KLIK DI SINI!

Saturday, October 29, 2011

Majlis kahwin di rumah sebelah..

Majlis ini diadakan di rumah sebelahku, kebetulan betul2 sebelah rumah jadi secara tak langsung rumah kami terlibat untuk tempat DJ dan orang menari...kami tak dapat nak menolong sangat, malu gak rasanya...
Lagipun, semuanya menggunakan khidmat katering.
Kami sekeluarga mengucapkan selamat pengantin baru kepada pasangan, semoga berbahagia ke akhir hayat
  Majlis ini menggunakan tema berwarna biru, gembira anak2ku kerana waktu ini mereka bebas keluar masuk bermain, tak ingat letih dan minum susu...
Sebaik selesai majlis, ada cerita mendukacitakan pihak pengantin...
Ada juga yang sanggup mencuri duit dan mengambil kesempatan sewaktu keluarga sibuk menguruskan majlis perkahwinan ini..Menurut cerita jiranku, hampir seribu lebih beserta handphone sedara mara dikebasnya, itupun mujur bilik pengantin dikunci. Terpaksa membuat laporan polis dan membuat ic baru, dengan lesen2 dikebasnya.
  Selepas ini, kenalah beringat jika buat majlis pastikan pintu bilik dikunci. Takziah kami ucapkan dan tahniah kerana mendapat menantu lelaki baru.

No comments: