KLIK DI SINI!

Monday, February 21, 2011

Birthday budak brutal....(17.2)

Kecian Amsyar...birthday party hanya dirancang oleh ayah shj...Walaupun tak segrand continental yg penting ada ingatan untuk Amsyar...
Aku tengok anak aku yg nombor dua ni brutal sket...entah2, birthday dia tak buatpun takpe...berbeza ngan along, pantang bincang nak buat birthday..dgr je dia...cake birthdaypun angah tak kisah sgt, kalau along wajib ada gbr Ben 10!


tapi takleh lah kan...bila dah buat satu semua kena buat...Tak taupun ayah merancang birthday party ni, tau2 nak buat kt umah emak, lgpun haritu aku keje spt biasa...sib baik ada hubby, emak dan uchu ct yg tolong memasak..hubby mmg prihatin sket ngan Amsyar... almaklumlah dari kecil dia dh jaga, maybe kasih syg dia ada lebih sket kt Angah..
Semua berjalan lancar...Amsyar dahpun menjangkau 3 tahun. Walaupun nakal, Amsyar masih boleh diharap...bab2 suruh ambil barang, baik suruh angah drp along...Angah, bagi arahan sekali terus buat, kalau along...ckp sekali lebih byk ha shj. Along lebih banyak dgn dunia sendiri. Bab menjaga adikpun, angah lebih senang diharap menjaga adik...bila dia yg jaga, ha...siaplah dia buat sukahati dia, abis dia buli si kecik, dah dia yg jaga...Anak paling prihatinpun jatuh kt Amsyar, bila kita ckp sakit je..hmmm...bukan main caring lagi, tanya mana sakit, pastu amikkan ubat...harap2 sampai ke besar! Tapi tang mama & ayah tak tahan bila mintak susu, lambat sikit mengamuk, lambat banyak..habis botol susu kena campak!

 Gambar sementara...
Dikesempatan ini mama & ayah nak ucap
" Selamat menempuh alam 3 tahun, semoga Amsyar menjadi anak yang soleh, semoga panjang umur & diluaskan rezeki.

Terima Kasih kepada ibunda tercinta yg menyediakan menu dan tempat, Uchu ct yg berpenat lelah membuat cupcakes blueberry yg sedap, tak lupa pula jiran2 emak..

Tuesday, February 8, 2011

Kenduri kesyukuran di rumah mak

Kenduri ini diadakan untuk majlis kesyukuran untuk bakal baby mama tati yang kedua. Majlis dibuat selepas solat zohor pada hari Khamis 4/2/2011 untuk kaum wanita sahaja. Aku seperti biasa datang pada pukul 12:00 tengahari selepas menguruskan rumah, anak2 dan menggoreng samosa untuk di bawa ke rumah emak. Bukan taknak pegi awal2, almaklumlah hero2ku bila dh datang boleh haru biru jadinya.l agipun suamiku bekerja seperti biasa. Datang lewatpun Amzar dah kena sudip panas, gara2 mamanya nak buat air dan meletakkan dia berhampiran orang yang sedang menggoreng popiah. Tak pasal2 ada cop kat pipi, tulah baru nak tunjuk rajin anak dah kena cop..terpaksalah tunjuk malas…hehehe. Pastu ada plak menuduhku membiarkan anak, takde orang yang sanggup menjadikan anak mangsa..lagi2 aku yg penyayang ni...hikhikhik!
 Kesian anak mama, jatuh dah saham 10%, semoga parut kt pipi tu tak berbekas!

Selepas majlis abis, aku tunjuk rajin lagi sekali mencuci pinggan, ha tak pasal2 hero2ku datang menolong, diapun nak tolong membilas pinggan mangkuk…betul tak aku cakap aku tak boleh tunjuk rajin, sebab ada pengikut setia..nanti tunjuk malas orang kata aku malas buat kerja, tapi kesimpulannya tunjukjer kemalasan kalau dah terpaksa…kehkehkeh! Bukan apa, basuh sume pinggan kaca takut berderai jadinya, tak dapat den nak tolong...
 Wah...beriya2 Amsyar membilas pinggan, mentang2 baru potong rambut.
Apa2pun didoakan semoga mama tati selamat melahirkan anak kedua yang lama dinanti2kan..buat ajiq yang rusuk kanannya ada kat kimi, kembang hidung Kimi, bila kena marah je ada orang baking, ayat yang paling fames digunakan,’goyak ah molek-molek’…amboi. Pantang orang semua meninggikan suara kat buah hati dia…kimi cakappun dia sayang kt ajiq kesian echa terpaksa disisihkan, semoga kasih sayang kalian berkekalan…jap lagi ajiq nak dapat adik yg khabarnya lelaki juga…selamatlah bergasak semua hero bila jumpa…
P/s: Dengar cite mama tati tensen coz takleh langsung marah kimi, ajiq syg beno kt abg die…

Monday, February 7, 2011

Selamat pengantin baru!

Kami menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu suami sebelah perempuan pada 30/1/2011 bertemakan warna yang aku minat iaitu merah putih. Pada asalnya kami bercadang tidor di rumah Cik Sarah atau Pok de tapi memikirkan anak2 yg agak lasak kami bercadang berpatah balik ke Jb lagipun jarak ke kota tinggi tidak begitu jauh, lebih selesa rasanya beradu di rumah sendiri. Malangnya pada keesokan harinya untuk majlis sebelah lelaki kami terkandas di tengah jalan akibat hujan lebat dan ada beberapa tempat mengalami banjir, suami terpaksa berpatah balik ke rumah..kami berangkat semula ke sana pada sebelah petang, malangnya setibanya kami majlis telahpun selesai, rasa ralat sikit sebab tak dapat mengikuti majlis sepenuhnya, sib baik semalam dah menjengah gak sekejap ke dewan melihat persiapan dewan yg bertemakan hitam putih…takpelah yang penting semuanya selamat dan berjalan lancar… Selamat pengantin baru diucapkan kepada sepupu suami iaitu Syafrie dan pasangannya Syazana. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat..

P/s: Simpati nasib pengantin yang bersanding dalam keadaan banjir..