Aku mengupdate sofaku, Gambar kat atas adalah sofa sebelum ditransformasi. Memang dah lama aku buat impian nak menyarung baju kat sofaku iaitu buat slipcovers tapi paham2ler harga dia mmg mahal. Itulah yang menjadi tentangan hebat suamiku. Sebenarnya aku dah panggil orang buat pengukuran dan sebut harga tapi lepas dia balik je, suamiku membebel, dia kata lebih baik aku beli je sofa baru...aduss...walaupun aku degil tapi aku tetap akur ngan pendapatan pendapat dia, aku terpaksa cancelkan.
Tapi ntah cmne, agaknya Tuhan tu nak mengabulkan juga impian aku, selang berapa hari, jumpa plak kedai sofa berhampiran rumah mak, suruh dia dtg buat sebut harga..aku tengok banyak jugak perbezaan harga, terus aku call suami ckp nk buat, dpt je greenlight, haritu juga dia bwk sofa kt umh aku utk buat slipcover n kusyen. Harga keseluruhan RM1080, aku rasa masih murah kot berbanding kedai lain amik dlm 1600 utk slipcovers je tanpa kusyen. Silap2, inilah kali pertama dan kali terakhir aku buat slipcovers memandangkan kosnya yang tinggi. 16.6.2010, rumah aku lengang tanpa sofa, itu yg membuat ank2 bermaharajalela main bola bersama ayahnya.
Semalam sofaku siap ditransformasi, tapi aku tak ltk gambar coz nk surprise hari raya..ekekeke. Aku nak pilih konsep hitam putih plak tuk deko raya tahun ni. Alang2 dah tukar warna sofa, meja kopipun kena tukarlah... lagipun meja tu dah senget akibat anak2ku gunakannya utk melompat!. Kalau tengok langsir kat atas tu dah setahun aku tak tukar, padahal rumah emak hampir 10 kali dah tukar! alasan aku, itulah fungsi langsir, guna setahun sekali. Tukarpun setahun sekali. Lagipun takde siapa nak tolong gantungkan langsir tu, orang tolong sepahkan adalah, baru keluarkan langsir je adalah insan yang dah berkubang kat situ... lainlah kalau aku memang suri rumah, mungkin langsir tu selalu bertukar...wink!wink!wink! Sebenarnya raya tahun ni cam taknak beria sgt coz memandangkan banyak benda yang belum settle kt umah tu, tp pk2, baik buat dulu apa yang nak dibuat..
Nota kaki tanganku: Membazir itu amalan syaitan...
4 comments:
aku dok dlm kepala nak tukar sarung gitu ler..tp dok kira2 kos mcm lebih kurang beli baru
nak beli baru mcm sayang sofa dok elok lagik..tp aku boring color sofa aku yg salah pilih tu
huhuuhu
wehh letak la gambar decor umah hangg
hang english style ek..
nanti nak terjah tgk la..harap2 3 org hero tu tak lenjang sofa tub4 raya ni..hahaha
Ana, aku ingat nak buat english style tp nampak cm boring coz aku je girly dlm umh tu, so tahun ni cm nak tukar modern plak..tak tau jd ke tak..raya nanti aku ltk gambar!
Post a Comment