KLIK DI SINI!

Monday, November 28, 2011

Annual Dinner 2011

Annual Dinner 2011 ini diadakan di Amansari Hotel, mujur tempat ini betul-betul bersebelahan dengan kawasan perumahanku...
 Inilah pemandangan Amansari pada sebelah malam


Makan di meja VIP, ala-ala VIPlah pulak...hehehe


Hadiah cabutan bertuah, ada beberapa penaja yang sudi menaja, terima kasih diucapkan!

Agenda pertama pada malam itu adalah ucapan daripada aku sendiri selaku Pengerusi kelab Guru, tak biasa memberi ucapan tapi terpaksa ngee...ngee...ngee...Aku tidak mempelawapun suami ikut ke majlis itu dek kerana malu nak memberi ucapan lagipun suamiku kerja....

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu

Bersama GPK Petang.

Diucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu melancarkan majlis, bertungkus lumus menyediakan hadiah dan aktiviti2, tak layak rasanya menjadi Pengerusi. Diharap segala kekurangan dan kecacatan sepanjang menjalankan apa-apa program, pihak kami mengucapkan ribuan maaf. kami dah cuba yang terbaik!..Semoga segala kekurangan akan dapat diperbaiki oleh AJK KGK tahun hadapan. Sesungguhnya segala kekurangan datangnya daripada pihak kami dan segala kebaikan datangnya daripada Allah swt.
Terima kasih semua!!!

No comments: