Semalam murid2 sudah bermula ngan perkampungan UPSR. Gambar ni diambil waktu slot Science Questioning & Answering technique for section B frm 2-4pm. Inilah slot aku dan En. Ahmad Rujhan. Minggu ni terlalu sibuk dgn perkampungan UPSR dan persediaan hari terbuka pada hari Sabtu ni...Masa nilah nak jeles pd guru2 yg tak handle kelas...
Slot pertama dikendalikan oleh Rujhan memberi penerangan & teknik menjawab Sains UPSR, dia ckp ala2 Mat Saleh membuatkan murid terlopong tp diterjemahkan balik dalam Bahasa melayu...mamat ni memang rajin kalau bab nak meningkatkan prestasi Sains sekolah b'kobar2 sentiasa, selepas tu, barulah aku amik alih kuasanya dlm slot skema jawapan Science. Petang-petang cmni takde canlah murid ni nk tido bila dgr suara aku je...coz aku rasa suaraku dh cukup kuat dan jelas utk mereka dgr, tp tak taulah pulak kalau mmg ada murid yg pekak..hehehe. Aku perhatikan anak murid sudah keletihan tp aku belasah je, entah dgr entah tidak...Harap2 tidaklah mencurahkan air di daun keladi...Tapi yg tak bestnya sewaktu sesi ni ada lg murid yg tanya soalan yg tak patut diorang tanya...Alahai,anak muridku...rasa tak best plak bila jd cmni..mungkin ini kesan drp cuti 2 minggu aritu, itu ramalanku sj, nak sedapkan hati :).
Tengok tu guru2 Sains yg begitu berdedikasi, masih sempat stapler kertas dengan pantasnya, tolong menolongkan membawa berkat. Cikgu yg pki baju biru tu tak ajr science dh tp dek krn semangat sejak jd s/u kurikulum ni ttp dtg membantu...Terima Kasih Kak Zakiah! tak lupa pulak pd Zura yg byk tolong guide murid2 6 Musytari.
Inilah wajah2 ceria sekitar perkampungan UPSR. Semoga kalian mendapat keputusan yg baik dlm UPSR terutamanya utk subjek Science.
"Menuntut ilmu adalah takwa.
Menyampaikan ilmu adalah ibadah.
Mengulang2 ilmu adlh zikir.
mencari ilmu adalah jihad." (Al-Ghazali)
No comments:
Post a Comment