KLIK DI SINI!

Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts
Showing posts with label Anak-anakku. Show all posts

Sunday, January 6, 2013

Setahun sudah...

Setahun sudah Amni Dhia Aisyah....Budak kecil inilah yang telah lahir ke dunia pada 4.1.2012 yang lalu...rasa cepat masa berlalu...
susah betul setahun yang lalu nak memilih namanya...akhirnya gabungan ayah, mama n uchu et lahirlah nama amni:pilihan mama dhia:pilihan uchu et, aisyah:pilihan ayah...ayah kata dia nak anaknya sehebat saidatina Aisyah...amin
Semakin susah menjaga si kecil sekarang kerana dia sudah semakin aktif...mana tidaknya pandai berjalan pada usia 11 bulan...tempat kegemarannya adalah tandas kerana suka main air dan memanjat tangga...kalau dia hilang, mesti menuju ke sini..sekarang ni pantang jumpa pensel, abis berconteng rumah, aksesori rumah banyak yang dah rosak...paling dia suka menyelongkar barang dan sepahkan. Pantang mama lepa kain yang dah lipat, habis Aisyah sepahkan...selongkar tong sampahpun suka...pernah termakan plastik pastu muntah...letih bila dia dah dapat kaki!
Untuk langkah keselamatan, semua pintu yang menuju ke bilik air ditutup dan tangga juga terpaksa dihadang ngan sofa merah mama...makanan atau cawanpun tidak boleh diletakkan disisi meja dah sampai tangan dia capai...
Abang yang terpaksa jaga Aisyah adalah along, kesian along kadang-kadang mengeluh sebab adik dia aktif sangat...angah ngan ude tukang membuli si kecil...angah akan jaga aisyah kalau dia ada unsur-unsur nak membodek...hihihi...uda tukang buli jelah jarang sekali jaga,tukang nyakat bagi nangis itulah kerja dia...kadang-kadang tengok si kecil ni memberontak juga, tahu pulak pilih mana abang yang tak buli dia...
Aisyah nampak matang mungkin dia lahir awal tahun dan ada sifu-sifu yang mengajar dia...selalu sangat memerhatikan abang-abangnya buat apa..
Walaupun kek aisyah punah sedikit, dia tetap dapat meraikan ulangtahun pertamanya.
Semoga Aisyah menjadi anak yang solehah, yang berguna kepada agama, bangsa dan negara.
Sangat bersyukur Aisyah membesar dengan sihat...semoga Allah mengabulkan setiap permintaan mama....
cakk...Aisyah dah pandai main cak cak... 
Takde rambut lagi si kecil ni...
 Dialah penghibur di kala duka dan suka

HAPPY BIRTHDAY AISYAH
YOU'RE 1 NOW...
TERIMA KASIH ALLAH!

Wednesday, December 26, 2012

LEGOLAND LAGI....


N3 ni dibuat coz tak ke mana cuti sekolah ni...memandangkan dah beli annual pass..ku gagahkan jua membawa anak-anak bermain di sini...fuhhhhhhhhh sebenarnya kalau ikutkan hati penat woo melayan kerenah mereka, bayangkan haritu tanpa suami di sisi...si kecil Aisyah letak rumah pengasuh..kalau nak tunggu ayah yang bawa kami weekendler jawabnya..aku plak tak suka pegi waktu sesak2...
melayan derang tengok movie

naik keretapi 
masa tengah pi sini...pakchu saiful bahri kebetulan meeting (waterpark project legoland) kat sini ngan kawan dia..wah...legoland nak buat waterpark maybe bulan 9 tahun depan....suka,suka...
hah...tak psl2 kimi jadi mangsa teman kak ct ni naik benda alah dia...kalau suh mama mmg tak naikler jawabnya walaupun tak brp ekstreme pada ct tapi sangat ekstreme buat aku...uish kecut perut!
Puas jugak mereka main tak ingat nak balik.



tengah duduk lepak-lepak kat sini,sempat gak aku bersembang ngan doktor dari Kelantan..mesti kalau diorang tengok anak2 yang tak reti dok diam akan tanya...semua lelaki?tak....ada sorang perempuan tapi tak bawak....huhuhu mmg aktif, kami balik rumah malam dan mereka kepenatan..
terima kasih kepada en. saiful bahri yang sudi melayan anak2 sedaranya...
Alhamdulillah..selamat pergi dan balik rumah, yang penting mereka happy..

Thursday, October 18, 2012

LEGOLAND, MALAYSIA

Salam...lama betul rasanya tak update blog, almaklumlah sekarang ni busy betul ngan pengisian markah band...oleh kerana berpusing2 lama sgt, kadang2 bertukar skrin jd benda lain..almaklumlah sistem 1 Malaysia guna, tu yg jadi tak berapa stabil... bosan? singgahlah jap mengisi kebosanan...
Hah nak berceloteh sket....Baru-baru ni kami 2 keluarga pergi ke Legoland...Wow...aku macam tak caya beli tiket annual pass utk kami sekeluarga, padahal, aku jarang nak mengeluarkan duit utk benda2 gini, tp memandangkan renggekan ank2 yg tak henti2 t'paksalh mama melayan, lagipun kalau pi sehari mesti tak puas main....


 Bab hiburan2 ni mmg cik abg tak berapa gemar, masuk pintu legoland, siap sindir sinis lagi...bukannya byk mainan, buatpe beli? eh...abg dh jalan ke? mcm dia pernah jaga site cni cm en. saiful bahri pulak (adikku ler tu!!!). Nampak di luar mmg cam tak brp ada permainannya, masuk  di dlm...x terlarat nak layan kerenah anak...hihihi!
Kesian anakku Amzar, masuk cni nk main....ikut pulak ketinggian, padahal klu dikaji akal taklah thrill manapun permainannya, tapi banyak anakku tak lepas...wei...budak ni berbayar beb...tu yg aku angin! aku siap merayu, aku jaga kat sebelah, kedekut tak bagi!!!
budak besar gini, dia dh tahu nk main, lagi2 nampak abg2 dpt main...nangis meraung2lh gamaknya,..yg tak thnnya dgn aku2 sekali menangis, takpelah kalau dia ikut peraturan betul2, tapi ada pulak budak yang lebih kecil dari anakku lepas...depan mata suamiku plak! apalagi, habis kena sound....1 ikut peraturan, semua kena ikutlh, bukan pilih kasih beb!!wei...kami taulah jg bdk ni, bukan extreme sgtpun mainan dia...agak2nya...aku rasa mesti dia ikut ketinggian Mat saleh, maklumlah nikan projek mat saleh...kalau byr ikut ketinggian takpelah jugak....ni budak 3 tahun dah kena byr tp tak dpt main...aku rasa tahun depan belum tentu budak ni lepas...huhuhu...nak je mintak pihak legoland revise balik ketinggian yg tak munasabah tu!

Yang paling bestkan  time ni, Amsyar Harith sgt behave dan sopan, maybe dia betul2 nak g Legoland, setelah diugut, diancam utk jg kelakuan...paling mengejutkn siap solat berjemaah...alahai anakku!
walaupun tak puas hati bab ketinggian tapi aku suka ngan keprihatinan Pihak Legoland. Kat sini ada disediakan babycare dan surau2 utk solat...Bab makan kat sini, mahallah sikit...maklum jelah komersial nyer tempat...

Nak dijadikan cerita, aku boleh jejak kasih kat cni....di babycare@legoland...almaklumlah cuaca kejap hujan, kejap panas...masuk cni sejuklh sket badan, lagipun nak mandikan si kecik ni...si kecik ni walaupun tak dapat main apa2, tetap sporting menemankan abang2 tersayang, termasuk baby safiyyah, mereka tak banyak ragam..tak dilayan bagai princess!!!
Inilah kak Safiah yang 10 tahun tak jumpa, senior ms kt UTM tp lain course merangkap mommy blok S10. Boleh plak aku lupa ingatan masa ni tak ingat nama, tapi muka sgt familiar, almaklumlah daya ingatanku semakin merosot...padahal nama dkt ngan anak sedaraku yg ada bersama waktu itu...tak sangka kami berjumpa di sini, padahal dia dok di KL! Inilah dikatakan jodoh...

Aisyah dh 9 bulan waktu ni...mana nak dia dok cni, di sebelahnya sepupu dia safiyyah..kepala masing2 tak berambut..kepala dia memang tak boleh letak hiasan, sbbnya abg2 tak suka nampak adik dia comel...nghee...nghee...nghee...Aisyah tido sekejap kat cni, melepaskan kepenatan meronda Legoland...

Kami tak sempat main banyak coz ramai sgt org time ni ....bukan sng nk pujuk ank2ku keluar dari sini...nanti kita continue lagi main@legoland ye...mereka kepenatan balik dari sana....

P/S: Letihnya kakiku pegi Legoland, tempat parking punyerlah jauh......

Tuesday, May 29, 2012

Klinik gigi

Ini kisah anak-anakku ke klinik gigi....(cerita dah lama, baru nak propa...hahaha)
Wow pegi ke klinik ini mcm pegi ke showroom hihihi...puasku snap gbr sana sini.
Bila time nama anak-anak dipanggil, akupun masuk...oooopsss tetiba aku nampak sesuatu, alaaamak ada cctv rupanya...kikiki dlm hati dh ketawa dh..
Keadaan sebelum masuk ke bilik doktor...
Tengoklah mereka siap memanggil-manggil suruh ambil gambar, bermain bagai nak rak buat macam rumah sendiri, melompat sana sini..kadang-kadang terasa malu ngan orang sekeliling melihat mereka aktif sangat, Aku teringat lagi masa check up pregnancy (baby aisyah), budak-budak ni punyerlah aktif...adalah pasangan ni memerhatikan anak aku, agaknya dia rasa tak puas hati last2 dia tanya umur budak-budak ni, akupun explain.....oohhh ingatkan setahun satu, nampak amsyar sebaya ngan abang dia...ulps aktifnya aku!  Yang paling kelakar bila aku pakaikan mereka baju yang sama warna cuma berlainan saiz...ada ke patut orang tanya kembar ke???. 
Keaktifan mereka makin terserlah bila...
Baru-baru ni kt tempat pengantin, masa tu dalam dewan, biasalah dalam dewan adalah bentang karpet merah lurus ke pelamin. Boleh si Amsyar ajak adik dia lumba lari kat karpet tu (mama tak taulah,ada je idea korang untuk bermain)...aku seram je lilin2 yg di susun sepanjang karpet kat situ terbongkang! Selamat suamiku rajin mengawal mereka...tak cukup berhenti setakat itu sahaja, mereka bermain pulak kat bawah meja tempat orang makan..ishishish tak senang duduk si ayah mengawal mereka...
Lagi satu peristiwa masa kat rumah pengantin (kawan aku) adalah bentang karpet kat depan pelamin, boleh Amsyar n Amzar berpusar-pusar...Ayah dh malu dh tengok mereka...tak sempat mama nak jumpa kawan2 lama..kadang-kadang bercinta nak bawa mereka ke mana-mana..Letih satu badan nak mengawal!
 Abg ude siap duduk kt ctu...yg paling sadis abg de terkencing sikit kt suar jeans dia...oooppps sikit je tau, maklumlah budak-budak!
Kat sini siap dilengkapkan dengan astro sport, apalagi cik abang menghadap tv jelah....
anak tertonggeng ke terlangkup ke dia ignore je...
 Along nak cabut gigi sbb gigi dh tumbuh dulu so jd berlapis gigi dia, nak taknak aku syorkan cabut, takut jadi gigi berlapis. Takut bagai nak rak...maklumlah dia ni memang penakut. Amsyar pulak nak cabut sebab gigi dah ronggak teruk kesan daripada minum susu tak berhenti. Sebelum masuk bilik doktor tadi, aku dh terdengar dia berbincang sesama dia..."Nanti Amsyar cabut dulu eh, baru Along tau.." Yelah!yelah jawabnya ringkas...hihihi kelakar pulak tengok si Along deal ngan adik dia...

 Suasana klinik ni mmg cam rumah, cantik dan teratur, siap disediakan selipar angry bird, budak-budak mesti suka..
Sebaik masuk ke bilik doktor, doktor tanya siapa nak cabut gigi dulu?? saya,saya...wow aku tak sangka anakku Amsyar berani sangat..mungkin dia dah deal ngan abang dia...Kalau dia tak dealpun, budak ni memang berani. Berani hingga pernah baling batu kat kepala Along dia hingga mengalir darah keluar...kesian along waktu tu menangis-nangis tak berhenti...Siap kawan dia repot ckp Amsyar baling batu..alahai anak!
Inilah doktor gigi yang baik tu, lepas Amsyar selesai, Along pulak...punyerlah takut..Bayangkan Amsyar dh buang kapas, along masih belum buang coz dia takut sangat-sangat tengok darah!
Terima kasih Dr. Fatimah yg merawat mereka...Selesai Along & Angah cabut gigi, sibuk Abg ude terhegeh2 ckp gigi diapun sakit...tak bolehlah syg..kecik lagi..
Selepas itu, mereka semakin rajin memberus gigi. Amsyar sibuk nak pegi klinik gigi lagi, maklumlah gigi dh ronggak..
p/s: mama teringat waktu kecil mama, takdelah mak nak bawak pi klinik gigi...nak cabut, guna benang... tupun tunggu gigi betul2 goyang! terasa kesusahan dulu banyak mengajar erti kehidupan...

Thursday, February 23, 2012

Bodyguard Aisyah?


Jangan main-main kecik-kecik saya dah ada bodyguard!!
Yang rimasnya…saya rasa tak aman bila nak tido, dua orang bodyguard saya ni sibuk tdo sebelah kiri & kanan saya…nak tahu siapa bodyguard tu….hehehe…inilah orangnya…Abang ngah dan abang de. Abang long kurang sket menganggu saya, mungkin dia dh faham kot, saya ni kecik lg!

saya rasa aman bila mereka ada aktiviti sendiri seperti main computer, basikal, makan atau mandi…aman sekejaplah, nanti teringat kat saya sibuk cium pipi saya yang gebu ni! Cium bukan slow2, sy rasa sampai berbekas pipi ni, kadang2 sampai matapun kena cium, nanti t’tinggal butir nasi kt mata Aisyah..Kalau balik kg, sibuk makcik2 yg lain menjerit tengok keganasan diorang ni..

Inilah ketua bodyguard, semua orang kena dengar cakap dia, kadang2 mama ngan ayahpun paksa rela mengikut kata dia…Abang ngah kalau dia nak tdo dia wajib gosok kepala saya, mula-mula saya rasa tersangatlah rimas lama-lama sy dah terbiasa…

Apa-apapun, siapa nak berkenalan dengan saya mesti lulus dengan 3 orang bodyguard saya,
Abang Long Ammar Hakimi yang sensitif, manja dan suka Tanya soalan yang tak larat dijawab
Abang ngah Amsyar Harith yang keras kepala, garang tapi rajin menolong orang
Abang de Amzar Hasif yang nampak lembut, baik tapi ganas
Apa-apapun Aisyah harap semua bodyguard Aisyah dapat menjaga Aisyah dengan baik!!!
Diakhiri dengan gambar saya...
 

Thursday, February 16, 2012

Buku math yang tercalar!

     Sejak Along dah naik darjah satu, jarang sekali dia bawa balik homework...ada satu hari tu dia bawak buku math, dia kata ada kerja yang kena buat dari nombor 4 hingga 10...Tang buat kerja sekolah ni, anakku yang sorang ni mmg agak malas sikit,,,opps salah mungkin malas banyak kot, apa2 yg berkaitan dgn buku je si along agak liat sikit,kadang2 suamiku menggunakan kekerasanpun dia tak berganjak, dia rela nangis teresak-esak.
    Ibarat tukul ngan paku begitulah dia, buat satu berhenti main ngan adik2 banyak, melompat sana sini rela pulak tu..kebetulan haritu suamiku kerja, aku pula dalam keadaan berpantang...tak terlarat rasanya mengawasi mereka semua.
Nak tulis tujuh ke lapan punyerler seksa...

Bila bermain dia biarkan buku terbuka cmni

Wah...dengan jayanya adik2 menconteng..huhuhu
 Aku tak sedar bila adik-adik dia conteng, apalagi angin satu badan...Aku terus campak buku ni kat muka along dan marah dia, terkulat-kulat menangis, macam orang takde perasaan...adik-adik dia dah kena titik tangan. Amsyar memandang aku dalam keadaan ketakutan. Sebenarnya dengan aku2 menangis sekali. Aku memang tak boleh handle diorang kalau suami takde...maklumlah diorang ni agak buas juga.
Akhirnya selesai...
 Akhirnya Along buat semula, dan kesan contengan tadi ku koyakkan...

Buku ini jadi seperti asal, sebelum kukoyakkan, nak jugak aku tunjuk pada suamiku...dia cool jekan, kadang-kadang geram jugak! Rasanya adalah dari pagi sampai ke petang nak suh along siapkan kerja.
Sebenarnya bila Along mula melukis ke menulis, adik2 yang lain ikut dia...masalahnya dia lebih rela jadi ketua bermain daripada belajar. Alahai anak-anak mama....

P/s: Kadang-kadang teringin ambik 'bibik' bila rasa penat melampau menjaga anak-anak..

Tuesday, February 14, 2012

Edisi khas: Majlis aqiqah & cukur jambul Aisyah

Majlis ini diadakan pada 21/1/2012 sempena kelahiran Amni Dhia Aisyah pada 4/1/2012. Ada orang kata bila aku dapat anak perempuan, majlis ni dibuat besar-besaran...oppsss jangan salah anggap, kami lepaskan anak perempuan dulu sebab aqiqah untuk anak perempuan seekor kambing. Untuk abang-abangnya pula kami bercadang untuk aqiqahkan seekor lembu termasuk mamanya yang belum diaqiqahkan, so cukuplah 7 bahagian..apa2pun sebenarnya kami dah lama berhasrat untuk buat aqiqah jika dapat baby girl...("~")
Tempat kambing yang telah di tagkan

Inilah kambing yang telah diaqiqahkan untuk Amni Dhia Aisyah...dah selamat disembelih, ayah kena hadir pada pukul 9 untuk acara akad...Ayahlah orang paling sibuk waktu ini..


Ini Goodies bag untuk diberi tetamu, didalamnya ada Yassin, air kotak dan jajan. Beg ni diilhamkan oleh pakchu...agak menarik jugak benda2 ygDIY.
Plastik jernih tu untuk tetamu kecik...Aku suka bagi Yassin ni bila ada majlis kenduri, selain bermanfaat, kita boleh mengingati mereka yang telah kembali ke rahmatullah...
Dalam Yassin ni, aku lekatkan kertas sempena memperingati arwah ayahanda kami & untuk majlis Aisyah


Pada majlis ini terlupa nak ambil gambar, inipun daripada kamera abangku. Maklumlah mamapun tengah berpantang. Kenduri ini diadakan selepas Isyak dalam pukul 9 mlm.

Alhamdulillah, majlis telah selesai dengan jayanya, terima kasih diucapkan kepada
Bonda Hjh Hindun & makcik-makcikku selaku tukang masak
Ibu mertuaku @ Tok mak : Penjaga anak2ku pd hari itu
Pakchu & Uchu ena : Penghias buaian
Uchu ct : Pembuat goodies bag
Mama Tati & Abah zul : Tukang kemas khemah sebelum majlis
Pak ngah Din & mak ngah Ani : Fotographer
Rakan2, jiran & saudara mara : Tetamu

Semoga Amni Dhia Aisyah menjadi anak solehah, panjang umur dan diluaskan rezeki..

Friday, December 2, 2011

Meluangkan masa bersama hero-heroku

Waktu cuti sekolah ni agak meletihkan bagi aku...kerana anak-anak sangat aktif kaki, tangan dan mulut. Cutini sepenuh masa aku menjaga mereka dan kami tak plan ke mana-manapun kerana keadaanku yang sarat dan suami bekerja. Asalnya nak bawa mereka ke Zoo tapi hujan turun membuatkan kami tak jadi. Jadi plan bertukar pergi ke shopping mall sahaja....
Bagilah mereka main sepuasnya, kalau kat rumah tak boleh nak mengemas...cukup meletihkan...tak sampai 5 minit bersepah semula....jadi salah satu alternatifnya bagi mereka main di sini. Ohoho...cukuplah mengelakkan mereka menjahanamkan sofa, tv dan barang-barang lain di rumah...


Selepas habis menghabiskan duit bershopping dan bermain, terus pergi ke klinik panel suami membawa si kecil...sebenarnya dah bagi ubat, tapi pegi gak kerana demam dia onn, off...

Tak tahulah budak-budak ni, dalam klinikpun masih boleh aktif lagi. Tengoklah si Kimi tu buat aksi ultraman. Lari ke sana sini . Lagi-lagi bila masuk bilik Doktor. Doktor pompuan ni dahlah tak berapa friendly, berapa kali dia sound anak-anakku...maybe dia tak biasa ada budak yang aktif camni.
Masa aku menulis blog ni, ingatkan si kecil dah baik...tapi panas semula...sebenarnya doktor pesan kalau demam tak baik pi cek darah kat hospital. Harap-harap Amzar hasif sembuh dengan segera....


Saturday, October 29, 2011

Rumah baru Mama Tati

   Pada cuti Deepavali tahun ini, kami telah pergi ke rumah Mama Tati di Tanah Merah,Kelantan dengan menaiki keretapi. oleh kerana anak2 exited nak naik keretapi, ku gagahkan jua pergi walaupun perutku sarat...
Memikirkan takde masa yang lebih sesuai untuk sampai ke sana, inilah masanya untuk kubawa mereka merasa dan menikmati keadaan dalam keretapi..sekurang-kurangnya taklah terlalu boring dengan cuti seminggu ni...
Menunggu keretapi di stesen keretapi Kempas

Inilah rumah baru Mama Tati, puas anak2ku bermain bersama sepupunya ajiq keliling rumahnya...dah penat baru masuk dalam...kalau kat rumah sendiri jangan harap dapat main camni...sikit2 kena panggil masuk rumah.

Mari kita maninjau rumah di dalam...
Bahagian ruang tamu
sebelah ruang tamu

Tempat menonton tv, Amsyar menjadi model. Ruang dapur terlupa nak ambil.

Kami tiba di Kelantan pada pagi Isnin, sempat aku mengurut satu badan hingga dua kali dek kerana di JB susah nak cari orang mengurut...
Kami balik ke JB pada hari Khamis malam Jumaat dgn menaiki keretapi.
Budak-budak ni kecoh dalam keretapi, selagi mereka tak tidur, riuhlah gerabak keretapi ni..
Emak yang menemankan kami pergi ke kelantan, oleh kerana ayah sibuk bekerja.


Kimi melaram dok di kantin keretapi dengan muka tak basuh.
Terima kasih kepada Abah Zul, Mama Tati, Ajiq & Baby Luqman kerana melayan kami dgn baik...
Kami tak taulah, bila lagi kami akan sampai ke sana...

Wednesday, August 24, 2011

Kimi mewakili pasukan bola sepak Daerah Pasir Gudang.


Pada hari Jumaat haritu (dah lama dah), anakku Kimi dikehendaki tidur di sekolah bagi mengelakkan kelewatan ke Stadium Kluang , Johor untuk menyertai pertandingan bola sepak peringkat negeri. Antara percaya dengan tidak dia mewakili kawasan Pasir Gudang. Sesekali ada jugak berbual ngan suami betul ke budak ni terpilih? ecehcehceh…latihanpun sekali sekala je buat… berbanding ngan sepupu dia tiap Sabtu, Ahad ada latihan.
  Kimi pegi menaiki bas manakala kami sekeluarga menaiki kereta. Nasib baik Kimi tak tdo kt umah coz kami t’bangun lambat..hehehe. Setibanya kami di stadium Kluang acara perasmian telahpun berlalu, kesian Kimi sibuk dia bercerita yg dia pegang bunga manggar, mama Nampak tak? Alahai…mama datang lbtlah, kalau tak mesti mama dh snap gambar Kimi.

Acara di stadium sungguh meriah. Murid perempuan dengan acara bola jaring dan murid lelaki dengan acara bola sepak. Aku tak tau ada berapa daerah yang mengambil bahagian coz pampletpun tak amik. Yang penting kami tak sempatpun menjenguk ke perlawanan bola jaring coz kami sibuk ngan game yg Kimi main. Kimi dalam kumpulan C, keseluruhannya ada 4 kumpulan iaitu A,B,C dan D. Keseluruhannya kimi bermain 5 game. I menang dan 4 kalah, kesimpulannya kami dah tahu dah kalah!

Buat pengetahuan, Kimi tak kenalpun kawan2 yg main bola coz dari Pasti yang berbeza, tapi ada gak kawan dia yang sebut nama dia, diorang panggil Ammar. Kimi je tak cuba ingat nama kawan-kawan.

Aku tak kisah dia kalah atau menang, sekurang-kurangnya jadi wakil dah cukup buat kami bangga. Comel tengok budak-budak kecik main bola sepak dan bola jaring, nak train bukan senang. Semput gak aku tengok referee dia bila budak2 syok sendiri tak dengar wisel. Anak sepupu sampai suku akhir, tahniah.

Kami sekeluarga tidak tunggu sampai habis, letih ngan insiden Amsyar hilang lagi waktu kami syok bagi sokongan kat Along dia. Alhamdulillah, selamat kami jumpa balik ngan budak baik ni, kalau tak meraung aku..Selesai je Kimi main game, kami terus balik ke kampung suami coz ada kenduri, anak2 keletihan dan terus tertido di dalam kereta.

Saturday, May 7, 2011

Markah periksa Kimi..

Keputusan periksa Kimi untuk ujian pertama, kebetulan mama tati ada berpantang di rumah emak, aku suhlah dia checkkan....
Bila mama Tatie marah keputusan bahasa inggeris merah, boleh dia jawab mama tak tengok ke markah kita yang 100% tu, alahai Kimi...salah satu reason dia dpt merah coz buku teks bi untuk ulangkaji cikgu tak pulangkan, walhal aku dah mesej ngan cikgu dia paskan buku dia coz kimi ni jenis kena ada buku baru nk study...sungguh liat dia nak belajar, dia lebih suka melukis gambar, selagi ada kertas A4 aku kt situ, boleh abis kalau tak dipantau! Kalau mengadu ngan nenek dia mmg bisinglah mak menyalahkan cikgu...hehehe...Jgn marah, akupun cikgu gak!
 komen cikgu: Harap lebih berhati-hati ketika menjawab soalan!
mesti dia careless, lagipun skrg cikgu tak pulangkan pulak kertas periksa, kalau masa 5 tahun boleh semak apa yang dia tak jawab...Diharap Kimi semakin rajin mengulangkaji...
 Kurangkan bermain untuk prestasi yang lebih baik. Kami sentiasa mendoakan yang terbaik!