KLIK DI SINI!

Friday, July 16, 2010

Panas dan sejuk!

Semalam balik dr kerja tetiba je highway Pasir Gudang jem...
Aku tak suka bila keadaan camni..
Panas rasa hati..
Ingat ada accident ke apa..
rupanya pekerja tengah tar jalan,
Aku rasa, adalah dalam seminggu tu 3 kali dia tar jalan...yang aku pelik baru tar dah berlubang balik,
aku rasa diorang ni guna grade tar yang paling low kot! Dah namanyapun Highway Pasir Gudang, kena fikirlah bapak2 lorry lalu kat cnie, apsal nak menyusahkan diri tar banyak kali dan sekaligus menyusahkan orang lain...tarnya sikit je...jemnya memanjang yg kadang2 sampai area larkin...diorang ni kena guna grade paling baik utk jalanraya cmni! Lori yg besar2 nipun tak fhm bahasa, main selit je, termasuklah pemandu teksi yg kebanyakannya main masuk je...Aku ni kira pemandu berhemahlah...hehehe
Daripada orang balik awal jadilah lambat. inilah membuatkan anak2ku menanti kepulangan mama dia di pintu pagar..krn setiap kali ku balik mesti diorang dh menjerit di pintu grill sliding door rumah mak memanggil "mama"...mesti diorang gembira bila aku balikkan?

Daripada kepenatan mengharungi jem tadi,
sampai je rumah emak, kulihat Kimi buat homework sambil dibantu oleh emakku..sejuk sikit hatiku!Tengoklah dia tak pakai baju, budak ni pantang panas sikit, kipas mesti ada atas bawah..
Yang pakai baju hijau tulah tok guru kimi iaitu emakku..Kadang2 Kimi ni buat tak dengar je bila nenek dia ajar, dia ingat nenek dia tak pi sekolah ke? Dia tak tau yang nenek dia bekas Guru besar...
Hasilnya kami berenam menjadi insan yang berguna...cewah!
Maaflah, bukan aku sengaja tak amik penuh gambar emakku tp dia tak bagi aku masukkan gambar dia sewaktu aku snap gbr ni...Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada emakku coz membantu memantau anak2 aku yang semakin hari semakin aktif, termasuk baby Hasif yang telah berjaya mengoyakkan wallpaper di dinding rumah mak! Pengorbanan emak tak terbalas...
Cucu2 emak sentiasa ingat kt nenek dia..
bak kata pepatah...bila jumpa selalu rasa benci, tp bila tak jumpa rindu plak...
1 hari tak jumpa anak2ku pasti rasa rindu...

worait ni ada science fact: matters expand when heated and contract when cooled...
p/s: Aku beruntung masih ada seorang insan yang istimewa bergelar emak...

1 comment:

AiE bAhRi said...

O..ptt la wall paper dh koyak kat umah tu... boleh claim ni..hahahaha