KLIK DI SINI!

Tuesday, August 24, 2010

Markah peksa Kimi...

Hari ni balik ke rumah lambat akibat dari audit akademik/post mortem UPPM3 oleh PPD.
Ada 1001 satu cara dan perjanjian untuk memastikan anak murid ni cemerlang…
Ya…aku rasa cikgu ni tak pernah berhenti bekerja…Tolonglah…kadang2 manusia memang pandai suh buat itu ini, aku ada satu cadangan nak diutarakan pada mereka yang berkenaan, mereka ada barisan Jurulatih utama, ada pakar tersendiri, tapi boleh tak keluarkan modul yang mampu mengatasi berbagai penyakit anak murid. Balik2 cikgu jugak yang kena buat…
Kalau ada satu hari diberi utk cikgu Sains berbincang dan bertindak membuat modul ni, alangkah bagusnya...
Memang aku tau anak murid aku ada penyakit tertentu, memang kami dah bagipun penawar tertentu masalahnya tak jalan, maybe penyakit diorang ni dh dalam kategori 'contagious diseases' yg memerlukan rawatan rapi dan peralatan lebih canggih...dah elok yang ni, yang lain pulak tak elok...
Apa2pun, aku akan berusaha sebaik mungkin...
Selesai post mortem ni hampir dlm kul 5 lebih...
hari tgh hujan lebat plak tu, construction sana sini belum siap membuatkan banjir dan jalan jammed teruk!
aku terpaksakan pekakkan telinga dari cik abg..
Last2...kami terpaksa beli makanan siap yang membuatkanku sakit perut!
Habis post mortem di sekolah aku buat post mortem di rumah dlm keadaan santai....
Inilah keputusan ujian kimi haritu, yg dia demam lama sgt...
Aku check satu persatu kertas periksa Kimi, helai demi helai aku tanya dia tang yg salah...
Pastu adalah respons dia, yg mana dia salah, yg mana dia tak buat...pastu sibuk cite bf dia Johari tak geti buat...Eiii...jgn sibuk hal org lain boleh tak?, jaga diri awak dulu!...
Attraction aku sebenonya pada markah warna merah iaitu:HAFAZAN
kelemahan kimi ketara bab menghafaz,
mungkin ini disebabkan oleh beberapa faktor yang telah dikenalpasti, antaranya:
1. Malas
2. terlalu suka tengok cartoon
3. adik2 menganggu
4. kimi pelat
5. mama & ayah tak luangkan lebih masa untuk bantu kimi hafal
 Apa2pun, mama akan baiki dan semoga kimi ada peningkatan setiap hari...

Perbaikilah budi pekerti anak2 kerana mereka adalah hadiah daripada Allah (Hadis)

Monday, August 23, 2010

Aku buat kerana aku minat! (Part 1)

Lama tak menjengah blog...bz sket...Hari ni orang PPD nak datang sekolah utk Post Mortem UPPM3...Guru Tahun 6 kena bersedia...

Orang kata...aku rajin buat benda luar tugas!ya, aku rajin!nape,jeles?
orang kata...aku semangat!Yap!aku memang bersemangat nak buat benda ni...
Aku buat bukan atas desakan seorang ketua. suh aku buat, aku buat...sebab aku bukan jenis kaki kipas!
tapi, aku buat coz aku suka buat! aku suka belajar ilmu baru...
Dapat tugasan ni, dalam kepala otak dah setting nak cari benda simple tapi bermakna..
Teringat2 ayat zikir yang simple ni iaitu subhanallah...
Kenapa aku pilih ayat ni?

SUBHANALLAH
  • Maha suci Allah drp sifat zalim
  • Maha suci allah drp sifat jahil
  • Maha suci Allah drp sifat buta
  • Maha suci Allah drp sifat pekak
Maha suci Allah drp segala kekurangan....

Tengoklah tu, aku hanya menggunakan pisau biasa yg sebenarnya ada pisau khas..aku guna apa yang ada je..jgn nk menyusahkan kepala otak...

Aku cari ayat Subhanallah ni kt internet, edit, print pastu tekap...simple dan mudah...time ni takde class, so aku buat kt bilik guru...punyerlah tekun aku buat, sebelum rehat dah siap!
Wah...mejaku yang bersepah!jarang port kt sini...
Lakaran bunga2 kerawang tu aku design sendiri, ntah camne tetiba je cam suka plak ngan kerawang2 ni, ni original design dari aku..pastu kat bawah letak sekor butterfly coz aku memang minat ngan makhluk ni!Kenapa sekor je..aku tak suka banyak sgt butterfly nnt jd distractor plak...tak npklah keindahan yg sekor tu...cewah..cam lawa sgt plak design yg aku buat tu...apa2pun aku puashati dgn sentuhan aku sbb aku buat dlm waktu yg singkat...aku taknak kerja2 lain terganggu!

Ini adalah sentuhan terakhir dari aku...
Buat pengetahuan, aku tak buat kerja2 ni kat rumah, almaklumlah ank kecik2 lg...
So, nantikan hasil yg telah aku siapkan tuk aktiviti Bulan Ramadhan....


Mutiara hadis:
Sesungguhnya Tuhan sangat mengasihi seseorang yang apabila melakukan pekerjaannya, dia melakukannya dengan cara yang paling baik (H.R Tabrani)

Tuesday, August 10, 2010

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN AL-MUBARAK!

Yum!yum!yum!emmm....sedapnya ayam ni!!
Jom, adik, kita makan sama2...Makan banyak2...

Sempena kehadiran bulan Ramadhan ni...
Kami ingin mengucapkan
selamat berpuasa dan menyambut Ramadhan Al-mubarak kepada umat Islam..
Kimi tak sabar nak belajar berpuasa, bila mama tanya puasa tu apa?Kimi jawab takleh makan dan minum...
Ok, kalau betul nak belajar berpuasa, mama kejut tuk sahur...
Laratke Kimi berpuasa?tahan ke ngan godaan susu choclat?
Semoga dia rajin nak berpuasa...
P/s: selamat mendirikan rukun Islam, budak kecikpun pandai nak berpuasa...cmne org tua takleh pose?

Hepi burfday!!! You're ONE now...

Sambutan b'day Amzar Hasif dibuat secara kecil2lan...yg asalnya aku bercadang menjemput sedara mara terpaksa di cancel akibat ketua keluarga tak bersetuju..Dia kata takde org nk masak! ingat aku tak geti ke nk masak?!!hehehe...ikut jelah...Tengoklah, aku dah pack gift untuk ank2 sedara, last2 bagi kawan2 kat sekolah Kimi...
Amsyar Harith sibuk setup meja birthday adik kesayangan...Dia adalah abang yang paling prihatin dgn si kecik berbanding Kimi..Tapi yg tak tahannya, seorang kaki buli...
Inilah budak yang sambut hari kelahiran pada 8.8...aku pakaikan baju baby tiger! Abang2 dia, sibuk nak pakai topi adik yang ada telinga...pastu diorang suka coz baju ni ada ekor...
Sewaktu sibuk menyanyikan lagu hepi birthday, Amsyar terus je tiup lilin tu! Apparaa..tak berkesempatan langsung adik meniup..tiap kali aku nyalakan lilin, dia jadi tukang padam api lilin. kesian adik hasif tak ada can langsung! Habis nyanyi lagu Hepi B'day utk baby, si kimi plak suh nyanyi B'day tuk dia...last2 nyanyikan tuk semua anak...
inilah wajah2 gembira anak2..Kimi pernah menyuarakan bila nak buat b'day dia kt sekolah? mesti kwn2 dia ada yg meraikan di sekolah...Alahai...cmne nk buat b'day kt sekolah???.. dh Kimi lahir akhir tahun...sume org cuti!
Inilah budak yang paling havoc, tiap kali buat hal, semua orang terpaksa mengalah dgn dia...
waktu orang lain sibuk makan, Amsyar sibuk mencolet kek tu...so makanler kek bekas tangan Echa..
Emmm..siapakah jejaka itu? sibuk melayan anak2 terbiar...

Sambutan harijadi si kecik ni paling simple...menu: bihun goreng, ayam goreng, coctail buah & jajan..
Besar ke kecik sambutan yang diraikan, yang penting anak2 aku gembira walaupun yang meraikan hanya emak (suami + aku)=(tetamu kehormat), pakchu(tetamu biasa), Aliah Batrisyia (yg jadi bibik mak ngah riz dlm sehari), aku (tukang masak) dan suami (pembaca doa)...

HAPPY BIRTHDAY TO AMZAR HASIF...YOU'RE 1 NOW...
tak lupa pada anak sedara merangkap sepupu anak2ku
HAPPY BIRTHDAY TO AKIF HADIF (12.08)!
"Semoga Amzar Hasif menjadi anak yg soleh, yg berbakti kpd kedua orang tua, yg menjaga lisan, mata dan pendengaran, menjadi seorang yang bijak, membesar dengan sempurna akal, berjasa pada agama, bangsa dan negara..."

Tahlil ringkas di rumah Pak sedara..

Pada hari Sabtu malam ahad lepas, kami pergi ke rumah pakcikku untuk tahlil ringkas.
Majlis tahlil ringkas dibuat sempena kedatangan Ramadhan al-Mubarak. Majlis dibuat hanya untuk sedara terdekat (keluarga sebelah emakku). Tentatif majlis: Bacaan Yassin selepas waktu maghrib.
Bacaan yassin ditujukan kepada
1.semua umat islam yg telah meninggal dunia
2.insan yg dikenali (yg telah kembali ke rahmatullah)
3.buat diri sendiri supaya bertambah baik..

Selingan Majlis, sambutan harijadi tuk anak sedara iaitu
MOHD ISHAK BIN ABDUL RAZAK
merupakan anak sulung daripada 5 beradik, meriah..
Ibunya sebaya dengan aku, tapi anak2 dh besar.
Tulah..lain kali kawen awal..hehehe (tak sesuai utk org berpelajaran...eceh..ceh..ceh..)
Budak paling besar tulah yang sambut harijadi yang ke 12 tahun.
Bila ada kek je...budak2 rasa gembira...nape ek?. Apa2pun semoga menjadi abang yang baik dan bertanggungjawab! yang penting kurangkan makan...aku tengok bertambah besar badan budak ni...
Nota kaki tanganku: Mereka inilah pewaris kami yang akan menghubungkan silaturrahim..moga kalian kenang jasa orang terdahulu...