KLIK DI SINI!

Wednesday, January 12, 2011

Selamat Pengantin Baru Rujhan & Aida (18.12.2010),

N3 yang dah terlambat sgt2...Selamat Pengantin baru Uncle Rujhan! Buat sahabat seperjuangan...terima kasih atas segala-galanya, kami nyenyak tido di homestay yang ditaja khas olehmu...Habis tilam empuk di homestay dikencingkan oleh amsyar sbyk 3 round huarhuarhuar...Hari tgh hujan, bukak aircond plak tu...mana tak banjir...


Pengantin dah salin baju selepas sesi bergambar di dalam bilik.


Perjalanan dari Jb ke Terengganu ditemani dgn hujan...kami terpaksa bergerak perlahan, akhirnya pukul 1 pagi sampai. Terima kasih Rujhan coz setia menunggu! Buat pengetahuanmu, inilah first time aku baru tahu ada homestay dan inilah kali pertama aku tidur di homestay. Kadang2 terpikir gak...if budak remaja yg 'nakal' sket tak mustahillah bleh lepak kt sini?hushhushhush...
Inilah kanak2 yg gembira bila dapat melihat lembu secara dekat...

Anak2ku dpt 2 tilam empuk yg bsr, suka sgt dia...siap bermain2 dulu b4 tdo...melompat-lompat di atas katil dgn gembira sgt, maybe dh banyak sgt tdo sepanjang perjalanan ke Terengganu! letih gak nak tunggu mereka tdo, siap makan maggi lagi di pagi buta!
Suami dan anak2 di perkarangan rumah Rujhan




Selepas menghadiri majlis perkahwinan, sempatlah kami pi Tamadun Islam round2 bersama k.nazifah, k.zu & adiknya, pastu ke pasar payang dan pergi ke rumah Zura. Bilalah dapat berjumpa dgn Zura lagi...
selepas lepak di rumah zura, kami meneruskan perjalanan ke JB...tengok suami letih je coz dia drive sorang diri. Kami singgah di rumah ude (mersing) untuk bermalam sehari...tak tertunai hajat Kimi ajak tdo kt hotel...suka betul tdo kt hotel yg tilam empuk2 tu...
Akhirnya kami selamat sampai ke rumah pada keesokan harinya.

Buat Ahmad Rujhan dan Aida, kami sekeluarga mendoakan
semoga masjid yang dibina kekal ke akhir hayat. Selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga cepat meramaikan umat Nabi Muhammad. Terima kasih atas layanan kalian...Jangan lupa kami yang jauh di mata....






Monday, November 29, 2010

Ke pusara ayahanda kami

N3 yg tertunggak...Pada 17/11/2010 haritu kami sekeluarga ke pusara ayahanda tercinta.
Membawa anak2 mengenal adab2 ke kubur dan memberitahu makam arwah atoknya..
Beginilah kebiasaan kami bila tiba hari2 kebesaran...
kalau si abang (kimi) memang banyak bertanya hal2 kematian dan kubur, tapi berbeza pulak ngan si angah..
mungkin belum sampai peringkat umurnya lagi. Suka tengok Kimi bila dia faham apabila sampai ke tanah perkuburan, sopan je...siap marah adik dia dan berlagak bagai seorang abang sulung. memang dia sulungpun...
Along Kimi sedang memarahi Echa supaya duduk diam dan bersopan
 Tengoklah Echa, dia tak bleh dok diam walau sesaat...mungkin dia belum faham
 Dia siap jalan2 kat kubur tu, walhal kami belum siap membacakan surah Yassin. Nak tau apa jadi pada budak kecik ni...Selipar dia tersekat kt lumpur dan tak boleh bergerak...sib baik dia tak masuk kt lubang yg baru dikorek..
Tengah baca doa, mata Along Kimi terus mengekori ke mana adiknya pegi...sempat lagi memaksa aku menolong Echa yang tersekat kt lumpur...tulah nilah balasannya, bila tak geti dok diam!


Gambar di bawah sewaktu melawat pusara arwah ayahanda asben. Ini baru pertama kali anak2 ni di bawa..
Suami kehilangan ayahnya sewaktu berumur 5 tahun, aku kiranya masih beruntung kerana sempat memiliki kasih sayang seorang ayah...
 Ada kapur di muka kimi akibat gigitan nyamuk! Asbenku mmg rajin letak kapur ni bila anak2nya ada kesan merah..
 Tengoklah Amsyar...dia masih tak boleh dok diam,walau melawat kubur manapun...
Semoga anak2ku menjadi semakin faham bila mereka semakin besar...

AL-FATIHAH
buat
Allahyarham
Ayahanda Hj. Maskur bin Atmom
Ayahanda Jailani bin Ismail
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg solleh
Amin.


Monday, November 15, 2010

Mereka lebih aktif drpd atlit sukan!

Pada hari Sabtu, 13/11/2010, Kejohanan sukan sekolah telah diadakan di IPTI. Cam laporan sukan plak aku nak buat...Hmmm...ada kisah disebalik sukan ini. Pagi tu seperti biasa aku bangun pagi tapi t'lambat...dek kerana keterlambatanku bendera rumah merah n palakat yang di bawah tanggungjawab aku, terlambat sampai tapi on time sampai terus perasmian sukan bermula...Menggigil2 aku drive keta krn mengejar masa, hanya tuhan shj yg tahu...ditemani pulak 2 bujang yg tak larat emakku nak jaga...Nak tak nak, angkut pi sukan....
mula2 masih warming up, malu2 kucing...sebab dah terlambat doklah kat astaka..hari panas plak tu!
Selesai acara perasmian rumah sukan, diteruskan dengan acara pasukan sorak

Ini acara pasukan sorak yang memang dinantikan setiap tahun...
 Pasukan sorak rumah biru: Lagu: Lady gaga tak tau tajuk lagu apa...
Pasukan sorak rumah kuning: Lagu: Hindustan 'Oh my darling i love u'
 Pasukan sorak rumah hijau: Lagu: ????
soweylah,,tak dapat dikenalpasti..
 Pasukan sorak rumah merah: Lagu: korea 'Sorry,sorry,sorry'..
Inilah pemenang pasukan sorak tahun ni rumah merah...mmmmuahhhh...tak sia2 kami menjahit renda di baju...tahniah kpd perbarisan dan pasukan sorak. Kedua2nya Johan pertandingan.

ha....dah mula dah, mereka menunjukkan keaktifan mereka...Ini acara kejar mengejar di padang (selingan sementara guru2 menyusun peserta), yang harunya amsyar siap hadang peserta berlari...huhuhu, aku sendiri tergamam tengok dia halang pelari dari rumah kuning, sib baik ada runner kejar dan dukung dia!

 Amsyar harith ni pantang kalau ada pompuan cun, dia mesti menggesel2 nak dekat!tengoklah tu dgn muka kontrol macho...eiii tak malu betullah budak ni!
 Tengoklah keputusan rumah merah yang jauh ketinggalan...walaupun mereka dah berusaha, cikgu siap bawak 2 org penyokong lagi...tapi kami akur dapat nombor 1 dari bawah...
Ini konti emcee yang mendapat gangguan dari Ammar Hakimi, dahlah mikrofon takleh off...penat mereka cover mikrofon tu drp dgr suara kimi, tp dgr jugak...yang kelakarnya ayat dari Kak Mala...kalau aku jaga ank2 ko riz, mesti separuh hari dah pengsan....hehehe...bukan akak je, sypun bleh pengsan! Keaktifan amsyar, sampai suar jeans dia koyak! Balik drp sukan, mereka terus tertidur...kepenatan!

P/S : Mereka dapat anugerah kanak2 paling ceria..huahuahua

Friday, November 12, 2010

Apa yang disemai itulah yang dituai...

Semalam keputusan UPSR baru diumumkan, dan apa yang paling mengerunkan dan mengerikan aku ialah peratus untuk subjek Sains. Target yang diletak sekolah untuk subjek ini agak tinggi iaitu 92% walaupun aku tahu sekolah lain letak lagi tinggi tapi mana bleh ikut sekolah lain...Kebanyakan murid yang bersekolah di sini bukan di kalangan golongan elit.

Aku nak cerita sikit kegembiraan aku setiap tahun...peratus sains setiap tahun meningkat. Alhamdulillah..Allah membantu setiap perjuangan kami...Inilah yang dinamakan kepuasan mendidik!!!

Berikut adalah pencapaian setiap mata pelajaran pada tahun 2009, 2010 dan sasaran 2010. Alhamdulillah, aku bersyukur sangat kami mencapai target iaitu 91.96% dan murid sekolah ini masih lemah dalam subjek English. Ada juga ayat sinis seseorang,'eh, kalau peratus Sains meningkat dapat apa?'...dapat kepuasan, bukan senang nak menyemai benih yang bermacam, kami guna baja yang berkualiti untuk mendapatkan hasil tuaian yang berkualiti. Penatnya hanya Allah yang tahu...
Apa2pun kami telah membuat refleksi kelemahan dan kekuatan yang kami ada, semoga setiap tahun peningkatan peratus sains bertambah baik. Terima kasih kepada guru2 yg menyokong dan membantu, walaupun kadangkala kami dikutuk dan diperlekehkan oleh pihak2 tertentu, kami berjaya membuktikan doa2 org teraniaya termakbul!!! Kini, penatku sudah terbalas!!!!

 Dan apa yang terkilan, ada 9 orang murid yang gagal dalam subjek sains....Terkilan sangat2, mungkin usaha kami masih belum cukup untuk mereka menguasai dan mengingat fakta sains. Takpe, buat murid2 yang gagal ini bukan pengakhiran perjalan hidup kamu...berusaha untuk peperiksaan seterusnya...

Dan menyedihkan peratus menguasai sekolah kami turun dengan banyak berbanding tahun sebelumnya, sabarlah...mungkin ada hikmah apa yang berlaku...
P/S : Susah ke nak bagi penghargaan walaupun sekadar ucapan tahniah?

Thursday, November 11, 2010

Hangin satu badan!

Geramnya bila orang tak settlekan kerja kita terpaksa menanggung kerja dia...
Bila nak sedarpun tak tau...Orang yang geram tu akulah siapa lagi, dah kita plak yang kena settlekan..
Mula-mula....biasalah abis kena kutuk habis2habisan, pastu aku siap ugut aku taknak buat...
Aku memang taknak tanda kertas orang lain sebab aku dah tanda 7 kertas peksa X 2 =14, siap kerah suamiku tolong...tupun takleh fikir lagi ke??? Siap bawak pi kelantan menanda kertas peksa!!!  Tanggung jawab tetap tanggungjawab! Hisshh...geramlah...tetiba ada tambahan kertas, kenapalah aku terjumpa insan ni? sib baik takde kaitan darah...Nak je sound taknak buat, letak jawatan, ada ramai lagi calon yg nak jadi pendidik!!! Kalau ada masalahpun tolonglah selesaikan amanah ni dulu, mulalah aku nak berceramah...kena luahkan perasaan baru darah tak naik atas kepala, semalam dahlah si kecik demam. Budak kecik biasalah kalau demam meragam sikit, dapat plak berita kena tanda kertas orang lain...Hangin satu badan, rasa nak pitampun ada!

Last2 terpikir pulak...camanalah kalau salah sorang budak dalam kelas tu anak aku? Mesti lagi haru...
Biasalah...mulut je berbisa tapi hatiku baik..cewah puji diri sendiri!!!
Akhirnya aku tandakan gak kertas si dia...boleh claim ni satu kertas koman2 caj 50 sen...
Aku dah tak pikir kesian kt dia tapi aku pikir kesian kat anak murid, lagi2 periksa akhir tahun!!
 Aku doakan semoga guru ni bertambah insaf, sedar diri, lebih bertanggungjawab dan semua nilai2 murni yang ada kat dunia ni didoakan pada guru ni.
Janganlah buat-buat sakit kalau Tuhan belum beri kesakitan itu...
Janganlah cari masalah yang direka sendiri!
Ok habis bab hangin satu badan ...jap lagi kena ngadap bos utk 'Post mortem UPSR 2010'!

Nota kaki tanganku : Semoga hatiku lebih ikhlas untuk menolong orang lain...huhuhu