KLIK DI SINI!

Friday, June 11, 2010

Lega nak meluah...


Soalan pertama PTK je aku dah teringat2 coz tak dapat jawab... wargh...rasa nak marah pada diri sendiripun ada. Hari ni, Suamiku ambil cuti untuk menjadi 'Mr Mama' kpd hero2ku.. Terima kasih,abg!, walaupun kdgkala aku moody tak tentu psl..Sebenarnya buku PTK,aku dh pinjam dari sahabatku Ahmad Rujhan, tetapi memandangkan bukunya terlalu tebal (naik juling mataku melihatnya), patutlah dia dapat aras IV, tengok buku yang dia bacapun ngeri...Aku ada meluahkan pada suami tentang format baru dalam PTK dan nak beli buku baru tetapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan untuk pergi mana2 'shopping complex' membeli buku sambil membawa anak2ku yang hyper aku terus batalkan hasratku..melainkan aku ada bawa assistant etc Pakchu atau makchu dia baruler aku confident nak pi ronda 'shopping complex'.Tiba-tiba pada hari Selasa suamiku membeli 2 buah buku di atas untuk aku study,mungkin dia kasihan melihatku...bayangkanlah bagaimana aku study di atas meja makan. Tangan kanan baca buku, tangan kiri mengayun baby...waktu studyku diselang-selikan ngan memasak,memandikan anak2,memberi makan,membuat susu,melayan kerenah anak2 (tiada siapa menolongku...huhuhu).Terfikir jugak bila aku still dpt aras III, bila lagi aku nak ambil???. Ini membuktikan aku kena buat persiapan mengalahkan misi bantuan ke Gaza....Apa2pun aku ingin dedikasikan ucapan Terima kasih buat suami yang banyak membantu (sanggup beli buku & cuti) dan Ahmad Rujhan atas peminjaman buku. Walaubagaimanapun aku sentiasa panjatkan doa, semoha Allah memberi jalan terbaik buatku..aku hanya berusaha sedaya mampu, kejayaan tetap milik Allah...
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya"-Imam al-Ghazali-

Sunday, June 6, 2010

Mee Bandung power!



HAPPY B'DAY MAK LANG!

Hari ni kami jalan2 ke rumah kak Zie & abg Zaidi a.k.a Mak Lang & Pak Lang yang terletak di Kulai..kebetulan hari ni Birthday dia…so dia menghidangkan kami mee bandung istimewa yang sangat sedap…Yum!yum!yum! jadi resepi dia aku abadikan di dalam blog ku ini….walaupun aku tak pernah berkesempatan mencuba resepi ini..


Resepi mee bandung

Bahan A (Dikisar)
- lada kering, bawang putih, bawang merah

Bahan B (Dikisar)
-Udang geragau -Kacang tanah Tumiskan bahan A sehingga masak, kemudian tambahkan bahan B + Bahan2 lain...
-ayam, daging,sotong,telur, sayur sawi,tomato
(pastu, pandai-pandailah masak...senangkan?hehehe)

Kimi & Echa memandu kereta!

(Di hadapan rumah) Gambar ni diambil sebelum berlaku insiden..
Ajiq & Kimi bermain baling2 batu di taman (Baik tak?hihihi)

Hari ni kami plan nk gi wedding kawan.Almaklumlah cuti2 sekolah gini byk wedding dibuat... suamikupun memanaskan enjin kereta...kimi & Echa dahpun naik kereta dahulu coz dia nk mendengar halwa telinga mereka lagu dari 'wali band'...sedang aku & suami sibuk2 memasukkan duit ke sampul di dalam rumah, kami terdengar satu dentuman kuat...kulihat kereta sedang meluncur laju melepasi pagar rumah kami...
'Ya Allah! kereta! suami dah meluru laju manahan kereta..akupun sama berlari laju melihat anak-anak,habis berterabur duit2 di dalam rumah...
Bayangkanlah pintu pagar yang pada asalnya berkunci boleh terbuka...suami mengambil tali pinggang dan memberi hadiah pada mereka sbg pengajaran..."siapa yang buat?" soal ayahnya, masing2 dlm keadaan menangis terus menyalahkan sesama sendiri...tanpa pemeriksaan mama menuduh Echa yang melepaskan handbreak, ada sbb mama menyalahkan Echa...
Bila keadaan dh reda sikit, mama menjalankan penyiasatan secara lisan...mula2 yang kena soal ialah kimi...mama guna pendekatan agama: "Ckp dgn mama betul2, siapa yg lpskan? kalau tipu berdosa, Allah taknak sayang!" Lama kelamaan Kimi mengaku kesalahannya...Alahai anak2ku kenapa semangat inquiri melebihi orang lain...perancangan asal ke kenduri kahwin terpaksa dibatalkan!
Mungkin ada sebab kejadian ini berlaku..
  • Allah telah menegurku...
  • Semoga kami lebih berhati-hati menjaga amanah Allah iaitu anak2ku..bayangkan kalau salah seorang duduk di belakang kerete...
  • Kereta kami calar sedikit, anak2 kami selamat...syukur, alhamdulillah...
  • Kami mendapati mereka memang budak2 yg aktif...
  • Kami dh buat perancangan tetapi perancangan Allah jua yang terbaik...
  • Supaya kami lebih sabar & tabah dengan ujiannya...

Semoga kalian mengerti suatu hari nanti kenapa ayah memberi 'hadiah' yang menyebabkan kalian mengalirkan airmata...
Semoga kalian menjadi anak2 yang soleh, kalian merupakan harta mama dan ayah untuk bekalan di akhirat...

Friday, June 4, 2010

Mini barbeque...


Suami merancang buat mini barbeque & doa selamat ringkas untuk adik yang baru balik dari kelantan & untuk Bonda yg hendak pi ke Indonesia...resepi barbeque diambil dari Kak Sue a.k.a Mak itam...hehehe, patutnya ayam ni perap lama tapi kami sempat perap satu jam lebih je...biasalah perancangan last minute...walaupun begitu aku lihat masing-masing makan dengan bersungguh-sungguh...mesti laparkan..hehehe jangan marah...
resepinya ialah:
  • serai, halia, bawang putih, jintan manis & putih
  • garam, gula, ajinomoto

Monday, May 31, 2010

Mama, nak kencing!

Hari ni genap 5 hari Amsyar Harith tak pakai pampers...Alhamdulillah dia semakin pandai menyesuaikan diri...cuma time buang air bsr perlu lebih training lagi....ketika ini, echa berusia 2 thn 3 bln.
Orang yang mula-mula melatih echa tak lain dan tak bukan bonda tersayang...Hehehe sebenarnya suamiku ada meluahkan hasrat hendak melatih echa bila dia kerja petang tapi nampaknya mak lebih advance dari kami...
Bila dah training camni rasa taklah terbeban beli pampers echa walaupun sbnrnya mama dh ready 2 bundle pampers utk echa, so sekarang ni echa hanya perlu pampers pada waktu malam shj...
Tahniah! echa dh satu langkah untuk menjadi lebih dewasa...







Inilah insan yang banyak membantu kerja-kerja pengurusan di rumah dan sentiasa sabar melayan anak-anak terutama kerenah echa. Bila suamiku kerja shift petang, dialah yang menjaga echa, jadi tak hairanlah echa lebih manja dengan ayah...walau pukul berapapun echa minta susu, ayah tetap sedia berkhidmat, ayahlah yang membersihkan echa bila buang air bsr/kecil...semoga satu hari Echa akan baca entry mama dan kamu akan jd ank yg soleh!
Terima kasih abang kerana banyak membantu kerja-kerja pengurusan rumah!