Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus latihan kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini (Utusan Malaysia muka 7). Sebelum ini, ESQ dikatakan ajaran sesat! tapi masalahnya Wilayah Persekutuan je yg kata sesat..Sebenarnya nak cerita bahawasanya Suamiku merupakan salah seorang Alumni kursus ni..wink!wink!wink!. Kiranya pengikut Dr. Ary Gunanjar.
Inilah sijil yang suamiku dapat sewaktu mengikuti kursus ni pada tahun 2009. Ejaan nama tu salah..typing error tapi orangnya sama. Dia baru pergi untuk basic training je...yang lain2 belum pergi lagi coz melibatkan kos..hehehe.
Tapi buat pengetahuan korang, selepas dia pergi kursus ni, totally dia berubah jadi baik! Seminggu tu memang konfem baik, siap ada pasang niat nak hantar isteri dia pergi kursus ni. Kalau tengok tv9 rancangan Halaqah sentuhan Qalbu, itu antaranya isi kandungan dalam kursus ESQ (makluman dari suamiku), aku rasa tak nampaklah pulak kesesatan ajaran dia tapi siapalah aku yang nak menilai isi kandungan kursus ni lebih2 lagi melibatkan soal keagamaan.
Nampak tak ada nombor 165 kat situ yang bermaksud 1untuk Ihsan, 6 untuk rukun Iman dan 5 untuk rukun Islam. Rasanya kalau nak pergi kenalah sediakan duit..terutamanya buat Sir Rujhan yang ada pasang niat nak pergi kursus ni. Duit boleh dicari tapi masalahnya nak cari tulah yang susah (ngee..ngee..ngee.alasanler tu)...Aku rasa kursus ni bagus untuk diri sendiri, yelah...manusia ni mcm bateri jugak yang perlu recharge. Cuba kita bayangkan bateri hanset yang tidak dicharge, kan jd "kong", begitu juga manusia yang sentiasa ada sifat alpa, yang sentiasa kena ingatkan berulang kali termasuklah diri aku sendiri.
Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar
hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.
Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.
Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya.
( Hamka ).
1 comment:
But the thing is, The Fatwa Council for the Federal Territory of Kuala Lumpur have made statement to ban this programme on a few reasons based on the doctrin. I don't knw... Though much thought on this programme might help people to change, then it's the one's choice to make the decision. Need more 'kajian tindakan' then I may enroll or join it. What' your comment?
Post a Comment