KLIK DI SINI!

Wednesday, November 21, 2012

DSV Tahun 2 : Mengenal Kraf Tradisional (Tembikar)


Bidang : Mengenal Kraf Tradisional (Tembikar)
Tema    : Objek buatan manusia
Tajuk    : Tembikar


Aktiviti P&P
  1. Guru menunjukkan gambar atau tembikar dan bersoal jawab .
  2. Guru memperkenalkan media yang digunakan seperti tanah liat.
  3. Guru menunjukkan simulasi membentuk tanah liat supaya menjadi bentuk sfera
  4. Guru menunjukkan cara-cara menghasilkan lingkaran.
  5. Murid membentuk tanah liat secara bulatan (sfera) dan memanjang untuk menghasilkan lingkaran.
Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membentuk berdasarkan 2 standard kandungan
Ini contoh yang dibuat oleh anak murid, sebenarnya penggunaan plasticin tidak digalakkan atau mungkin telah diharamkan kerana mengandungi bahan kimia....jangan tiru cam saya hihihi,oleh kerana tanah liat sebenar tiada saya gunakan juga plasticin sekurang-kurangnya mereka belajar sesuatu...
 

Nampak tak plasticin ini dah bercampur dengan warna -warna yang lain?maklumlah lumrah kanak-kanak tak kira warna semua mereka bedal campur...

Kadang-kadang semasa penghasilan tembikar ni terfikir gak,cam tak logik je murid tahun 2 dah kena buat ni, macam2 persoalan..kena murid yang tak berapa bijak,masak kita...lagi2 1 kelas ada 36 orang murid. apa-apapun sebagai pendidik kami akur sebagai pelaksana dasar..huhuhu

 Gambar di bawah adalah contoh sebenar tembikar yang menggunakan tanah liat sebenar, tanah liat ini boleh dibeli di Air Hitam atau pembekal. Bayangkan anak-anak kita yang berumur 8 tahun dah membuat tembikar...............walawei itulah KSSR!


P/s: Bukan mudah jadi guru pada zaman sekarang...

DSV Tahun 2 : Membentuk dan membuat binaan (stabail)



Bidang : Membentuk dan Membuat binaan (stabail)

Tema    : Alam Semula jadi
Tajuk    : Bunga

Hasil kerja murid Tahun 2 (kelas ke 3 drp 4) 


Aktiviti P&P

1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang stabail.

2. Guru memperkenalkan alat dan bahan yang diperlukan serta tunjuk cara menghasilkan stabail.

3. Murid menghasilkan stabail bunga.    

4. Murid mempamer dan menceritakan karya stabail yang dihasilkan.


Penilaian P&P
1.Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat bunga berdasarkan empat Standard Kandungan.
ada 2 contoh stabail yang dibuat oleh murid. 
Cara 1 seperti di atas, agak merumitkan bagi murid 8 tahun dan bahan-bahan yang nak di bawapun agak leceh. Cara 2 seperti di bawah, sebenarnya tangkai bunga kena guna ranting kayu, memandangkan tak guna murid hanya melukis dan mewarnakan tangkainya..
 
untuk meletakkan bulat di tengah murid menggunakan pensel warna sahaja yang sebenarnya dicadangkan markerpen. Alamak! sila abaikan markah yang diberi, ikut KSSR kena beri band....so terpulanglah pada cikgu masing-masing nak beri band berapa..Kuasa di tangan anda...harharhar
   Sebenarnya agak susah juga bagi  murid di kelas hujung-hujung untuk buat bunga-bunga camni, tapi ajar mereka lipat kertas warna tu kemudian lukis satu pastu  gunting, dapatlah banyak bunga sekaligus..so tak membazir masa...then just buat highlight je kat bunga tu ngan bulat kat tengah bunga...ikut kreativiti masing-masing!

Nak lebih cantik, buatlah begini...ini lukis kat manila kad...nak lebih-lebih cantik ambillah gambar bunga kat majalah ataupun google gambar bunga kat internet print...kalau ada idea dan cadangan silalah berkongsi bersama...

Thursday, October 18, 2012

LEGOLAND, MALAYSIA

Salam...lama betul rasanya tak update blog, almaklumlah sekarang ni busy betul ngan pengisian markah band...oleh kerana berpusing2 lama sgt, kadang2 bertukar skrin jd benda lain..almaklumlah sistem 1 Malaysia guna, tu yg jadi tak berapa stabil... bosan? singgahlah jap mengisi kebosanan...
Hah nak berceloteh sket....Baru-baru ni kami 2 keluarga pergi ke Legoland...Wow...aku macam tak caya beli tiket annual pass utk kami sekeluarga, padahal, aku jarang nak mengeluarkan duit utk benda2 gini, tp memandangkan renggekan ank2 yg tak henti2 t'paksalh mama melayan, lagipun kalau pi sehari mesti tak puas main....


 Bab hiburan2 ni mmg cik abg tak berapa gemar, masuk pintu legoland, siap sindir sinis lagi...bukannya byk mainan, buatpe beli? eh...abg dh jalan ke? mcm dia pernah jaga site cni cm en. saiful bahri pulak (adikku ler tu!!!). Nampak di luar mmg cam tak brp ada permainannya, masuk  di dlm...x terlarat nak layan kerenah anak...hihihi!
Kesian anakku Amzar, masuk cni nk main....ikut pulak ketinggian, padahal klu dikaji akal taklah thrill manapun permainannya, tapi banyak anakku tak lepas...wei...budak ni berbayar beb...tu yg aku angin! aku siap merayu, aku jaga kat sebelah, kedekut tak bagi!!!
budak besar gini, dia dh tahu nk main, lagi2 nampak abg2 dpt main...nangis meraung2lh gamaknya,..yg tak thnnya dgn aku2 sekali menangis, takpelah kalau dia ikut peraturan betul2, tapi ada pulak budak yang lebih kecil dari anakku lepas...depan mata suamiku plak! apalagi, habis kena sound....1 ikut peraturan, semua kena ikutlh, bukan pilih kasih beb!!wei...kami taulah jg bdk ni, bukan extreme sgtpun mainan dia...agak2nya...aku rasa mesti dia ikut ketinggian Mat saleh, maklumlah nikan projek mat saleh...kalau byr ikut ketinggian takpelah jugak....ni budak 3 tahun dah kena byr tp tak dpt main...aku rasa tahun depan belum tentu budak ni lepas...huhuhu...nak je mintak pihak legoland revise balik ketinggian yg tak munasabah tu!

Yang paling bestkan  time ni, Amsyar Harith sgt behave dan sopan, maybe dia betul2 nak g Legoland, setelah diugut, diancam utk jg kelakuan...paling mengejutkn siap solat berjemaah...alahai anakku!
walaupun tak puas hati bab ketinggian tapi aku suka ngan keprihatinan Pihak Legoland. Kat sini ada disediakan babycare dan surau2 utk solat...Bab makan kat sini, mahallah sikit...maklum jelah komersial nyer tempat...

Nak dijadikan cerita, aku boleh jejak kasih kat cni....di babycare@legoland...almaklumlah cuaca kejap hujan, kejap panas...masuk cni sejuklh sket badan, lagipun nak mandikan si kecik ni...si kecik ni walaupun tak dapat main apa2, tetap sporting menemankan abang2 tersayang, termasuk baby safiyyah, mereka tak banyak ragam..tak dilayan bagai princess!!!
Inilah kak Safiah yang 10 tahun tak jumpa, senior ms kt UTM tp lain course merangkap mommy blok S10. Boleh plak aku lupa ingatan masa ni tak ingat nama, tapi muka sgt familiar, almaklumlah daya ingatanku semakin merosot...padahal nama dkt ngan anak sedaraku yg ada bersama waktu itu...tak sangka kami berjumpa di sini, padahal dia dok di KL! Inilah dikatakan jodoh...

Aisyah dh 9 bulan waktu ni...mana nak dia dok cni, di sebelahnya sepupu dia safiyyah..kepala masing2 tak berambut..kepala dia memang tak boleh letak hiasan, sbbnya abg2 tak suka nampak adik dia comel...nghee...nghee...nghee...Aisyah tido sekejap kat cni, melepaskan kepenatan meronda Legoland...

Kami tak sempat main banyak coz ramai sgt org time ni ....bukan sng nk pujuk ank2ku keluar dari sini...nanti kita continue lagi main@legoland ye...mereka kepenatan balik dari sana....

P/S: Letihnya kakiku pegi Legoland, tempat parking punyerlah jauh......

Sunday, July 15, 2012

Mengunjungi semula Tanjung Balang di Pulau Tinggi

Salam...lama betul tak menulis di blog ini..
Baru-baru ini kami sekeluarga balik ke Tanjung Balang kerana membuat doa selamat sempena "rumah burung" yang telah siap, tapi bukan kepunyaan kami, kami hanya menumpang dua kaki dan kalau tidak dizinkan bolehlah kami menumpang 'sekaki' hihihi...nak juga tumpang, tak kira (walaupun takde sher seciput pun).
Anak-anak punya exited nak balik kampung di pulau...eh ye ke?dah jadi kampung mereka? layankan jelah si Kimi yang tak sabar2 balik ke Pulau Tinggi.
Kebiasaaan kami balik ke pulau, kami akan balik ke Pasir Panjang tapi pada hari itu..kami balik ke Tanjung Balang. Kenapa??? sebab2nya dah dinyatakan di atas, oleh kerana "rumah burung" berada di situ, kendurinyapun kenalah kt tempatnya...walaupun sebenarnya boleh je  buat di darat....ekekeke. Yang penting kami dapat berkumpul beramai-ramai.
Seperti biasa kami ke sana menaiki bot, tu yang anak-anak terlebih exited...ngan si kecik Aisyah dah merasa naik bot. Waktu pergi keadaan agak bergelombang sikit, tapi alhamdulillah kami sampai jua di sana...Kami menetap di rumah Paksu bulat. Jangan ingat di sini tiada kemudahan. Sekolah, klinik, balai polis semua lengkap. Malah sekolah di sini lebih besar daripada sekolah di bandar walaupun anak murid cuma 17 orang.
Sampai-sampai anak2 tak sabar bermain di pantai...
Bila dah dapat lesen macam tak pernah jumpa pantai, tak ingat nak makan,minum...hinggalah muka mereka mengelupas teruk..Tok Bulat bawa kami ke pulau mentigi dengan speed botnya...cantik sangat airnya, jernih biru kehijau-hijauan tapi sayang kami tak bwk material yg dpt merakam gambar kami. Ha...tahu tak siapa yg taknak balik dari tempat ni....nama dia abang uda a.k.a baby, meraung-raung nak mandi lagi, Tok Bulat amik dia trip paling last...
Puaslah anakku bermain air, nasib baik baju yang di bawa cukup menampung aktiviti mereka...suamiku cukup rajin melayan mereka. Bercuti di sini cukup menenangkan minda dengan deruan ombak, kicauan burung, desiran angin dan bebas daripada hiruk pikuk bandar.
Macam-macam rombongan kami bawa balik...ikan berkilo-kilo, siput, telur penyu....ha...semuanya dibeli daripada orang kampung kecuali siput...hihihi. Makan ikan segar memang sedap...nyum....Insyaallah, kami akan ke sini lagi...

Tuesday, May 29, 2012

Klinik gigi

Ini kisah anak-anakku ke klinik gigi....(cerita dah lama, baru nak propa...hahaha)
Wow pegi ke klinik ini mcm pegi ke showroom hihihi...puasku snap gbr sana sini.
Bila time nama anak-anak dipanggil, akupun masuk...oooopsss tetiba aku nampak sesuatu, alaaamak ada cctv rupanya...kikiki dlm hati dh ketawa dh..
Keadaan sebelum masuk ke bilik doktor...
Tengoklah mereka siap memanggil-manggil suruh ambil gambar, bermain bagai nak rak buat macam rumah sendiri, melompat sana sini..kadang-kadang terasa malu ngan orang sekeliling melihat mereka aktif sangat, Aku teringat lagi masa check up pregnancy (baby aisyah), budak-budak ni punyerlah aktif...adalah pasangan ni memerhatikan anak aku, agaknya dia rasa tak puas hati last2 dia tanya umur budak-budak ni, akupun explain.....oohhh ingatkan setahun satu, nampak amsyar sebaya ngan abang dia...ulps aktifnya aku!  Yang paling kelakar bila aku pakaikan mereka baju yang sama warna cuma berlainan saiz...ada ke patut orang tanya kembar ke???. 
Keaktifan mereka makin terserlah bila...
Baru-baru ni kt tempat pengantin, masa tu dalam dewan, biasalah dalam dewan adalah bentang karpet merah lurus ke pelamin. Boleh si Amsyar ajak adik dia lumba lari kat karpet tu (mama tak taulah,ada je idea korang untuk bermain)...aku seram je lilin2 yg di susun sepanjang karpet kat situ terbongkang! Selamat suamiku rajin mengawal mereka...tak cukup berhenti setakat itu sahaja, mereka bermain pulak kat bawah meja tempat orang makan..ishishish tak senang duduk si ayah mengawal mereka...
Lagi satu peristiwa masa kat rumah pengantin (kawan aku) adalah bentang karpet kat depan pelamin, boleh Amsyar n Amzar berpusar-pusar...Ayah dh malu dh tengok mereka...tak sempat mama nak jumpa kawan2 lama..kadang-kadang bercinta nak bawa mereka ke mana-mana..Letih satu badan nak mengawal!
 Abg ude siap duduk kt ctu...yg paling sadis abg de terkencing sikit kt suar jeans dia...oooppps sikit je tau, maklumlah budak-budak!
Kat sini siap dilengkapkan dengan astro sport, apalagi cik abang menghadap tv jelah....
anak tertonggeng ke terlangkup ke dia ignore je...
 Along nak cabut gigi sbb gigi dh tumbuh dulu so jd berlapis gigi dia, nak taknak aku syorkan cabut, takut jadi gigi berlapis. Takut bagai nak rak...maklumlah dia ni memang penakut. Amsyar pulak nak cabut sebab gigi dah ronggak teruk kesan daripada minum susu tak berhenti. Sebelum masuk bilik doktor tadi, aku dh terdengar dia berbincang sesama dia..."Nanti Amsyar cabut dulu eh, baru Along tau.." Yelah!yelah jawabnya ringkas...hihihi kelakar pulak tengok si Along deal ngan adik dia...

 Suasana klinik ni mmg cam rumah, cantik dan teratur, siap disediakan selipar angry bird, budak-budak mesti suka..
Sebaik masuk ke bilik doktor, doktor tanya siapa nak cabut gigi dulu?? saya,saya...wow aku tak sangka anakku Amsyar berani sangat..mungkin dia dah deal ngan abang dia...Kalau dia tak dealpun, budak ni memang berani. Berani hingga pernah baling batu kat kepala Along dia hingga mengalir darah keluar...kesian along waktu tu menangis-nangis tak berhenti...Siap kawan dia repot ckp Amsyar baling batu..alahai anak!
Inilah doktor gigi yang baik tu, lepas Amsyar selesai, Along pulak...punyerlah takut..Bayangkan Amsyar dh buang kapas, along masih belum buang coz dia takut sangat-sangat tengok darah!
Terima kasih Dr. Fatimah yg merawat mereka...Selesai Along & Angah cabut gigi, sibuk Abg ude terhegeh2 ckp gigi diapun sakit...tak bolehlah syg..kecik lagi..
Selepas itu, mereka semakin rajin memberus gigi. Amsyar sibuk nak pegi klinik gigi lagi, maklumlah gigi dh ronggak..
p/s: mama teringat waktu kecil mama, takdelah mak nak bawak pi klinik gigi...nak cabut, guna benang... tupun tunggu gigi betul2 goyang! terasa kesusahan dulu banyak mengajar erti kehidupan...