KLIK DI SINI!

Tuesday, July 27, 2010

Aku part time di Jabatan Agama Islam...

Hari tu aku masuk ke kelas mengajar seperti biasa,aku rasa aku baru buat kesimpulan tentang eksperimen yang mereka buat pada hari Jumaat di makmal sains, sebelum aku masuk bab constellation di bawah Theme:Investigating the Earth and Universe...Okey..based on your observation, we can conclude the properties of acidic, alkaline and neutral substances in terms of colour changes of litmus paper. We use red and blue litmus paper to test whether its acidic, alkaline or neutral...How many colour of litmus paper?two...What is it..pastu adaler insan buat lawak ckp 'yellow' tu takpe lagi aku masih boleh terima coz aku bkan jenis cikgu panas baran...pastu aku terangkan lagi...if blue litmus paper turns to red,what the properties of substances??? acidic...Good!bla...bla...pot...pet...pot..pet...aku tegur bila budak tak beri perhatian..sok...sek..sok...sek...tetiba ada murid campak buku kat kawan dia, aku tak suka bila aku tengah terangkan sesuatu ilmu, murid buat benda lain...aku rasa tercabar...selama ni aku tak pernah nak kisah buku apa yang dia campak, tapi aku rasa terpanggil pergi ke budak tu...awak pas apa tu?buku...dah takde adab ke nak bagi elok2...dengan muka toyer bagi jawapan yang aku rasa selamba...
Memang betullah, bila dah di alam pekerjaan, kita lebih banyak bermain dengan Emotional iaitu bagaimana mengawal emosi...aku rasa lebih senang bekerja dengan IQ dari EQ!
Ntah camne, cam ada satu kuasa dan magnet suh aku tengok ada apa dalam buku tu...Astagfirullah...darah aku bagai naik atas kepala!automatik daripada aku speaking london, aku terus bertukar menjadi seorang ustazah ataupun penceramah bebas...Aku jadi kisah sangat..sebab murid ni guru kelas dia adalah aku. Dah banyak sangat dengar komplen dari cikgu2 lain pasal kebaikan mereka..walaupun mereka bukan anak kandung, tapi hati sakit woo dengar aduan!
Inilah gambo yang mereka lukis, betul tak aku cakap budak lelaki suka menterjemahkan dalam bentuk lukisan...Dah jadi cam Jabatan Agama Islam versi lain plak, dia uruskan orang kena tangkap khalwat, aku plak tangkap budak tulis/lukis benda tak senonoh..Hanya Tuhan saja yg tau perasaan aku waktu tu...
Patutlah, selama ni apa yang cikgu ajar tak masuk dalam kepala otak..rupa2nya dah banyak sangat noda hitam kat dalam diri awak yang menyebabkan ilmu tu tak berkat...camne awak nak pandai, kalau setakat nak pi sekolah buat benda ni, kurang ajar ngan cikgu2....dan pot..pet..pot...pet! takleh nak elobrate lebih2 coz aku dah tak ingat ceramah apa aku bagi tapi cukup membuatkan suhu badan aku naik hingga takat didih! tak pasal2 murid lain pun kena bebel...yelah, dah naik satu kapal, nak tak nak kenalah terima...bak kata pepatah kerana setitik nila, rosak susu sebelanga!
So, aku rasa tak salah kalau aku inform ngan penjaga mereka, apa yang anak diorang buat kat sekolah.. yang silap2 guru plak disalahkan. Daripada benda ni berlarutan lebih baik dicegah! bukan aku nak sakitkan hati mereka tapi dek kerana sayangkan pewaris negara ni, lebih baik sakit sekarang daripada kemudian hari...
Tak tahu nak salahkan siapa? memandangkan trend sekarang parents asyik cari kesalahan guru je tapi tak pernah pikir kesalahan sendiri, tak pernah nak pantau perkembangan anak2, tupun masih nak salahkan guru??asyik jaga guru tu tido, guru tu baca surat khabar, guru tu tak mengajo...kan suruh diorang pasang CCTV tengok plak anak dia bermain dalam kelas, tak bawak buku, tak buat homework...kan ckp detailkan marah plak...Siapapun kita, percayalah dengan seorang guru...Guru bekerja dengan Nawaitu yang baik, Niat guru suci untuk mendidik anak bangsa, jangan sampai niat ini dikotorkan dan guru tawar hati nak melahirkan modal insan gemilang...Aku bukan jenis yang buat kerja kerana seseorang, aku bekerja kerana ada amanah yang berat aku pikul, nawaitu kerana Allah s.w.t.

P/s: Aku harap, aku dapat menguruskan emosi dengan lebih baik...
      so,belajarlah menguruskan emosi (EQ), supaya menjadi pekerja dan ketua yang hebat!

Friday, July 23, 2010

Food steamer

Perasmian food steamer baru...Memandangkan rumahku takde periuk pengukus, itu yang membuatkan aku teruja nak memilikinya. Tetiba2 cam nak beli plak food steamer ni coz nampak simple & cute, pastu food steamer ni dibuat dari plastik so cam ala2 tupperware lps msk bleh terus bwk bekal pi keje..tapi aku belum praktikkan lagilah...Food steamer ni exclusive hanya dikeluarkan oleh Amway..

 
         Inilah dia kotak food steamer yang baru dibeli, sehari jugak dok dlm bonet keta tak kuarkan..

Tengoklah food steamer kat bawah tu yg tengah berwap2, gambo ni aku amik masa tgh masak pau inti pandan dan kari..Oleh kerana hari tu asbenku menggoreng mee dan terpedas sket utk ank2, so terpaksalah ank2 diberi makanan alternatif lain, iaitu pau kari dan pandan. Nanti bagi makan mee berapi, takut mereka sakit perut plak!


Fokus pada food steamer je, takleh amik gambar dapur lebih2 coz tengah bersepah, lgpun kabinet dapur belum buat lagi! Tunggu peruntukan dari suami tak approve2..

hmmm...habis Kimi baca doa makan je, terus mereka mencapai pau, tak sabar2 mereka nak merasa pau cap Ahmad ni..
 
Tengoklah anak2 yang tak sabar nak makan pau yang baru keluar dari food steamer ni..cam lapar je..biasalah anak lelaki makan kuat sikit! Meja study kimipun bleh jadi meja makan akibat asyik nk tengok tv je..tu yg plan ngan suami nak potong channel cartoon, patutkah kami buat begitu?

hah...ni tangan sapa ni??? sapa yang lapar ni? Memang mereka makan betul2 sampai buncit perut masing2!
Mama dan ayah dia makan mee goreng berapi air tangan suamiku..dia memang terrer bab menggoreng mee coz bini dia selalu je failed!
Sebenarnya nak upload video cth2 memasak guna food steamer ni tp payah sangat..kalau nk tengok bleh tengok kt http://www.amway2u.com.my

 
     Features:
  • 3-tier electric food steamer
  • Clip-on handles secure trays and make it possible to transport the food to other venues or for outings
  • 60 minutes timer with light and water level indicators
  • Comes with rice steaming tray for cooking rice and various marinated food stuffs
  • Includes auto-safe boil dry protection – automatically switches off to avoid overheating
 So, sapa2 yg suka jg kesihatan makan makanan yg berkukus ni, blehlah beli kt Amway ngan harga RM99.
Nota kaki tanganku: Manusia perlukan makanan untuk hidup bukan hidup untuk makan!

Thursday, July 22, 2010

Transformasi sofaku...

                             Aku mengupdate sofaku, Gambar kat atas adalah sofa sebelum ditransformasi. Memang dah lama aku buat impian nak menyarung baju kat sofaku iaitu buat slipcovers tapi paham2ler harga dia mmg mahal. Itulah yang menjadi tentangan hebat suamiku. Sebenarnya aku dah panggil orang buat pengukuran dan sebut harga tapi lepas dia balik je, suamiku membebel, dia kata lebih baik aku beli je sofa baru...aduss...walaupun aku degil tapi aku tetap akur ngan pendapatan pendapat dia, aku terpaksa cancelkan.
                            Tapi ntah cmne, agaknya Tuhan tu nak mengabulkan juga impian aku, selang berapa hari, jumpa plak kedai sofa berhampiran rumah mak, suruh dia dtg buat sebut harga..aku tengok banyak jugak perbezaan harga, terus aku call suami ckp nk buat, dpt je greenlight, haritu juga dia bwk sofa kt umh aku utk buat slipcover n kusyen. Harga keseluruhan RM1080, aku rasa masih murah kot berbanding kedai lain amik dlm 1600 utk slipcovers je tanpa kusyen. Silap2, inilah kali pertama dan kali terakhir aku buat slipcovers memandangkan kosnya yang tinggi. 16.6.2010, rumah aku lengang tanpa sofa, itu yg membuat ank2 bermaharajalela main bola bersama ayahnya.
                           Semalam sofaku siap ditransformasi, tapi aku tak ltk gambar coz nk surprise hari raya..ekekeke. Aku nak pilih konsep hitam putih plak tuk deko raya tahun ni. Alang2 dah tukar warna sofa, meja kopipun kena tukarlah... lagipun meja tu dah senget akibat anak2ku gunakannya utk melompat!. Kalau tengok langsir kat atas tu dah setahun aku tak tukar, padahal rumah emak hampir 10 kali dah tukar! alasan aku, itulah fungsi langsir, guna setahun sekali. Tukarpun setahun sekali. Lagipun takde siapa nak tolong gantungkan langsir tu, orang tolong sepahkan adalah, baru keluarkan langsir je adalah insan yang dah berkubang kat situ... lainlah kalau aku memang suri rumah, mungkin langsir tu selalu bertukar...wink!wink!wink! Sebenarnya raya tahun ni cam taknak beria sgt coz memandangkan banyak benda yang belum settle kt umah tu, tp pk2, baik buat dulu apa yang nak dibuat..
Nota kaki tanganku: Membazir itu amalan syaitan...

Monday, July 19, 2010

Menghadiri 'warming house' rumah sepupuku.

Hari Sabtu malam Ahad haritu, kami sekeluarga menghadiri kenduri memasuki rumah baru sepupuku Noor halilah binti Hassan. Ini rumah keduanya. Dia beli rumah ni atas tangan orang. Emm..nampak besar gaklah rumah dia! tapi kalau aku, lg prefer carik rumah baru dari beli atas tangan orang. ikut suka masing2lah coz itu citarasa masing2!

Sewaktu kenduri ni berlangsung, Kimi & Echalah budak paling havoc yg tak geti dok diam. Gembira kot jumpa ramai kawan...padahal tak kenalpun, yang dia kenal cuma 2 pupunyer je...sikit2 nk berlari keluar ke jln raya...jenuh pak sedara & ayah dia mengawal budak2 ni! Nak baca doapun dah tak concentrate akibat menjaga diorang ni! Yang kelakarnya sewaktu bermula orang menghidang makanan, si Echa jerit kuat2.."Nak makan udang!, Nak makan udang!, Nak makan udang!" budak ni memang pantang nampak lauk udang..coz itu makanan favourite nyer..Kalau bapak2 sedara yg tak biasa ngan anak aku, mesti diorang kata anak2 aku nakal. Maaflah kalau diorang tak suka, dah namamya pun budak kecik...

Tak sempat nak snap gambar banyak2 coz lepas makan je aku tolong orang kt dapur menjadi tukang cuci pinggan. Itupun Pak chu dia sgt prihatin menjaga si kecik tu..dh bleh kahwin tu, suamikupun lebih sanggup membiarkan anak ada bersamaku, padahal aku dalam kepayahan nak makan nasi!
Apa2pun tahniah atas rumah baru, semoga semuanya berjalan lancar, lepas ni kami nak tunggu pula mama Tati buat warming house utk rumah dia...
P/s : Dimanapun rumah kita, jadikanlah ia 'rumahku syurgaku'.






Friday, July 16, 2010

Panas dan sejuk!

Semalam balik dr kerja tetiba je highway Pasir Gudang jem...
Aku tak suka bila keadaan camni..
Panas rasa hati..
Ingat ada accident ke apa..
rupanya pekerja tengah tar jalan,
Aku rasa, adalah dalam seminggu tu 3 kali dia tar jalan...yang aku pelik baru tar dah berlubang balik,
aku rasa diorang ni guna grade tar yang paling low kot! Dah namanyapun Highway Pasir Gudang, kena fikirlah bapak2 lorry lalu kat cnie, apsal nak menyusahkan diri tar banyak kali dan sekaligus menyusahkan orang lain...tarnya sikit je...jemnya memanjang yg kadang2 sampai area larkin...diorang ni kena guna grade paling baik utk jalanraya cmni! Lori yg besar2 nipun tak fhm bahasa, main selit je, termasuklah pemandu teksi yg kebanyakannya main masuk je...Aku ni kira pemandu berhemahlah...hehehe
Daripada orang balik awal jadilah lambat. inilah membuatkan anak2ku menanti kepulangan mama dia di pintu pagar..krn setiap kali ku balik mesti diorang dh menjerit di pintu grill sliding door rumah mak memanggil "mama"...mesti diorang gembira bila aku balikkan?

Daripada kepenatan mengharungi jem tadi,
sampai je rumah emak, kulihat Kimi buat homework sambil dibantu oleh emakku..sejuk sikit hatiku!Tengoklah dia tak pakai baju, budak ni pantang panas sikit, kipas mesti ada atas bawah..
Yang pakai baju hijau tulah tok guru kimi iaitu emakku..Kadang2 Kimi ni buat tak dengar je bila nenek dia ajar, dia ingat nenek dia tak pi sekolah ke? Dia tak tau yang nenek dia bekas Guru besar...
Hasilnya kami berenam menjadi insan yang berguna...cewah!
Maaflah, bukan aku sengaja tak amik penuh gambar emakku tp dia tak bagi aku masukkan gambar dia sewaktu aku snap gbr ni...Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada emakku coz membantu memantau anak2 aku yang semakin hari semakin aktif, termasuk baby Hasif yang telah berjaya mengoyakkan wallpaper di dinding rumah mak! Pengorbanan emak tak terbalas...
Cucu2 emak sentiasa ingat kt nenek dia..
bak kata pepatah...bila jumpa selalu rasa benci, tp bila tak jumpa rindu plak...
1 hari tak jumpa anak2ku pasti rasa rindu...

worait ni ada science fact: matters expand when heated and contract when cooled...
p/s: Aku beruntung masih ada seorang insan yang istimewa bergelar emak...