KLIK DI SINI!

Wednesday, November 21, 2012

DSV Tahun 2 : Menggambar (Gosokan)


BIDANG : Menggambar (Gosokan)
TEMA   : Objek Buatan Manusia 
TAJUK  : Robot

Aktiviti P&P
1. Guru menunjukkan lukisan robot dan bersoal jawab.
2. Guru menunjukkan cara gosokan untuk mendapatkan kesan pelbagai jalinan dengan menggunakan pensel warna.
3. Murid memilih permukaan yang sesuai untuk mendapatkan kesan pelbagai jalinan.
4. Murid membuat gosokan pada gambar robot.
5. Murid mempamerkan hasil karya.

Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat gosokan berdasarkan empat Standard Kandungan.
  
Kalau  dalam kelas mcm terhad sket nak dapatkan kesan jalinan...
Antara permukaan yang boleh digunakan ialah tingkap, dinding, duit syiling, tapak kasut, permukaan mozek,pintu atau apa-apa permukaan yang timbul....


DSV Tahun 2 : Menggambar (Catan)


BIDANG : Menggambar (Catan)
TEMA   : Alam Semula Jadi
TAJUK  : Pokok Bunga

Aktiviti P&P
1.Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang bahasa seni visual yang ada pada contoh catan menggunakan media basah.
2.Guru menunjuk cara melakar dan mewarna gambar bunga.
3.Murid menghasilkan catan pokok bunga dengan menggunakan teknik basah atas kering.
4.Murid mempamerkan dan menceritakan karya seni yang dihasilkan. 

Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti dengan membuat catan pokok bunga berdasarkan empat standard kandungan.








DSV Tahun 2 : Menggambar (Lukisan)















BIDANG : Menggambar
TEMA     : Objek buatan manusia
TAJUK    : Rumahku


Aktiviti p&p:
1) Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang jenis-jenis rumah
2) Guru menunjukkan cara melukis rumah
3) Murid melukis gambar rumah menggunakan teknik garisan selari atau garisan bersilang
4) Murid mempamerkan hasil lukisan yang telah dihasilkan

Penilaian P&P:
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti lukisan rumahku berdasarkan kepada empat standard kandungan