KLIK DI SINI!

Sunday, July 15, 2012

Mengunjungi semula Tanjung Balang di Pulau Tinggi

Salam...lama betul tak menulis di blog ini..
Baru-baru ini kami sekeluarga balik ke Tanjung Balang kerana membuat doa selamat sempena "rumah burung" yang telah siap, tapi bukan kepunyaan kami, kami hanya menumpang dua kaki dan kalau tidak dizinkan bolehlah kami menumpang 'sekaki' hihihi...nak juga tumpang, tak kira (walaupun takde sher seciput pun).
Anak-anak punya exited nak balik kampung di pulau...eh ye ke?dah jadi kampung mereka? layankan jelah si Kimi yang tak sabar2 balik ke Pulau Tinggi.
Kebiasaaan kami balik ke pulau, kami akan balik ke Pasir Panjang tapi pada hari itu..kami balik ke Tanjung Balang. Kenapa??? sebab2nya dah dinyatakan di atas, oleh kerana "rumah burung" berada di situ, kendurinyapun kenalah kt tempatnya...walaupun sebenarnya boleh je  buat di darat....ekekeke. Yang penting kami dapat berkumpul beramai-ramai.
Seperti biasa kami ke sana menaiki bot, tu yang anak-anak terlebih exited...ngan si kecik Aisyah dah merasa naik bot. Waktu pergi keadaan agak bergelombang sikit, tapi alhamdulillah kami sampai jua di sana...Kami menetap di rumah Paksu bulat. Jangan ingat di sini tiada kemudahan. Sekolah, klinik, balai polis semua lengkap. Malah sekolah di sini lebih besar daripada sekolah di bandar walaupun anak murid cuma 17 orang.
Sampai-sampai anak2 tak sabar bermain di pantai...
Bila dah dapat lesen macam tak pernah jumpa pantai, tak ingat nak makan,minum...hinggalah muka mereka mengelupas teruk..Tok Bulat bawa kami ke pulau mentigi dengan speed botnya...cantik sangat airnya, jernih biru kehijau-hijauan tapi sayang kami tak bwk material yg dpt merakam gambar kami. Ha...tahu tak siapa yg taknak balik dari tempat ni....nama dia abang uda a.k.a baby, meraung-raung nak mandi lagi, Tok Bulat amik dia trip paling last...
Puaslah anakku bermain air, nasib baik baju yang di bawa cukup menampung aktiviti mereka...suamiku cukup rajin melayan mereka. Bercuti di sini cukup menenangkan minda dengan deruan ombak, kicauan burung, desiran angin dan bebas daripada hiruk pikuk bandar.
Macam-macam rombongan kami bawa balik...ikan berkilo-kilo, siput, telur penyu....ha...semuanya dibeli daripada orang kampung kecuali siput...hihihi. Makan ikan segar memang sedap...nyum....Insyaallah, kami akan ke sini lagi...

1 comment:

AiE bAhRi said...

pergi tak ajak.. sudah lah! hahaha