Acara dimulakan dengan perbarisan murid-murid pasti Daerah Pasir Gudang, kemudian bacaan ikrar, diikuti ucapan. Tahun ini Kimi mewakili pasukan kuning. Aku awal2 pagi dah menyibuk kt khemah dia pakaikan reben warna kuning, sampai Cikgu suh aku amik baju urusetia, ala2 menguruskan budak dia...Eiii tak sampai hati pulak nak pakai baju urusetia padahal aku sibuk uruskan anak sendiri je...hehehe. Rasa comel plak bila budak2 kecik buat perbarisan.
Selepas acara perbarisan, mereka diberikan air kotak dan roti. tengok tu Kimi, tak pandang kiri kanan makan dek kerana lapar,padahal aku dah siapkan sandwich utk dia..
Inilah kumpulan Kimi dlm acara Lari berganti dalam guni. Acara murid diselang selikan dengan acara ibubapa. Kata asbenku serabut dia tengok pengurusan sibuk ngan acara ibubapa, dia nak tengok budak2 kecik ni bersukan bukan orgtua..pandai pulak dia membebel!
Kimi masuk acara lari dalam guni seperti tahun lepas. Seperti biasa mak bapak punyerlah terjerit2 menyokong anak masing2, tapi diorang rileks je...yang pastinya kimi dapat tempat ketiga berbanding tahun lepas dia dapat johan...
Inilah hadiah yang dibawa balik...Dapatlah gangsa coz tempat ketiga.
Diakhiri gambar Kimi dengan bestfriendnyer bernama Johari.
Kami balik dalam keadaan keletihan, cuaca terlalu panas walaupun waktu masih pagi, lagi2 sibuk pulak menguruskan anak2 yang lain. Terima kasih kepada penyokong2 Kimi iaitu: Mak, Pak long, dan Uchu ct...Buat2 jelah best walaupun penat menyokong!
1 comment:
Kimi tak main pundi kacang ke. Hahaha
Post a Comment