KLIK DI SINI!

Saturday, June 19, 2010

Kimi baca iqra'

Hari ni Kimi baru didedahkan dengan iqra', sebelum ni dia dah baca muqaddam sikit2...Malu gak dgn ank org lain dh lebih advance tapi kimi baru berdikit2, almaklumlah tukang ajar diapun mama dia..nak anto kt org lain tak tau sapa yg dekat bleh ajo kimi ngaji...pk2 drp tak mula langsung baik aku yg ajo...alhamdulillah...hari pertama je dah bleh baca dr muka surat 1-8...Aku plak yg terover exited tgk dia bleh baca...(best gak Iqra' ni huruf2 byk diulang2)
 Tengoklah kami sedang menggayakan beg ini...
Aku janji ngan dia nk bg hadiah bila dia rajin, kebetulan suamiku baru lepas tukar n allignment tayar dptler free gift dompet kecil 'Puma' berwarna merah...so dgn dompet kecil tulah aku bg present kt dia...sukanya bukan main lagi dan kebetulan wallet tu ada 3, dptler adik2 Kimi sorang satu...hehehe...selamat dia tak 'demand' tang hadiah, maklumlah dia tak tau ape2 lagi...
 Inilah beg free gift tu,lg satu tinggal kt umah mak
Aku plak yang tak sabar2 nak ajo dia...semoga kimi cpt pandai baca dan diterangkan hati selalu....

Tuesday, June 15, 2010

Banyaknya kerja...


"TRY NOT TO BRING YOUR WORK HOME WITH YOU. DRAW AN IMAGINARY LINE BETWEEN YOUR OFFICE AND YOUR HOME"...
Itu kata2 dari buku 'Raise your child's self-esteem!'
percaya atau tidak, aku memang kena bawak balik kerja...lebih-lebih lagi budak2 sekolah baru habis periksa pertengahan tahun betul2 sebelum cuti. Bayangkan paper yang kena tanda ada 6 kelas, 2 paper sains, 4 lagi paper KH...
Kesian anak2, mama ingat nak buat aktiviti yang menyeronokkan bersama kalian tapi mama pulak sibuk tanda kertas...Mama rasa cuti ni sibuk ngan kelas tambahan, peperiksaan PTK dan tanda kertas periksa. Hari ni baru mama habis tanda kertas...Selepas ni mama akan tebus balik masa itu...sebenarnya cuti ni mama betul2 nak ajar kimi mengaji dan membaca, Insyaallah...mama akan tetap ajar anak2 mama walau sesibuk manapun..(Biarlah mama mulakan dengan niat, sebab apapun kena berniat...the power of niat is so great.)

Friday, June 11, 2010

Lega nak meluah...


Soalan pertama PTK je aku dah teringat2 coz tak dapat jawab... wargh...rasa nak marah pada diri sendiripun ada. Hari ni, Suamiku ambil cuti untuk menjadi 'Mr Mama' kpd hero2ku.. Terima kasih,abg!, walaupun kdgkala aku moody tak tentu psl..Sebenarnya buku PTK,aku dh pinjam dari sahabatku Ahmad Rujhan, tetapi memandangkan bukunya terlalu tebal (naik juling mataku melihatnya), patutlah dia dapat aras IV, tengok buku yang dia bacapun ngeri...Aku ada meluahkan pada suami tentang format baru dalam PTK dan nak beli buku baru tetapi memandangkan keadaan tidak mengizinkan untuk pergi mana2 'shopping complex' membeli buku sambil membawa anak2ku yang hyper aku terus batalkan hasratku..melainkan aku ada bawa assistant etc Pakchu atau makchu dia baruler aku confident nak pi ronda 'shopping complex'.Tiba-tiba pada hari Selasa suamiku membeli 2 buah buku di atas untuk aku study,mungkin dia kasihan melihatku...bayangkanlah bagaimana aku study di atas meja makan. Tangan kanan baca buku, tangan kiri mengayun baby...waktu studyku diselang-selikan ngan memasak,memandikan anak2,memberi makan,membuat susu,melayan kerenah anak2 (tiada siapa menolongku...huhuhu).Terfikir jugak bila aku still dpt aras III, bila lagi aku nak ambil???. Ini membuktikan aku kena buat persiapan mengalahkan misi bantuan ke Gaza....Apa2pun aku ingin dedikasikan ucapan Terima kasih buat suami yang banyak membantu (sanggup beli buku & cuti) dan Ahmad Rujhan atas peminjaman buku. Walaubagaimanapun aku sentiasa panjatkan doa, semoha Allah memberi jalan terbaik buatku..aku hanya berusaha sedaya mampu, kejayaan tetap milik Allah...
"Kalau besar yang dituntut dan mulia yang dicari,nescaya banyaklah kepayahan dan kesusahan melaluinya, panjang jalannya dan banyak rintangannya"-Imam al-Ghazali-

Sunday, June 6, 2010

Mee Bandung power!



HAPPY B'DAY MAK LANG!

Hari ni kami jalan2 ke rumah kak Zie & abg Zaidi a.k.a Mak Lang & Pak Lang yang terletak di Kulai..kebetulan hari ni Birthday dia…so dia menghidangkan kami mee bandung istimewa yang sangat sedap…Yum!yum!yum! jadi resepi dia aku abadikan di dalam blog ku ini….walaupun aku tak pernah berkesempatan mencuba resepi ini..


Resepi mee bandung

Bahan A (Dikisar)
- lada kering, bawang putih, bawang merah

Bahan B (Dikisar)
-Udang geragau -Kacang tanah Tumiskan bahan A sehingga masak, kemudian tambahkan bahan B + Bahan2 lain...
-ayam, daging,sotong,telur, sayur sawi,tomato
(pastu, pandai-pandailah masak...senangkan?hehehe)

Kimi & Echa memandu kereta!

(Di hadapan rumah) Gambar ni diambil sebelum berlaku insiden..
Ajiq & Kimi bermain baling2 batu di taman (Baik tak?hihihi)

Hari ni kami plan nk gi wedding kawan.Almaklumlah cuti2 sekolah gini byk wedding dibuat... suamikupun memanaskan enjin kereta...kimi & Echa dahpun naik kereta dahulu coz dia nk mendengar halwa telinga mereka lagu dari 'wali band'...sedang aku & suami sibuk2 memasukkan duit ke sampul di dalam rumah, kami terdengar satu dentuman kuat...kulihat kereta sedang meluncur laju melepasi pagar rumah kami...
'Ya Allah! kereta! suami dah meluru laju manahan kereta..akupun sama berlari laju melihat anak-anak,habis berterabur duit2 di dalam rumah...
Bayangkanlah pintu pagar yang pada asalnya berkunci boleh terbuka...suami mengambil tali pinggang dan memberi hadiah pada mereka sbg pengajaran..."siapa yang buat?" soal ayahnya, masing2 dlm keadaan menangis terus menyalahkan sesama sendiri...tanpa pemeriksaan mama menuduh Echa yang melepaskan handbreak, ada sbb mama menyalahkan Echa...
Bila keadaan dh reda sikit, mama menjalankan penyiasatan secara lisan...mula2 yang kena soal ialah kimi...mama guna pendekatan agama: "Ckp dgn mama betul2, siapa yg lpskan? kalau tipu berdosa, Allah taknak sayang!" Lama kelamaan Kimi mengaku kesalahannya...Alahai anak2ku kenapa semangat inquiri melebihi orang lain...perancangan asal ke kenduri kahwin terpaksa dibatalkan!
Mungkin ada sebab kejadian ini berlaku..
  • Allah telah menegurku...
  • Semoga kami lebih berhati-hati menjaga amanah Allah iaitu anak2ku..bayangkan kalau salah seorang duduk di belakang kerete...
  • Kereta kami calar sedikit, anak2 kami selamat...syukur, alhamdulillah...
  • Kami mendapati mereka memang budak2 yg aktif...
  • Kami dh buat perancangan tetapi perancangan Allah jua yang terbaik...
  • Supaya kami lebih sabar & tabah dengan ujiannya...

Semoga kalian mengerti suatu hari nanti kenapa ayah memberi 'hadiah' yang menyebabkan kalian mengalirkan airmata...
Semoga kalian menjadi anak2 yang soleh, kalian merupakan harta mama dan ayah untuk bekalan di akhirat...