabtu, 13/11/2010, Kejohanan sukan sekolah telah diadakan di IPTI. Cam laporan sukan plak aku nak buat...Hmmm...ada kisah disebalik sukan ini. Pagi tu seperti biasa aku bangun pagi tapi t'lambat...dek kerana keterlambatanku bendera rumah merah n palakat yang di bawah tanggungjawab aku, terlambat sampai tapi on time sampai terus perasmian sukan bermula...Menggigil2 aku drive keta krn mengejar masa, hanya tuhan shj yg tahu...ditemani pulak 2 bujang yg tak larat emakku nak jaga...Nak tak nak, angkut pi sukan....
mula2 masih warming up, malu2 kucing...sebab dah terlambat doklah kat astaka..hari panas plak tu!
Selesai acara perasmian rumah sukan, diteruskan dengan acara pasukan sorak

Ini acara pasukan sorak yang memang dinantikan setiap tahun...
 Pasukan sorak rumah biru: Lagu: Lady gaga tak tau tajuk lagu apa...
Pasukan sorak rumah kuning: Lagu: Hindustan 'Oh my darling i love u'
 Pasukan sorak rumah hijau: Lagu: ????
soweylah,,tak dapat dikenalpasti..
 Pasukan sorak rumah merah: Lagu: korea 'Sorry,sorry,sorry'..
Inilah pemenang pasukan sorak tahun ni rumah merah...mmmmuahhhh...tak sia2 kami menjahit renda di baju...tahniah kpd perbarisan dan pasukan sorak. Kedua2nya Johan pertandingan.

ha....dah mula dah, mereka menunjukkan keaktifan mereka...Ini acara kejar mengejar di padang (selingan sementara guru2 menyusun peserta), yang harunya amsyar siap hadang peserta berlari...huhuhu, aku sendiri tergamam tengok dia halang pelari dari rumah kuning, sib baik ada runner kejar dan dukung dia!

 Amsyar harith ni pantang kalau ada pompuan cun, dia mesti menggesel2 nak dekat!tengoklah tu dgn muka kontrol macho...eiii tak malu betullah budak ni!
 Tengoklah keputusan rumah merah yang jauh ketinggalan...walaupun mereka dah berusaha, cikgu siap bawak 2 org penyokong lagi...tapi kami akur dapat nombor 1 dari bawah...
Ini konti emcee yang mendapat gangguan dari Ammar Hakimi, dahlah mikrofon takleh off...penat mereka cover mikrofon tu drp dgr suara kimi, tp dgr jugak...yang kelakarnya ayat dari Kak Mala...kalau aku jaga ank2 ko riz, mesti separuh hari dah pengsan....hehehe...bukan akak je, sypun bleh pengsan! Keaktifan amsyar, sampai suar jeans dia koyak! Balik drp sukan, mereka terus tertidur...kepenatan!

P/S : Mereka dapat anugerah kanak2 paling ceria..huahuahua

Friday, November 12, 2010

Apa yang disemai itulah yang dituai...

Semalam keputusan UPSR baru diumumkan, dan apa yang paling mengerunkan dan mengerikan aku ialah peratus untuk subjek Sains. Target yang diletak sekolah untuk subjek ini agak tinggi iaitu 92% walaupun aku tahu sekolah lain letak lagi tinggi tapi mana bleh ikut sekolah lain...Kebanyakan murid yang bersekolah di sini bukan di kalangan golongan elit.

Aku nak cerita sikit kegembiraan aku setiap tahun...peratus sains setiap tahun meningkat. Alhamdulillah..Allah membantu setiap perjuangan kami...Inilah yang dinamakan kepuasan mendidik!!!

Berikut adalah pencapaian setiap mata pelajaran pada tahun 2009, 2010 dan sasaran 2010. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kami mencapai target iaitu 91.96% dan murid sekolah ini masih lemah dalam subjek English. Ada juga ayat sinis seseorang,'eh, kalau peratus Sains meningkat dapat apa?'...dapat kepuasan, bukan senang nak menyemai benih yang bermacam, kami guna baja yang berkualiti untuk mendapatkan hasil tuaian yang berkualiti. Penatnya hanya Allah yang tahu...
Apa2pun kami telah membuat refleksi kelemahan dan kekuatan yang kami ada, semoga setiap tahun peningkatan peratus sains bertambah baik. Terima kasih kepada guru2 yg menyokong dan membantu, walaupun kadangkala kami dikutuk dan diperlekehkan oleh pihak2 tertentu, kami berjaya membuktikan doa2 org teraniaya termakbul!!! Kini, penatku sudah terbalas!!!!

 Dan apa yang terkilan, ada 9 orang murid yang gagal dalam subjek sains....Terkilan sangat2, mungkin usaha kami masih belum cukup untuk mereka menguasai dan mengingat fakta sains. Takpe, buat murid2 yang gagal ini bukan pengakhiran perjalan hidup kamu...berusaha untuk peperiksaan seterusnya...

Dan menyedihkan peratus menguasai sekolah kami turun dengan banyak berbanding tahun sebelumnya, sabarlah...mungkin ada hikmah apa yang berlaku...
P/S : Susah ke nak bagi penghargaan walaupun sekadar ucapan tahniah?

Thursday, November 11, 2010

Hangin satu badan!

Geramnya bila orang tak settlekan kerja kita terpaksa menanggung kerja dia...
Bila nak sedarpun tak tau...Orang yang geram tu akulah siapa lagi, dah kita plak yang kena settlekan..
Mula-mula....biasalah abis kena kutuk habis2habisan, pastu aku siap ugut aku taknak buat...
Aku memang taknak tanda kertas orang lain sebab aku dah tanda 7 kertas peksa X 2 =14, siap kerah suamiku tolong...tupun takleh fikir lagi ke??? Siap bawak pi kelantan menanda kertas peksa!!!  Tanggung jawab tetap tanggungjawab! Hisshh...geramlah...tetiba ada tambahan kertas, kenapalah aku terjumpa insan ni? sib baik takde kaitan darah...Nak je sound taknak buat, letak jawatan, ada ramai lagi calon yg nak jadi pendidik!!! Kalau ada masalahpun tolonglah selesaikan amanah ni dulu, mulalah aku nak berceramah...kena luahkan perasaan baru darah tak naik atas kepala, semalam dahlah si kecik demam. Budak kecik biasalah kalau demam meragam sikit, dapat plak berita kena tanda kertas orang lain...Hangin satu badan, rasa nak pitampun ada!

Last2 terpikir pulak...camanalah kalau salah sorang budak dalam kelas tu anak aku? Mesti lagi haru...
Biasalah...mulut je berbisa tapi hatiku baik..cewah puji diri sendiri!!!
Akhirnya aku tandakan gak kertas si dia...boleh claim ni satu kertas koman2 caj 50 sen...
Aku dah tak pikir kesian kt dia tapi aku pikir kesian kat anak murid, lagi2 periksa akhir tahun!!
 Aku doakan semoga guru ni bertambah insaf, sedar diri, lebih bertanggungjawab dan semua nilai2 murni yang ada kat dunia ni didoakan pada guru ni.
Janganlah buat-buat sakit kalau Tuhan belum beri kesakitan itu...
Janganlah cari masalah yang direka sendiri!
Ok habis bab hangin satu badan ...jap lagi kena ngadap bos utk 'Post mortem UPSR 2010'!

Nota kaki tanganku : Semoga hatiku lebih ikhlas untuk menolong orang lain...huhuhu




Wednesday, November 10, 2010

Jamuan Akhir Tahun 2010.

High Tea di Star Hill, Johor sempena Jamuan Akhir Tahun 2010. 
Kehadiran guru tak berapa memuaskan coz menghadiri beberapa kursus. Kesian mereka, dahlah dah bayar tapi tak dpt makan..takpelah kami dah makankan sampai senak perut...Mesti dalam hati geramnya kena gi kursus di saat2 jamuan...ekekeke!
Acara ringkas ini dimulakan dgn bacaan doa,pastu makan, patutnya berhenti makan sebelum kenyang tapi kami makan je walaupun dah sendawa berapa kali..hehehe coz fikir dah bayar, nak taknak kenalah ngap, dan ngap, dan ngap...selepas makan, ucapan dari GB, guru yang telah berpindah, penyampaian hadiah dan Lucky draw...
Makanan boleh tahan sedap, lagi2 perut tengah dikosongkan...
Nampak cam dah tembam sikit pulak...kena diet or exercise ni tuk kuruskan badan! Ingat nak pakai tudung 2 layer yg beli ngan kak Imah tapi cam malu plak nak pakai, last2 pakailah tudung ni gak...
Sedang aku sibuk2 snap gambar kad di atas, tetiba nombor 0050 kena sebut..dpt lucky drawlah...
Walaupun dapat barang bukan ribuan ringgit, tp aku tetap menghargainya...cewah...ha...bawah nilah sampul hadiah nombor 29 yang aku dapat! Tengok luar je aku dah dapat agak dapat apa...
Kuih muih yang tak larat dimakan coz asyik bantai makan 'cheese cake'...

Jam di bawah inilah yang aku dapat dan diletakkan di rumah emak...
Dapat 'report' dari emakku, Amsyar melampau semalam...emak takyah informpun kami dah dpt agak!
Lagi2 bila dia tgh ngantuk blum tdo tengahari, memang dia jadi buas! 
Apapun 'thank you to my mom and I'm really appreciate it'!
dan kami balik dari rumah emak pada jam yg tertera di bawah setelah menonton cerita 'chinta' dan solat Maghrib.
Diharap anak2ku tak menjahanamkan jam ini coz aku tak gantung...
 Nota kaki tanganku: Semoga kita dapat menyelesaikan kerja-kerja 2010 dengan sempurna sebelum tiba 2011!






Monday, November 8, 2010

Rombongan meminang dgn org Pantai Timur..SELAMAT BERTUNANG!

Ini baru permulaan adikku berstatus single but not unavailable...Penatnya badan menghantar rombongan bertunang di negeri Pantai Timur. P'jalanan maksimum 12 jam menjadi 16 jam...huahuahua...mana tak nyer melayan kerenah hero-hero kecik yg asyik nak terkencing je dah amik masa, lagi2 konvoi dgn bakal pengantin ,bwkpun bersopan santun sampai kami terlanggar dgn sekor kura2...kuikuikui......masing2 berjaga mata takut ngantuk, seram gak dengar kemalangan ngeri banyak sgt!!!ginilah kalau dapat orang jauh, ini baru permulaannya...sib baik abg aku dekat je! Kat bawah ni ada beberapa gambar yg tak berapa clear coz guna hp murah je..inilah barang hantaran darpada pihak lelaki kpd pompuan yg bertemakan merah, warna kesukaanku! Bila tanya aku warna apa lawa, for surelah pada pandangan mata aku warna merah...jgn marah yg lain!
daun sireh tu, daun palsu...takpe kot sekarang guna daun palsu...tak layu gitu,tu yg nampak fresh je..

ha...inilah budak yang dah bertunang tu...masa sesi perbincangan, sibuk anak sedara dia... si Kimi nak tengok pengantin pompuan! tak taulah apa yg membuat si kimi excited sangat! Maklumlah nak tengok siapa yg nak jadi Makchu dia...Masa selesai makan plak, budak2 ni sibuk tekan loceng umah...budak2 tu tak termasuk anak2 sedara yg pompuan, diorang ni sopan sket!

 Diselitkan ngan gambar Amsyar Harith yg jatuh ranking first budak paling baik!
Mama ngan ayah sentiasa doakan Echa menjadi anak yg baik!

Emakku menyarungkan cincin pada Ina..menandakan anda telah dibooking!
Selamat bertunang buat kalian, semoga ikatan ini diakhiri dgn perkahwinan...

Mama Tati yg sentiasa dirindui oleh hero2ku...Inilah orang kuat yg menaja penginapan dan makanan kami di Kelantan, maklumlah dah kahwin dgn org sana terus nak dok sana...Amzar Hasif menjadi model, budak ni kalau orang lain yg dukung, dia jadi sopan sikit...kembang kempis hidung control kebaikan dia, padahal dalam hati meronta2 nak join abg2 dia main!
 Ini kakak iparku bersama ngan Akif Hadif yg malu2 kucing!, orang kuat photographer...sekali tengok asben dia iaitu abgku, mesti org ingat photographer profesional...hehehe...boleh tahanlah...
Time2 ada majlis penting camni jelah kami boleh berkumpul beramai2...
Diakhiri dgn gambar model Amzar Hasif yg suka ratah ice cube! Makan dkt Bandar Mukhtafil bilal shah, mahal sungguh dia tekan harga makan, aku yg dok JB nipun terkezut! tak baik letak harga tak masuk akal, apa2pun anggaplah tu sedekah dari adikku Aie coz dia yg belanja makan! Kami bertolak dari sana pada hari Ahad kul 9pagi, area Tiram jammed plak tu...habis kene bebel ngan asben salahkan aku, tadah je...mls nk layan...Walaupun abg membebel masa balik dari Kelantan ke JB,
Alhamdulillah...kami selamat pergi dan balik dgn keizinan Allah...

Tuesday, November 2, 2010

Mural bunga tulip!

Penatnyer badan den...menyiapkan mural library sekolah..nak update blogpun tak sempat, bukan setakat blog, kemas rumahpun tak dan! Inilah hero2 yg dtg menyerang bila mama dia naik atas kemas umah, merekapun tolong menyepahkan...huhuhu rasa nak menjeritpun ada,lagi2 tgh pms..
Akhirnya bilik kimi berjaya jugak mama kemas!

Tengok dua orang budak yg tak berbaju tu, padahal mereka mandi kt bilik aku...lps mandi meluru terus masuk bilik ni dan tolong sepahkan...
Inilah hasil mengecat mural di dinding library, nampak senang tp payah...

dua mural yg baru disiapkan, esok dah cuti...hari Khamis pemantauan dah datang...huhuhu nak taknak kena siapkan gak! Sekarang ni tgh sibuk plak latihan rumah sukan...
Apa2pun Good Luck utk library yg masuk pertandingan library peringkat Negeri Johor!
Aku hanya membantu apa yg termampu...