Kenduri ini diadakan untuk majlis kesyukuran untuk bakal baby mama tati yang kedua. Majlis dibuat selepas solat zohor pada hari Khamis 4/2/2011 untuk kaum wanita sahaja. Aku seperti biasa datang pada pukul 12:00 tengahari selepas menguruskan rumah, anak2 dan menggoreng samosa untuk di bawa ke rumah emak. Bukan taknak pegi awal2, almaklumlah hero2ku bila dh datang boleh haru biru jadinya.l agipun suamiku bekerja seperti biasa. Datang lewatpun Amzar dah kena sudip panas, gara2 mamanya nak buat air dan meletakkan dia berhampiran orang yang sedang menggoreng popiah. Tak pasal2 ada cop kat pipi, tulah baru nak tunjuk rajin anak dah kena cop..terpaksalah tunjuk malas…hehehe. Pastu ada plak menuduhku membiarkan anak, takde orang yang sanggup menjadikan anak mangsa..lagi2 aku yg penyayang ni...hikhikhik!
Kesian anak mama, jatuh dah saham 10%, semoga parut kt pipi tu tak berbekas!
Selepas majlis abis, aku tunjuk rajin lagi sekali mencuci pinggan, ha tak pasal2 hero2ku datang menolong, diapun nak tolong membilas pinggan mangkuk…betul tak aku cakap aku tak boleh tunjuk rajin, sebab ada pengikut setia..nanti tunjuk malas orang kata aku malas buat kerja, tapi kesimpulannya tunjukjer kemalasan kalau dah terpaksa…kehkehkeh! Bukan apa, basuh sume pinggan kaca takut berderai jadinya, tak dapat den nak tolong...
Wah...beriya2 Amsyar membilas pinggan, mentang2 baru potong rambut.
Apa2pun didoakan semoga mama tati selamat melahirkan anak kedua yang lama dinanti2kan..buat ajiq yang rusuk kanannya ada kat kimi, kembang hidung Kimi, bila kena marah je ada orang baking, ayat yang paling fames digunakan,’goyak ah molek-molek’…amboi. Pantang orang semua meninggikan suara kat buah hati dia…kimi cakappun dia sayang kt ajiq kesian echa terpaksa disisihkan, semoga kasih sayang kalian berkekalan…jap lagi ajiq nak dapat adik yg khabarnya lelaki juga…selamatlah bergasak semua hero bila jumpa…
P/s: Dengar cite mama tati tensen coz takleh langsung marah kimi, ajiq syg beno kt abg die…
No comments:
Post a Comment