Majlis ini bertemakan warna merah. Tak sempat nak ambil gambar banyak2 kerana aku sibuk menyiapkan makan beradab pengantin. Amsyar pulak sempat mengamuk masa ni…
Ini bunga telur dari kami sekeluarga.
Sempat lagi berposing Ammar Hakimi, Amsyar Harith dan Muhammad Aqil Haziq. Inilah geng Ben 10 yang membuat rumah neneknya tunggang langgang.
Kek dan cupcakes dibuat oleh adik bongsuku Uchu ct. Nampak lawa kek ni..control takut tumbang…hehehe!
Majlis ini berjalan dengan meriah dan lancar. Selesai majlis ini, jeng!jeng!jeng! kami semuanya sakit perut kecuali abangku. Tapi yang bestnya tukang masak tak kena dan beberapa orang tertentu. Apa nak buat, benda dah jadi…kami pasrah…menurut seseorang ada orang tiup dalam air membuatkan kami cirit beret…ada jugak ke orang yang dengki atau berdendam zaman sekarang? Selagi namanya manusia, begitulah keadaannya.
Terima kasih diucapkan kepada semua yang hadir ke majlis ini terutamanya kawan-kawanku. Menghadiri jemputan itu adalah wajib…..
Yang bestnya, badanku sakit2 hampir seminggu…jadi cutini kuhabiskan meluangkan masa bersama anak-anak. Penat wei jaga anak-anakku…lebih penat dari bekerja!
3 comments:
kenangan sakit perut sampai sekarang teringat.. alahai..
riz, jaga anak memang penat...ezri pun selalu bising sbb anak2 aku suka bersepah2kan rumah, bising lah..bergaduh lah...hihihi
sal...anak lelaki lasak dia lain sikit...hihihi
Post a Comment