KLIK DI SINI!

Wednesday, March 23, 2011

Lambaian Pulau.....


Pada cuti sekolah baru-baru ini kami sekeluarga telah bercuti di Pulau Tinggi, Mersing. Mesti ramai yang tidak tahu lokasi Pulau Tinggi, Lokasinya atas sedikit drp Pulau Sibu…  Kami mengambil kesempatan cuti kali ini bercuti bersama keluarga dan sepupu sepapat. Bertolak ke Tanjung Leman pada pagi hari Sabtu iaitu sempena ‘Anniversary Perkahwinan kami yang ke 6’. Tiada yg istimewa pada hari itu, cukuplah bila dapat bersama suami dan anak2. Sedang menunggu bot yang agak lama, tetiba Mak Lang berubah hati akibat berita bencana tsunami yang melanda Jepun…tetapi memandangkan lambaian pulau begitu kuat, aku plak yg mendesak tuk pegi. Ahirnya, kami tawakal sahaja meneruskan percutian ini. Bagi aku, ini saja masa yg ada utk ke sana…Lagipun Along Kimi saja yg dah byk kali pegi pulau, anak2 lain belum lagi merasa desiran pantai di sana..
  Pengangkutan bot tak menjadi masalah bagi suami kerana suami berasal daripada Pulau Tinggi dan ramai sedara di sana..kawalan agak ketat sekarang akibat tragedi lemas di tanjung Leman. Masing2 kena pakai ‘life jacket’. Anak2 begitu teruja apabila dapat menaiki bot tapi berbeza ngan baby hasif, bot bergerak je dia jadi takut dan pejam mata rapat2…kesudahannya adik tertidur ngan lena sekali hingga sampai ke destinasi.

Kami mengharungi lautan selama 1jam lebih, akhirnya sampai ke destinasi yang dituju, rasa lega bila dah melepasi lautan. Suasana di sini jauh dari hiruk pikuk kenderaan..memberi sedikit ketenangan kepada aku.  Setibanya di Pulau Tinggi tak sbr2 si Kimi nak ke pantai. Apalagi kalau dah sampai pantai, sikit2 nak berenang..berbeza ngan Amsyar, takut ngan air masin walaupun sebenonya dia pantang jumpa air…

Kat sini kami dapat makan ikan fresh2,…yumyumyum….ini semua berkat suami2 yang belajo menjaring ikan….ketam pun dapat, suka budak2 ni dapat meratah ketam segar…Mereka gembira dapat melihat ikan yang besar2, lagi2 bila dapat ikan pari. Yang kelakarnya kimi cakap ikan pari-pari…mesti dia dah terpengaruh ngan kartun yg ada pari-pari.
Sempat jugak kami singgah di Tanjung Balang ke rumah Paksu Bulat dgn menaiki bot Paksu. Bukan selalu dapat menikmati pemandangan pantai yang indah sekali. Kimi gembira betul dapat naik bot Tok Bulat dia, dia plak sibuk nak jadi pilotnya.

Kami bertolak balik dari Pulau dengan menaiki bot pada hari Selasa. Alhamdulillah, kami selamat sampai dalam pukul lima, banyak gak ikan yg kami bwk balik, dptlah sorang sedikit utk buat laut dlm masa 3 hari…akhirnya, anak2ku dh menjejakkan kaki ke tanah tumpah lahir suamiku…bak kata suami, tak bawak balik pulau, tak kenal asal usul…

Thursday, March 10, 2011

Renovate bahagian dapur (Part 2)

Sambung lagi kisah bahagian dapur...aku nak bercerita pasal kabinet barang, oleh kerana dia adalah sebahagian daripada tempat di dapur, so masuklah part 2. Asalnya kabinet ni asbenku nak buang (suka ati dia je...abis duit aku melabor kt cni tau!,ekekeke...mentang2 dia tak beli bolehlah buat suka hati dia). Akupun membuat alternatif lain...mengecat semula menjadi warna putih, cik abg setuju, kira okler tu...

Susah payah mengecat, anak2 bujang semua teruja nak tolong mama dia. Tupun puas explain kt diorang takleh main ngan cat ni coz cat minyak...Amsyar siap celup tangan lagi kt cat putih ni, sbr jelahkan...dia sebenornya nk tunjuk ketidakpuashatian dia tak dapat pegang berus cat, along plak dh mogok tarik muka masam, ini sume gara2 aku mengecat kabinet ni...Cat belum kering, anak2 dh pegang...konon2 mama dia nak buat ala2 english stylelah kan...kuikuikui....

Akhirnya kerja2 mengecatpun selesai...inilah hasilnya
At least, sedaplah mata memandang daripada warna sebelumnya....
 Kabinet dapur tak sempat nak survey lagi...

Wednesday, March 2, 2011

Renovate bahagian dapur (Part 1)

Akibat ketidakpuashatian dengan mozek yg sebenarnya baru dipasang tapi org tak pandai pasang, aku & asben membuat keputusan memecah balik mozek pink ni...
 Benda yang lama aku tunggu nak buat tp tertangguh akibat memikirkan duit banyak dah dihabiskan extend dapur ni. Sempatlah kami menggunakan mozek ni selama lebih kurang 3 tahun...Sebenarnya nak buat cepat, tapi memikirkan duit dah berhabis ke sini, nak taknak kena pejam mata, guna mozek ni..Memikirkan kena guna bagi puas, baru tukar. Lain kali kena tanya orang yang pasang mozek dia pandai ke tidak, janganlah aniaya orang kalau tak pandai buat...
Akhirnya kerja2 memecah bermula pada 22/2/2011.
Bingkai tingkap bilik ini dibuang untuk di buat pintu...
Mozek bilik airpun aku tukar...sebab org yang pasang mozek, buat tak cantik...Lagipun bilik air ni menjadi favourite anak2 mandi, sinki pecahpun di sini akibat keseronokan budak2 tu bermain di bilik air.
Pintu dapur ni di tukar lain....sebabnya buat frame pintu tak betul...frame ditukar ke besi...

Kerja2 membuang mozek lama selesai, sekarang tengah tunggu proses kerja2 pemasangan mozek selesai...
Setiap hari bila balik kerja, suami atau aku terpaksa mengemop lantai...inilah akibatnya bila kerja membaikpulih dilakukan selepas duduk di rumah.
Tak sabar nak tunggu bila semuanya selesai, sebab aku dah tak sbr nak pasang kitchen cabinet...
Harap2 semuanya berjalan dengan baik...selamat tinggal mozek lama!