KLIK DI SINI!

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan suka suki...

Hari ni bercadang nak buat jamuan suka suki sempena raya tupun sebab anak2 murid dah tergedik2 suh buat. Plan mintak tolong ngan emak masak...mula2 boleh!tetiba kena 'chong' ngan adik bongsuku ngan ayat..diorangkan kena rasa air tangan kau kak! Terus mak tak jadi...Pastu apalagi...akupun pujuk suami suh tolong aku masakkan mee hoon goreng...sib baik nak!

Waktu jamuan
Geram rasa ngan anak2 murid yg tak pernah menghargai penat lelah cikgu sendiri...kalau diorang tahu aku & asben bangun kul 4 pagi semata2 nak masak mee hoon goreng putih ni...sure haru, tupun aku rasa 5% je yg menghargai...melantak bukan main...
Aku ingat time makan berdisiplinlah sket...haram...padahal cikgu dia yang rajin ni dh setting tuk 30 orang, boleh 'short' tetiba...sbb ada yg amik lebih pinggan...geram tak? makanan tu memang lah ada lagi, tapi aku naklah diorang belajar cara menguruskan diri sendiri dan belajar bersabar. Ada murid, yang belum baca doa makan, dah ngap dulu! Tanggungjawab zero!
Eeeeeiii...malu dgn tetamu yg datang...mesti rimas tengok kelakuan dan kerenah budak2 ni...
Tapi rasanya cikgu2pun dah masak ngan perangai kelasku ini!
Selesai asben masak mee, tetiba aku terperasan lupa nak letak bawang putih sbb blend asing2! Halal jelah...kulit telur pun tak sempat nak bukak...dapat pulak anak murid yang rajin...tunggu aku bukak baru makan.
Inilah antara murid2ku yg baik2 ngee..ngee..ngee...
Terima kasih kepada
==> asben yang sanggup bangun walaupun tido lewat semalam,
==> anak2 yg tido lena dan tak meragam...,
==> sahabat guru yang sudi datang menjengah...,
==> anak murid yang sudi membawa kuih raya, cawan, pinggan, air (yang prihatin saje),
dan terima kasih kepada anak murid yang tak mendengar kata yg membuatkan cikgu tertanya2: kenapa korang jadi cmni???
Semoga kalian menjadi insan yang berguna kpd agama, bangsa dan negara...Janganlah menyakiti hati seorang guru..
Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Nota kaki tanganku: Rasa cam tangan ni merenyam2 nak hinggap kat muka korang,...Nasib baik cikgu Sabar! 
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)

Tuesday, September 28, 2010

Cermin Impian!

Saja je nak buat n3 ni...Aku plan ngan suami nak buat bingkai cermin besi camni tapi x survey lagi! Gambar ni diambil di rumah sedara iaitu rumah kak Su a.k.a Mak Itam..Dia kata dia tempah bingkai cermin ni & design sendiri..harga dia dlm RM500 ukuran 6 kaki x 3 kaki, kedai tu baru bukak kt Kulai...kalau jarak dari umah aku ke Kulai agak jauh, so plan nak buat kt kawasan yg berhampiran dgn kami...
Kalau cermin biasa memang banyak dah kami jumpa, tp saje nk design yg ada kerawang2..hehehe...
Dan ini juga yg aku nak buat...tapi bilakah impian ini terlaksana??
Nota kaki tanganku: Gambar hanya untuk rujukan, jgn mare kak Su...nak ciplak design!

Thursday, September 23, 2010

Ayam tandoori dan udang masak blackpepper.

Balik dari bagi tips science untuk Tahun 6, tetiba je rasa rajin...mungkin aura tertekan drpd UPSR ni..
Ptg tu siap buat kek coklat lagi...Tengok ada baki ayam 3 ketil, buatlah apa yang patut...
Letak je atas meja, hero2 ni dah tak sabar nak ngap! takdan den nak menghias..

Resipi ayam masak Tandoori
Sebenarnya beli je maggie punya rempah ayam tandoori dan ikut je resipi di belakang,
pastu bakar....senang kan?
Ayam: makanan kegemaran Kimi

Udang masak blackpepper
Ni menjadi favourite aku dan suami tp tak sesuai utk budak kecil coz pedas..Amsyar memang pantang kalau lauk udang, makan udang sajelah...nasi tak bercuit...
Cara-caranya:
1.Tumis bawang merah,bawang putih
2.Masukkan lada kering yang dah siap blend
3.Tumis sehingga pecah minyak
4.Masukkan udang
5.Masukkan lada hitam yang dh siap blend kering (masukkan sikit kalau tak kuat pedas)

Wednesday, September 22, 2010

Amsyar hilang!!!

Kami t'tido waktu ptg...bangun2 tgk Amsyar takde...panggil2 tak b'jwb...rasa b'derau jantung..Tengok pintu umh tertutup elok, pgrpun sama cm seperti biasa...
Kelam kabut aku suh suami cari kt Taman permainan depan rumah..
Tengok ramai budak2, tp kelibat Amsyar takde...rasa cuak gak...
Tetiba nampak dia mengikut budak2 pompuan nak balik umah..selamat perasan!lambat sikit selesai budak ni pi ikut ntah sapa2 balik umh!
Amsyar,Amsyar...sebelum ni tak pnh plak dia keluar umh sorang2...
akupun satu yg pi tido tu apsal...bila dpt tdo waktu ptg rasa nikmat plak coz dh lama tak dpt nikmat tdo waktu cmni :), lain kali tolonglah, bila masuk umh lock terus pagar ngan pintu...


Inilah budak yang sentiasa buat kecoh...bila dia takde mesti perasan..
sebab dia sorang je yang suka menghuruharakan keadaan!
Nota kaki tanganku: semoga Amsyar menjadi anak yang baik!

Tuesday, September 21, 2010

UPSR 2010!

Apa yang dinanti tiba juga akhirnya...
Inilah sebahagian anak murid yang datang ke kelas tambahan untuk Kapsul Sains pada hari Ahad 19/9/2010..Aku terpaksa menggunakan microphone kerana sakit tekak..terima kasih kepada rakan2 yang datang mematuhi jadual kelas tambahan, jasa kalian hanya Allah shj membalas..
Sesi menjawab soalan
Inilah antara usaha yang dilakukan oleh Panitia Sains untuk anak2 murid. Sempat lagi aku berlawak ngan mereka..Cikgu sanggup tinggalkan suami dan anak2 di musim perayaan semata2 nak mengajar kamu...Tapi memang betulpun..suamiku telah menjadi sura rumah tangga, bila aku balik, dia terus tido keletihan...Terima kasih kerana fhm dgn tugasku!

Semoga kalian dapat mengaitkan, guna fakta sains ketika menjawab soalan Sains.
Pesananku:
1.baca soalan hingga habis
2.gariskan atau bulatkan kata kunci
3.kaitkan jawapan sains dengan topik dlm Tahun 1 hingga 6
4.guna kemahiran berfikir secara logik
5.cari wtc,wto dengan betul, kesilapan menentukan 2 variables ini menyebabkan kesalahan pada soalan aim, relationship, conclusion
6.jawab bahagian A, guna kaedah 3C

Semoga Allah permudahkan kalian menjawab soalan-soalan UPSR!


KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA, BUKAN KEJAYAAN.

P/S : ILMU ADALAH KUASA