KLIK DI SINI!

Wednesday, December 26, 2012

LEGOLAND LAGI....


N3 ni dibuat coz tak ke mana cuti sekolah ni...memandangkan dah beli annual pass..ku gagahkan jua membawa anak-anak bermain di sini...fuhhhhhhhhh sebenarnya kalau ikutkan hati penat woo melayan kerenah mereka, bayangkan haritu tanpa suami di sisi...si kecil Aisyah letak rumah pengasuh..kalau nak tunggu ayah yang bawa kami weekendler jawabnya..aku plak tak suka pegi waktu sesak2...
melayan derang tengok movie

naik keretapi 
masa tengah pi sini...pakchu saiful bahri kebetulan meeting (waterpark project legoland) kat sini ngan kawan dia..wah...legoland nak buat waterpark maybe bulan 9 tahun depan....suka,suka...
hah...tak psl2 kimi jadi mangsa teman kak ct ni naik benda alah dia...kalau suh mama mmg tak naikler jawabnya walaupun tak brp ekstreme pada ct tapi sangat ekstreme buat aku...uish kecut perut!
Puas jugak mereka main tak ingat nak balik.



tengah duduk lepak-lepak kat sini,sempat gak aku bersembang ngan doktor dari Kelantan..mesti kalau diorang tengok anak2 yang tak reti dok diam akan tanya...semua lelaki?tak....ada sorang perempuan tapi tak bawak....huhuhu mmg aktif, kami balik rumah malam dan mereka kepenatan..
terima kasih kepada en. saiful bahri yang sudi melayan anak2 sedaranya...
Alhamdulillah..selamat pergi dan balik rumah, yang penting mereka happy..

Friday, November 23, 2012

Menambah koleksi tudung...

 Dapat sayap sehari ke pasar tiram, johor.

Semalam adalah hari untuk terbang bebas seketika....
Sesekali keluar tanpa anak-anak merupakan hari kelapangan sedunia buat aku
kebetulan suami cuti, dialah menjadi Mr. mama...lagi-lagi ada Mr. driver yang ambil, sangatlah suka....aku suka berjalan-jalan mencuci mata di pasar tiram...sbnrnya jarang aku nak ke sini tanpa membawa mereka...bayangkanlah ke sini membawa mereka... mcm2 kerenah yg diorang buat! yang tak tahan nak kencing lain, nak memerut lain, aiskrim lain.....mood bershopping terus hancus!

Tapi tidak semalam...ke sana ke mari terasa bebas....hihihi...
Dan yang paling best, aku dapat beli 3 tudung 3 layer dengan harga yang sangat2 best...gembira sangat2, inilah agaknya terapi shopping...

Tapi jangan ingat, aku tak ingat dengan mr. mamaku dan anak di rumah, untuk merekapun aku ada belikan sesuatu....

Balik dari bershopping di pasar Tiram...kulihat rumahku sudah tunggang langgang...adesss...sebenarnya sepanjang perjalanan ke Tiram emakku memberi tazkirah...katanya cuti sekolah ni ajar anak mengemas rumah, disiplin! setiap sorang kena ajar menyapu, mengemas nanti bila dah besar mereka tahu nak buat....ye mak saya dah ajar anak-anak saya...like you dont know your grandson! Tak caya tanya Ammar Hakimi, Amsyar Harith, Amzar Hasif kecuali Amni Dhia Aisyah sebab dia belum boleh bercakap...





Boikot Victoria's secret

Salam, aku bukanlah peminat tegar Victoria's secret, tapi aku dah mengumpul banyak koleksinya...tapi aku takde niatpun nak menyokong Israel...
Ha...nak tahu macamana boleh terjebak? Ini semua angkara rakan sekerja (identiti dirahsiakan) yang suami bekerja sebagai pramugara...so bolehlah beli...



tapi bila sampai rumah aku, boleh dikatakan semua dah tiada penutup botol....harharhar...sebab anak2 akupun nak wangi selepas mandi, kadang2 mereka suka spray sukahati diorang saje, lagi-lagi anakku yang digelar 'baby @ abang ude...

Lepas ni boikotlah barangan ni.....




Thursday, November 22, 2012

DSV Tahun 2 : Membuat Corak dan Rekaan (Tiupan)


BIDANG : Membuat Corak dan Rekaan (Tiupan)
TEMA   : Alam semulajadi 
TAJUK  : Bingkai gambar


Aktiviti P&P

1.Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang corak tiupan.

2. Guru menunjuk cara teknik tiupan.

3. Murid menghasilkan hiasan bingkai gambar bercorak teknik tiupan.

4. Murid mempamerkan dan menceritakan hasil karya seni yang dihasilkan.


Penilaian P&P

1. Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat hiasan bingkai gambar bercorak
teknik tiupan berdasarkan empat standard kandungan.
 Ini bukan contoh tajuk untuk bingkai gambar, saya akan upload kemudian..

DSV Tahun 2 : Membuat corak dan Rekaan (Cetakan)


BIDANG : Membuat Corak & Rekaan (Cetakan)

TEMA   : Alam Semulajadi

TAJUK  : Pembalut Hadiah


Aktiviti P & P :

  1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang corak teknik cetakan.
  2. Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai  untuk membuat corak teknik cetakan.
  3. Guru menunjukkan cara membuat blok cetakan menggunakan parcel dan bongkah kayu.
  4. Murid menghasilkan blok cetakan.
  5. Murid mempamerkan hasil karya sendiri
Penilaian :

Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti untuk membuat blok cetakan berdasarkan dua standard kandungan.

Sambungan (minggu berikutnya)


Aktiviti P & P :

  1. Guru menunjukkan contoh dan ulangkaji tentang corak teknik cetakan.
  2. Guru menunjukkan cara bagi menghasilkan corak teknik cetakan menggunakan blok cetakan.
  3. Murid menghasilkan pembalut hadiah menggunakan teknik cetakan.
  4. Murid mempamerkan dan menceritakan karya seni  yang dihasilkan.


Penilaian :

Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti untuk membuat blok cetakan berdasarkan dua standard kandungan.