KLIK DI SINI!

Monday, April 4, 2011

Kem Bestari Solat (2)!

Baru sahaja mengadap tv beberapa minit, Kimi dah terlelap,maybe kepenatan mengikuti kursus asas solat di Unikl. Songkok penuh ngan benda putih-putih, aku ingatkan apa, rupanya dia belajar tayammum...
 Ini situasi dalam dewan, anak kawan aku siap azan lagi...kembang hidung kalau Kimi boleh buat camni...

Kimi dah takde mood nak bergambar...
OK ada beberapa info yang nak dikongsi bersama...



TAHUKAH ANDA?

1.NIAT SOLAT memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat
2. QIAM fadhilatnya, meluaskan kubur kita
3.TAKBIRATULIHRAM sebagai pelita yang terang di dalam kubur
4.FATEHAH sebagai pakaian yang indah di dalam kubur
5.RUKU’ sebagai hamoaran di dalam kubur
6.I’TIDAL akan diberi minuman dari telaga Al-Kautsar ketika di dalam kubur
7.SUJUD memagar kita ketika melalui Titian Siratul Mustaqim
8.DUDUK ANTARA 2 SUJUD menaungi panji-panji nabi di dalam kubur
9.DUDUK TAHYAT AKHIR menjadi kenderaan di padang Masyar
10.BACAAN TAHYAT AKHIR penjawab soalan dari Munkar dan Nakir
11.SELAWAT ATAS NABI pendinding api neraka di dalam kubur
12.SALAM memelihara kita di dalam kubur
13.TERTIB pertemuan kita dengan Allah swt

Semoga sama-sama kita menjaga solat...

Saturday, April 2, 2011

Kem Bestari Solat!

Hari ni Ammar Hakimi ke kem Bestari Solat bersama2 anak2 kwn mama. Bukan main excited lagi bila mama kata mama nak hantar Kimi ke kem Bestari Solat di UniKl. Jarang ada kesempatan ini, bila ada orang offer cpt2 ah register! Malam tadi siap baca doa iftitah & test solat...Aku siap beli baju melayu baru utk dia. Beli utk dia, angahpun kena beli warna yg sama. Si kecik je tak dibelikan sbb dia belum pandai mintak lg.. Malam tadi Along asyik bergurau dgn angah je sampai pukul 2 pagi tak tido2, kesudahannya kena marah, baru masing2 memaksa diri tuk tidor. Tak taulah camne dia kt sana...Start kem pada pukul 8pagi, Pukul 2ptg nanti aku pi amik dia di dewan unikl. Harap2 Kimi dapat belajar sesuatu yang berguna hari ni...
P/s: Lupa amik gambar...