KLIK DI SINI!

Friday, August 6, 2010

Doktor peribadi balik, anak dah sihat!

Pelik tak ngan budak2 ni?..asal jumpa doctor private jer mesti baik, tak kiralah doctor lelaki ke perempuan, suka berkenalan kot…pi je klinik, esoknya mesti baik…selamat tak mintak pi specialist!


Alhamdulillah…mereka dah baik dan suamipun dah selamat menghabiskan kursus…

Nak kata gindu ngan asben taklah jugak..Tapi nape aku tak ada feel gindu ngan dia?
dah biasa kot..atau kurang lama pi kursus…
Soalan pertama bila dia sampai: best kursus?
Oklah, time makan banyak kali…
Eiii…ni mantapkan nilai murni ke mantapkan badan…nge..nge..nge!
Ye…ye..kami dah sihat!
Inilah budak yang tak geti dok diam bila sihat,
Echa nampak gembira, lebih2 lagi backup besar dia dah balik! Habis along dia, kena belasah…
Lihatlah orang yang keletihan balik kursus…dia kata, dia takleh tdo kat sana, hari pertama demam!
Ye ke?ciannyer dia!
cam tak caya plak abg takleh tdo…
tp buat pengetahuan, dia ni jenis bila letak kepala je terus ada alunan muzik...hehehe..
kiranya dlm kategori senang melelapkan mata berbanding aku yg kena t'kebil2 dulu...
Tengah ayah tdo, boleh si Echa naik ats badan ayah..
Kena marah ngan aku baru turun…amboi..melawan tawke nampak?

Anak2 yg kurang kasih sayang menghampiri ayahnya untuk membukakan sumi...
Ini keje si Echa, pantang ada plastic bag, dia dh geledah dulu...
 lg2 bila nampak ada sumi/jelly/pudding & seangkatan dgnnya...
sebenonya, sumi tu utk birthday baby, tp diorang dh ngap dulu!
**********************************************
Pagi tadi, aku kena sound ngan suami,
sejuk2pun guna aircond sampai dia selsema..nak je jawab, tapi malas (sila jadi isteri yang baik!).

Dalam kete dia bercerita ttg kursus yang dia pi…
kursus apetu...kursus pemantapan nilai murni...wooo!
Kita ni kena jadi pendengar yang baik, tak kiralah jawatan kita apa! Ketua mesti kena dengar pendapat atau pandangan orang bawahan walaupun dia tak gunakan apa yang orang bawahan cakap!
Point dia : jadi pendengar yang baik…

Pastu pot,pet….masuk cite dia tgk tayangan perang zaman dulu…& bla…bla..bla…
Itu je sempat dia cite, lastly aku kata nak tengoklah modul yang abg dapat, mana tau ada ilmu…

Worait…ilmu harini, jadilah pendengar yang baik! Kita tak boleh puaskan hati semua orang, tapi bila kita dengar ada orang memberi pendapat atau pandangan kita kena dengar,
1. Sekurang2nya ada benda/info yang mungkin kita terlepas pandang.
2. dan sekurang2nya ia turut melegakan perasaan orang yang meluah!

Nota kaki tanganku: Marilah sama2 memantapkan nilai murni...

Wednesday, August 4, 2010

Doktor peribadi takde, hidupku haru biru...

Alahai...time2 cmnilah abg kena pi kursus...3 hari 2 malam plak tu...
Walaupun dekat JB, tp takleh balik umah...itulah yg membuatkan hidupku haru tp belum biru...
Anak2 plak tgh demam+selsema+batuk..last2 dgn aku sekali jadi sakit...
Masa siapkan kimi gi sekolah tengok dia tak bermaya je...selalunya budak ni taklah cmni, tp mama paksa gak pi sekolah coz semalam kimi start peksa...nampak betul dia tak bermaya!
Rasa badan si baby tupun panas, bila letak kain basah je, merengek...last2 aku basahkan je kepala dia bg kurangkan suhu kepanasan..nampaknya menjadi gak!
Amsyar yg selalu aktif walaupun dia demam nampak gak tak bermaya...selalunya dia aktif je bila demam, tp semalam dia melepek je tak larat...risau plak tengok dia...selalunya bila ada asben, bab2 memberi ubat dialah orangnya, yg boleh aku anggap doktor peribadi anak2ku!
Pujian untuk asben, sepenat manapun dia, dia akan pastikan anak2 mkn ubat ikut masa...cm ala2 kt hospital bila time mkn ubat je nurse kejut! tak kiralah masa tu pukul bape...
Semalam aku dan anak2 lepak umah emak, tengok Pakchu diapun tak gi keje...
Itu yg membuatka Uchu ct terkejut! Eh...cuti ke hari ni? Nape korang sume tak keje?...
kamipun buat lawak...ko tak tau ke hari ni cuti peristiwa...ehehe...
Ingat hari ni aku tak nak amik cuti memikirkan keje yg melambak, 
tp memikirkan ank2 lebih memerlukan aku korbankanlah sikit cuti rehat khas tu...
Nak pikir keje je, memanglah tak pernah habis!
**********************************************************************
Bila Echa bangun, dia nampak gembira, maybe sbb dia tengok ramai yg ada kt umah emak!
Pastu bolehlah dia main terkinja2...suka sgt kot!
tengahari, collapse balik...mak sound gak...eii..bila ayh dia takde, makin teruk budak ni...
(nak salahkan akuler tu). Last2 aku bawak ke klinik semula checkup sumenya, dgn aku2 sekali kecuali Kimi coz dia dah banyak kali pi klinik...
Inilah ubatnya yg aku dapat...
  Malam tadi, lepas mereka makan ubat, aku tidokan baby di buai dan Echa dh tertidor dgn sendirinya...
Bila letak tuala basah je atas kepala mesti tersedar dan buang tuala tu...
Yang peliknya bila mak aku letak ok je dia...mungkin tangan aku panas kot!atau budak ni dah biasa dgn nenek dia...

Selamat ada mak dan adik...Dialah jadi mangsa peneman aku di rumah...aku ni penakut sket! Kiranya kalau diorang taknak teman aku kt umah kenalah gamble je balik ngan anak2!
Masa kul 11mlm, sempat lg aku suh Kimi bukak buku Bahasa Arab & Science suh dia baca..
risau gak bila peksa hari ni, takut dia tak dapat jawab!
Hari ni suh driver bas sekolah, anto Kimi kt umah aku bukan umah emak...harap2 dia tak keberatan!
Semoga Kimi, Echa & Hasif bertambah sihat dan ceria seperti biasa...
Semoga mama bleh jd doktor peribadi yg baik!

Nota kaki tanganku: Demam itu baik bagi membina sistem antibodi baru dalam badan...dan sakit itu 
penghapus dosa2 kecil..

Monday, August 2, 2010

Balik kampung...

Hari Sabtu lepas kami balik kg coz kg buat kenduri sempena sambutan bulan puasa...walaupun dekat kg suamiku tp kami jarang balik coz kekangan masa..Kami balik lewat sikit sbb menguruskan rumah dan anak2 yg demam. Sampai di kg, yasiin pompuan dh lepas...so mereka tgh sibuk menyiapkan makanan tuk sblh mlm plak..
Selesai berkemas pada sebelah malam, masing2 cr port tuk tido..maklumlah,bila sesekali balik kg ramailah keadaannya...so kami tido sama2 di kawasan tengah rumah. Sebahagian tido di bilik dan ruang tamu.  Tgh masing2 diulit mimpi, tup!tup!tup!Echa buat hal plak nangis melalak2..almaklumlah empunya badan tgh demam...aku rasa ada 3 kali Echa buat hal!
menangis kuat2 tgh mlm buta...Soweylah penghuni hotel yg bermlm berhampiran, konfem terganggu punya...nasib baik takde komplen! masing2 fhm budak tu tgh tak sihat...last2 ayah dia bwk dia tdo kt luar rumah...
Keesokan harinya, anak2ku yg tak sihat jd sihat tetiba coz dpt bermain ngan sepupu sepapat..
Ini aktiviti mengambil buah rambutan...
Amzar Hasif hanya dapat melihat dari jauh je sbb tak dpt kaki lagi...Bilalah adik nk jln?
Geramnya dia melihat budak lain bermain...
Inilah buah2an yg diperolehi dari pokok yg ditanam berhampiran rumah, pokok satu je tp buah meriah..
Hah...kat beranda luar nilah Echa tdo bersama ayah...dia tak nangis plak masa tdo kt luar,
dlm rumah melalak2...
Ini rambutan yg diambil, ada warna merah n kuning. Aku taknak bwk balik coz anak2 tgh tak sihat tp ambil gak coz emak psn bawakkan buah tuk emak aku...

Inilah rumah di kampung suami yang meriah bila waktu cuti je..kalau hari2 biasa ada ayah n emak je...
Dalam pukul 4 kami bertolak balik ke JB, ingat nak singgah Kota Tinggi tp memandangkan keadaan jln yg jem, terpaksa batalkan...
Aku rasa balik kg kali ni penat sangat, bukan penat apa... tp mengharungi keadaan jln yg sesak kerana kerja2 penaiktarafan jln...
Sampai di rumah terus aku mskkan sup ketam tuk anak2ku yg demam..semoga kalian bertambah sihat! Lagi2 si Kimi yg ckp mama dh berhentikan dia dr sekolah...huhuhu,bukan mama berhentikan, tapi Kimi demam dah...
P/S: Sentiasa ingatlah pada orang tersayang...

Saturday, July 31, 2010

Perkhemahan tahunan.

Perkhemahan diadakan di sekolah pada 30 hingga 31 Julai 2010.
Aku dipilih dalam penyediaan sijil n hadiah...kira insan terpilih jugak ler ni...eceh..
So, aku rasa hidup aku kelam kalibut gaklah...sib baik cepat bertindak, so sempatlah aku memprint sijil sebanyak 118 sijil, pastu ambil tanda tangan GB. Dapat gak kritikan dari GB, rupa2nya tulis nama dia takyah besar sgt...ok! akan diperbaiki...
Ini hadiah2 yg sebahagian besar dah di sub kpd org lain...kiranya ada pembantu misteri gaklah...hehehe
sebelum balik, sempat menjengah bahagian dapur...tengoklah kak da..tunjuk apa tu?nk mengarahler tu..
Ni  AJK bahagian masak...
Hah...nampak tak orang pakai kain batik tu...Ni tukang masak profesional...impot lagi!
Oder saja nk masak apa...hehehe..Terima kasih pada kak Marsila yg membungkuskan aku makanan...
Sebenarnya aku tak dapat menolong bahagian2 lain, sebab bergegas balik rumah kerana beberapa perkara
1. Anak2 sumenya tgh demam..
2. Ada kenduri di kampung suami...
Terima kasih kepada GPK koko yang memahami keadaan aku...so dengan kebenaran, aku dapatlah balik ke rumah awal sikit!
Maaf kpd guru2 lain, tapi bahagian aku memang dh settle...

P/s : Semoga kita tahu tanggung jawab masing-masing!

Friday, July 30, 2010

Majlis tahlil...

Bacaan Yassin di foyer sekolah yang selalu diadakan setiap hari Jumaat.
Hari ni ada kelainan sikit (Jumaat, 30 hb Julai 2010), kami guru2 bercadang mengadakan majlis tahlil dan makan dibawa sorang sikit oleh guru..ala2 pot luck!
Makanan yang dibawa oleh guru-guru
Teka, yang mana satu Guru Besar?
Terima kasih kepada yang menjayakan program ni...
Semoga roh ayahanda kami dicucuri rahmat dan tenang di sana...
Hj Maskur bin Atmom
Jailani bin Ismail