Orang dulu-dulu percaya makanan yang sejuk-sejuk mesti dijauhkan, ikan dan makanan laut yang gatal juga kena dielakkan. Namun, pada zaman sekarang doktor menasihatkan supaya makanan semua benda yang berkhasiat dan tiada istilah berpantang bagi doktor. Bagi kita dah terbiasa dengan amalan makan berpantang, bertungku, bertangas, berurut dan macam-macam lagi...Ini adalah makan yang dimasak oleh suamiku dan kadang kala ibu mertuaku. emakku tak masak untukku kerana aku berpantang di rumah sendiri dan emak menjaga ammar,amsyar dan amzar di rumahnya, lebih-lebih lagi anakku bersekolah di kawasan rumah emak.
Okey, aku nak cerita makananku sewaktu berpantang...
Sarapan...
Pagi-pagi lagi mesti dah lapar sebab baby breastfeeding. Majoriti sarapanku mesti jumpa air milo dan roti cereal. Bila mak mertua ada dia buatkan lempeng kosong cicah ikan bilis tumbuk (sarapan ni sedap gak). Kadang suami belikan roti canai kosong tanpa sambal dan kuah dal.
Makan tengahari + makan malam
Antaranya yang akan jumpa setiap hari
Ikan bakar bersalut daun kunyit/daun pisang |
bubur nasi |
Ni time2 boring takde makanan, aku buatlah ni...
Ikan kukus campur |
Ikan siakap kukus |
- Serai
- halia
- bawang putih & merah
- lada
- limau nipis
- daun ketumbar (kalau ada)
- garam/ sos ikan
- ajinomoto
Hiriskan bahan-bahan diatas, letak je kat dalam mangkuk kukus. Kalau letak sos ikan tak perlu letak garam, jangan letak sos ikan terlampau banyak nanti tak sodap.
Ikan bilis tumbuk |
Ikan bilis tumbuk
Bahan-bahan:
- Ikan bilis
- bawang merah besar
- bawang putih
- Lada besar/lada hitam
- Asam jawa
Ikan bilis digoreng tanpa minyak (disangar),
hiris bawang merah, bawang putih, lada besar (kuantiti mengikut suka)
Tumbukkan ikan bilis dengan bahan di atas ditambah dengan lada besar, jika tidak menggunakan lada, tambahkan lada hitam. Tidak perlu terlalu lumat, setelah itu perahkan dengan air asam jawa.
Dalam minggu keempat bolehlah sebelum ikan bilis tumbuk ini diperah dengan asam jawa kita goreng semula dengan menggunakan kadar minyak yang sedikit..Pasti sedap dimakan dengan nasi panas dan sayur sawi air.
Satu lagi resepi yang aku suka ikan masak asam atau ikan masak singgang
Bila suamiku masak lauk ni, balik kerja mesti dia tanya sedap tak ma?
Kadang-kadang bila dia masak lauk ni dia sengaja tak letak garam, tapi bagi tak mengecewakan dia ku cakap sedaplah jugak. Bila mak mertua datang, masak lauk ni...fuh mavelos...abang, cmnilah baru sedap! Adakala air tangan seorang ibu mempengaruhi gak...
Sup ayam |
- Ayam
- Bawang putih,merah
- Halia
- Sup bunjut
- daun sup
- Lobak
- Garam
Tumbuk bawang merah,putih, halia
Masukkan kedalam air
Didihkan, masukkan ayam, sup bunjut, lobak dan garam secukup rasa
Hidangkan dan letakkan daun sup
Untuk sayur pula hari-hari akan jumpa sawi....tapi sedapnya sayur ni time pantang...masak air ataupun tumis tanpa minyak.
Tahun ni tak jumpa sup ikan haruan, sebab selalunya aku tak lalu makan lauk ni, lebih rela makan pil ikan haruan...So kesimpulannya, kita banyak jumpa yg rebus2an bakar..kadang-kadang ada setengah orang tegur kita jgn mkn itu ini padahal masa dalam pantang dia sendiri tak jagapun pemakanan dia, tp dok sibuk ckp kt org lain kita tak berpantang, padahal dia tak jg kitapun! grm tak dgn org cmtu?
Aku agak bertuah kerana semua lauk pantang suamiku yang masakkan sebelum pegi kerja lagipun dia masuk kerja pada pukul 10:00pagi. Jangan ingat aku tak berpantang makanan coz semua lauk pantang dipantau suamiku..termasuklah bab bertungku dia rajin betul panaskan batu merah untuk aku. Aku bertungku guna batu bata merah yang dibeli di kilang construction dengan rege 55sen. Dia kata guna batu tu senang serap haba bila bakar...Terima kasih suamiku kerana sabar melayanku dan anak-anak. Alhamdulillah..anak-anakku sewaktu pantang memang senang dijaga dan tak banyak ragam. Sampaikan jiran sebelah ckp x dgrpun baby nangis..a'ah dia tdo je, kdg2 dgn mama dia t'tdo sekali..
u
2 comments:
aku ayam pon pantang riz heheh..takut gatal
ikan masak sindang pon sedap jugak ..
ikan bilis pon tak makan hehe pantang kuat mak aku
kalau jahitan dah ok...ayam xde ape2, cuma telur je kena b'pantang...
Dulu, aku beranak sulung n kedua mmg xleh mkn aym..ni dah ank ke 4, rs jahitan dh ok bleh mkn..hehehe
Post a Comment