KLIK DI SINI!

Thursday, July 15, 2010

ESQ boleh dilaksana di Malaysia.

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus latihan kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini (Utusan Malaysia muka 7). Sebelum ini, ESQ dikatakan ajaran sesat! tapi masalahnya Wilayah Persekutuan je yg kata sesat..Sebenarnya nak cerita bahawasanya Suamiku merupakan salah seorang Alumni kursus ni..wink!wink!wink!. Kiranya pengikut Dr. Ary Gunanjar.
Inilah sijil yang suamiku dapat sewaktu mengikuti kursus ni pada tahun 2009. Ejaan nama tu salah..typing error tapi orangnya sama. Dia baru pergi untuk basic training je...yang lain2 belum pergi lagi coz melibatkan kos..hehehe.
Tapi buat pengetahuan korang, selepas dia pergi kursus ni, totally dia berubah jadi baik! Seminggu tu memang konfem baik, siap ada pasang niat nak hantar isteri dia pergi kursus ni. Kalau tengok tv9 rancangan Halaqah sentuhan Qalbu, itu antaranya isi kandungan dalam kursus ESQ (makluman dari suamiku), aku rasa tak nampaklah pulak kesesatan ajaran dia tapi siapalah aku yang nak menilai isi kandungan kursus ni lebih2 lagi melibatkan soal keagamaan.

Nampak tak ada nombor 165 kat situ yang bermaksud 1untuk Ihsan, 6 untuk rukun Iman dan 5 untuk rukun Islam. Rasanya kalau nak pergi kenalah sediakan duit..terutamanya buat Sir Rujhan yang ada pasang niat nak pergi kursus ni. Duit boleh dicari tapi masalahnya nak cari tulah yang susah (ngee..ngee..ngee.alasanler tu)...Aku rasa kursus ni bagus untuk diri sendiri, yelah...manusia ni mcm bateri jugak yang perlu recharge. Cuba kita bayangkan bateri hanset yang tidak dicharge, kan jd "kong", begitu juga manusia yang sentiasa ada sifat alpa, yang sentiasa kena ingatkan berulang kali termasuklah diri aku sendiri.

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar 
hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.
Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.
Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. 
( Hamka ).

Tuesday, July 13, 2010

Cari persamaan dan perbezaan!

Lukisan ini diterjemahkan oleh Ammar Hakimi dari tv ke bentuk lukisan.
Mungkin ini cara seorang budak lelaki berumur 5 tahun belajar.
Pada pandangan aku, Kimi banyak mentafsir maklumat melalui apa yang dia lihat...mungkin budak lelaki lebih banyak belajar melalui mata, sebab tu ramai lelaki mudah tertipu dengan kecantikan. Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, sebab tu kadang2 tengok budak lelaki tak study tp dia skor...
Tengoklah hasil lukisan seorang budak yang masih mentah dan bersih yang tidak memikir apa2 masalah yang besar lg. Nampak tak, ada gambar Ultraman, raksasa, kapal penyelamat siap ngan fire dia, bangunan2 dan pokok. Biarlah orang ckp lukisan Kimi tak cantik tp sebagai mama dia, aku tetap memuji kecantikan lukisan yang dihasilkan oleh Kimi. Apa reaksi dia? bila aku puji je, dia suka dan terus peluk aku...mungkin dihargai. Oleh itu, pujilah anak kita dengan pujian yg melambung2...hehehe. Ultraman ni kimi tengok kt channel 611 astro ceria yg Musashi (tak tau spelling betul ke tak?)jd Ultraman Cosmos tu  dan dia selalu berebut channel ngan mak (nenek Kimi). Suatu hari aku ingin memframekan lukisan yg dibuat olehnya bagi menghargai minatnya melukis, selepas itu bolehlah dia melihat karyanya sendiri...


Pssssttt...ini ada cerita hot! Semua maklumat peribadi dirahsiakan...
  Berbeza pula cerita tulisan di atas. Cuba baca betul2, budak ni tulis cerita tersebut berdasarkan pengalaman? fakta? bacaan?. Aku pun tak dapat meneka dengan keadaan sekarang, budak2 begitu terdedah ngan internet, yang boleh kita ibaratkan ilmu tanpa sempadan. Bayangkan budak sekolah rendah dah boleh mereka cerita seperti di atas.
Jika cerita tersebut benar siapa yang harus dipersalahkan?
  Orang yang paling hampir mestilah ibubapa. Adakah pelajar tersebut kurang kasih sayang? kurang perhatian? tiada pemantauan? tak mustahil jugak benda2 ni boleh berlaku kpd diri kita sendiri maksudnya anak2 kita. Adakah guru2 yg bersalah?...format karangan di atas adalah karangan berbentuk dialog yang diajar oleh guru subjek BM. Guru hanya mengajar format karangan yang betul tapi bukan mengajar benda yang tak senonoh. Perlu diingat, sekolah bukan pusat asuhan di mana ibubapa meletakkan 100% penjagaan/didikan kepada insan yang bergelar guru. Awal didikan kan bermula di rumah...

Ini sambungan cerita di atas.
Geli geleman plak aku rasa, sib baik dia tak cerita lebih panjang...Buat masa sekarang akupun tak tau nak buat apa ngan budak ni, tp aku dh serahkan perkara tersebut pada pihak tertentu. Itu saja cerita dariku...bolehkah anda mencari persamaan dan perbezaan??? Senaraikanlah sekarang...harharhar (saje je ketawa...)
"Setiap anak dilahirkan cemerlang. Didikan, asuhan dan persekitaran yang merosakkan mereka"
"Ibu bapa cemerlang mengenali anak mereka dengan mendalam."
 Nota kaki tanganku: So kenali anak anda sebelum orang lain mengenalinya...

Monday, July 12, 2010

Di sebalik Mee goreng segera.

Echa makan mee je kat sini? ngee..ngee..ngee
Berselera tak? Inilah mee goreng yang dimakan Echa di rumah emak...Hari Sabtu aritu tu, dia siap jadi eskot uchu ct & mak pi Tesco, pastu lepak2 umah emak. Inilah budak bertuah yang tidak mempedulikan ibu bapanya hehehe...asalkan dapat jalan2 cukup utk dia mengikut sesiapa je sesuka hati..mungkin pada waktu ini mereka lapar...tu yang menjadikan mee goreng ini sebagai hidangan..Echa makan mee ni ngan sebiji telur rebus (telur tu dia dh ngap dulu...)
Tukang masak profesional di bawah siap buat aksi nak menyuapkan mee kat anak sedara...dgn mulut2 terbuka luas. Tengoklah di sebalik mee goreng segera ni hanya ada sayur taugeh je...letaklah udang sket ke, sotong ke, sayur sawi ke bagi benda mee goreng tu nampak educated sket..Aku rasa ramai yg dah tahu bagaimana cara nak memasak mee goreng ini, so takyah ler elobrate panjang lebar. Ermm..sesekali pekena mee goreng segera ni sedap jugak, tengoklah gaya si Echa makan...cam selera je, sesekali dpt...yum!yum!yum!lah dia..Kalau En. Wan pulak, kurang selera ngan benda2 cmni..dia kata boleh bwk ke demam. Ye ke? Tapi tak salah kalau mkn sekali sekala, jgn selalu...
P/s: Kalau nak ikut sunnah, lagi baik makan di dulang dan makan secara berjemaah..emmm..pasti menyelerakan....

Berakhir sudah piala dunia...

N3 ni ditulis hanya untuk membuat kesimpulan peribadi yg hanya berlaku di dalam rumah penulis shj...
tiada kaitan dgn org lain...

Apa yg aku suka sepanjang Piala Dunia..
  • Suamiku tiba2 menjadi rajin menulis...bukan tulis apa tp tulis skor selepas setiap perlawanan.
  • Bertambah rajin membasuh baju2 di rumah menyebabkan aku tak menang tangan melipat baju..
  • Rajin mengeratkan silaturrahim melalui telefon (sanggup menelefon kawan semata2 nak tanya result game bola yg dia terlepas)...padahal nk tanya aku sihatpun dia mls...
  • Mempraktikkan tidur awal untuk berjaga pada pukul 2:00 pagi ( Suka jd burung hantu...)
  • Hari ni suka sgt...sbb suamiku sanggup menjaga 2 org ank sebelum pi keje (Jgn ditinggalkan tidur sudahlah)
Tidak suka!
  • Sanggup membaca berulangkali surat khabar yg berkaitan bola
  • Sanggup melihat tayangan ulangan bola dari cerita lain..
  • Rumput rumahku semakin panjang akibat Piala Dunia ini dgn daun2 kering yg tak bersapu...huhuhu
  • Ambilkan serai depan rumahpun dh tak sanggup beb...:P.( Lebih rela tak ltk serai dlm mskn)
  • Anak2ku membuat rumahnya seperti padang bola (kalau pecah kabinet kaca, taulah nk cari siapa..)
  • Tak suka kalau suamiku bangun semata2 bola, buat solat hajat ke, tahajud ke...sejuk hati bini...
  • Dan yg paling tak suka aku t'paksa menunaikan janjiku coz Spain juara (Ni pengikut si Sotong Kurita Paul...hehehe). Kpd Mak Lang..tunaikan janji2mu...hehehe
Nota kaki tanganku: Daripada tulis skor bola, lebih baik kita check kemajuan bacaan iqra' ank...

Friday, July 9, 2010

Kenapa suamiku beli kompas?

Dah hampir 3 tahun kami duduk rumah ni, tapi kenapa tetiba je suamiku beli kompas? Alamak...rupanya kami dh tersalah arah kiblat..Itulah akibatnya hanya percaya ckp org sahaja..Lain kali kena ikhtiar sendiri memastikan arah kiblat yg betul. Bagaimana dgn solat kami dan org2 yg solat di rumah? minta maaf banyak2, kamipun t'salah. Nak buat camne dh mmg tersalah...Selamat suamiku beli kompas, kiranya dia ada inisiatif utk lebih ke arah keagamaan...
Inilah kompas yg dibeli oleh suamiku yg menjadi rebutan anak2ku..Diorang ingat p'mainan ke apa? semua benda nak dicuba lebih2 lg si Echa..Takpelah semangat inquiri anak2 mama memang tgh b'kobar2. Daripada kompas ini jugalah aku mula belajar bagaimana nak tentukan arah kiblat, itupun tengok manual dalam dia...
Kenapa kita mesti mengetahui arah kiblat?
Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap ke arah Kiblat. Ha...kesimpulannya memanglah pentingkan?
Tengoklah aku punya rajin...kat bilik anak2 siap tampal arah kiblat lagi..yelah kita org muslim kenalah ada tanda arah kiblat tu..sticker tu aku beli di kedai hardware dgn harga seunit = RM2.90 kot...dah lupa lah...Dah salah camni t'paksa naik tangga lg sekali memanjat utk membetulkan arah kiblat yg sebenarnya bukan ke kiri tp ke kanan sikit..Jadi kenalah cepat2 betulkan k...jangan nak harapkan suami aku yg buat...tempah harini, sebulan baru siap..ekekeke..sorry abg,..mengutuk sket!

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, 
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan
masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"