KLIK DI SINI!

Showing posts with label Nawaitu. Show all posts
Showing posts with label Nawaitu. Show all posts

Wednesday, June 23, 2010

Al-fatihah...

Hari ni baca paper hampir mengalirkan airmata...(hatiku memang mudah tersentuh). Alangkah indahnya kisah hidup mereka, meninggal selang 15 minit, mengucap 2 kalimah syahadah disamping anak2 dan dikebumikan bersama satu liang lahad...Masyaallah! Semoga roh beliau dicucuri rahmat, Al-fatihah....
 Semoga kesudahan hidup kita diberi pengakhiran yang baik....
p/s: pengisian diri masih belum cukup...

Tuesday, June 15, 2010

Banyaknya kerja...


"TRY NOT TO BRING YOUR WORK HOME WITH YOU. DRAW AN IMAGINARY LINE BETWEEN YOUR OFFICE AND YOUR HOME"...
Itu kata2 dari buku 'Raise your child's self-esteem!'
percaya atau tidak, aku memang kena bawak balik kerja...lebih-lebih lagi budak2 sekolah baru habis periksa pertengahan tahun betul2 sebelum cuti. Bayangkan paper yang kena tanda ada 6 kelas, 2 paper sains, 4 lagi paper KH...
Kesian anak2, mama ingat nak buat aktiviti yang menyeronokkan bersama kalian tapi mama pulak sibuk tanda kertas...Mama rasa cuti ni sibuk ngan kelas tambahan, peperiksaan PTK dan tanda kertas periksa. Hari ni baru mama habis tanda kertas...Selepas ni mama akan tebus balik masa itu...sebenarnya cuti ni mama betul2 nak ajar kimi mengaji dan membaca, Insyaallah...mama akan tetap ajar anak2 mama walau sesibuk manapun..(Biarlah mama mulakan dengan niat, sebab apapun kena berniat...the power of niat is so great.)