KLIK DI SINI!

Sunday, June 27, 2010

Cheese cake...

Sedapnya dapat makan cheese cake...tiba2 je teringat nk makan cheese cake...resipi dh amik dh dari kak Ana, tinggal nk buat je tapi belum diaplikasikan..

Inilah resepinya:
  1. 500gm cream cheese
  2. 1 tin susu pekat
  3. 1 sudu besar tepung gandum
  4. 2 biji telur
  5. base (Biskut/cake)
  6. Hiasan blueberry/strawberry/blackforest/choclate

Cara-caranya:
  1. Pukul cheese sehingga kembang dan lembut
  2. Masukkan telur satu persatu
  3. Masukkan susu
  4. Masukkan tepung gandum
  5. kemudian, bakar pada suhu 160 - 170 djh selama 1 jam
Ermmm, aku dh test makan yg kak Ana n kak Nisak buat, mmg sdp...Yummy!sugary!test buat belum lg...
last2 dek kerana teringin sgt mkn cheese kek ni, aku pi je beli kt Giant dgn harga RM11.99...tp light cheese cakelah. Tinggal makan je lg sng!.Nak buat sendiri belum berkesempatan...satu hari teringin jugak nk cuba resipi kek ni...nampak senang kan? Yg penting kena ada oven n mixer electrolux atau jenama lain...

Friday, June 25, 2010

Perkampungan UPSR!

Semalam murid2 sudah bermula ngan perkampungan UPSR. Gambar ni diambil waktu slot Science Questioning & Answering technique for section B frm 2-4pm. Inilah slot aku dan En. Ahmad Rujhan. Minggu ni terlalu sibuk dgn perkampungan UPSR dan persediaan hari terbuka pada hari Sabtu ni...Masa nilah nak jeles pd guru2 yg tak handle kelas...
Slot pertama dikendalikan oleh Rujhan memberi penerangan & teknik menjawab Sains UPSR, dia ckp ala2 Mat Saleh membuatkan murid terlopong tp diterjemahkan balik dalam Bahasa melayu...mamat ni memang rajin kalau bab nak meningkatkan prestasi Sains sekolah b'kobar2 sentiasa, selepas tu, barulah aku amik alih kuasanya dlm slot skema jawapan Science. Petang-petang cmni takde canlah murid ni nk tido bila dgr suara aku je...coz aku rasa suaraku dh cukup kuat dan jelas utk mereka dgr, tp tak taulah pulak kalau mmg ada murid yg pekak..hehehe. Aku perhatikan anak murid sudah keletihan tp aku belasah je, entah dgr entah tidak...Harap2 tidaklah mencurahkan air di daun keladi...Tapi yg tak bestnya sewaktu sesi ni ada lg murid yg tanya soalan yg tak patut diorang tanya...Alahai,anak muridku...rasa tak best plak bila jd cmni..mungkin ini kesan drp cuti 2 minggu aritu, itu ramalanku sj, nak sedapkan hati :).



Tengok tu guru2 Sains yg begitu berdedikasi, masih sempat stapler kertas dengan pantasnya, tolong menolongkan membawa berkat. Cikgu yg pki baju biru tu tak ajr science dh tp dek krn semangat sejak jd s/u kurikulum ni ttp dtg membantu...Terima Kasih Kak Zakiah! tak lupa pulak pd Zura yg byk tolong guide murid2 6 Musytari.

Inilah wajah2 ceria sekitar perkampungan UPSR. Semoga kalian mendapat keputusan yg baik dlm UPSR terutamanya utk subjek Science.
"Menuntut ilmu adalah takwa.
Menyampaikan ilmu adalah ibadah.
Mengulang2 ilmu adlh zikir.
mencari ilmu adalah jihad." (Al-Ghazali)

Wednesday, June 23, 2010

Al-fatihah...

Hari ni baca paper hampir mengalirkan airmata...(hatiku memang mudah tersentuh). Alangkah indahnya kisah hidup mereka, meninggal selang 15 minit, mengucap 2 kalimah syahadah disamping anak2 dan dikebumikan bersama satu liang lahad...Masyaallah! Semoga roh beliau dicucuri rahmat, Al-fatihah....
 Semoga kesudahan hidup kita diberi pengakhiran yang baik....
p/s: pengisian diri masih belum cukup...

Monday, June 21, 2010

Cantiknyer BBM...

Hari ni awal2 pg dah sampai ke sekolah, al maklumlah suami yg jadi driver terpaksalah bergegas awal. Anak2 semua dia yg settingkan, dari mandikan Kimi, pakaikan baju, bersihkan botol2 susu, hingga angkat anak masuk dalam keta dia yang buat, Cuma baby je dia tak settlekan, itu urusan aku…Kimi masih ngantuk lg, tulah…mama dan ayah paksa Kimi tido awal2 coz kimi sekolah hari ni, asyik bergurau je ngan angah…kan dh mengantuk!

Ok, habis bab menguruskan anak….sebenarnya aku nk citer, dtg2 sekolah ada sederet tulisan jawi ’Bismillah’ yg cantik2 belaka…kalau orang dh pandai buat benda alah ni, mesti dah tak jakun lgkan? risik punya risik, rupa2nya BBM tu dibuat masa kursus kat Desaru time cuti sekolah aritu…Wah!hatiku melonjak nak belajar buat benda tu…dalam kepala otakku dah merancang bolehlah nanti aku deko rumahku guna hasil tanganku sendiri…

P/S: Orang nak hias bilik khas kat sekolah, dia nak hias rumah pulak…hehehe…

Perasmian bangunan baru…

Hari ni juga murid2 Tahun 6 melangkah merasmikan bangunan baru. Tu gambar mereka tengah buat gerak gempur Math. Papan kenyataan di belakang masih suci bersih, bercakappun masih bergema coz masih kurang objek menyerap suara…Semoga mereka lebih bersemangat untuk menghadapi UPSR!
P/S: Bagi murid2 Tahun 6 merasa dulu sebelum mereka meninggalkan alam sekolah rendah..

Sunday, June 20, 2010

Tugasku bermula...

Wah...Aku berjaya menggosok baju suamiku dan Kimi...Malam ni baru aku nak menggosok baju sendiri,tupun kalau si kecil tak meragam..Kalau tak jawabnya pg2ler kena bangun gosok baju. Baju n pampers anak2 dh dipos awl2 ke rumah mak selaku pengasuh n penjaga ank2ku...Rasanya tak banyak cuti ni yg dpt aku buat. cutipun tak ke mana...
Esok, bermulalah cabaranku semula...hehehe berjuang demi anak murid...rindu ngak dgn tugas2 n rutin2 harian yg selalu dibuat...Lama gak tak marah2 n berkhutbah dpn kelas...hihihi...apa2pun selamat kembali bertugas....