KLIK DI SINI!

Tuesday, February 8, 2011

Kenduri kesyukuran di rumah mak

Kenduri ini diadakan untuk majlis kesyukuran untuk bakal baby mama tati yang kedua. Majlis dibuat selepas solat zohor pada hari Khamis 4/2/2011 untuk kaum wanita sahaja. Aku seperti biasa datang pada pukul 12:00 tengahari selepas menguruskan rumah, anak2 dan menggoreng samosa untuk di bawa ke rumah emak. Bukan taknak pegi awal2, almaklumlah hero2ku bila dh datang boleh haru biru jadinya.l agipun suamiku bekerja seperti biasa. Datang lewatpun Amzar dah kena sudip panas, gara2 mamanya nak buat air dan meletakkan dia berhampiran orang yang sedang menggoreng popiah. Tak pasal2 ada cop kat pipi, tulah baru nak tunjuk rajin anak dah kena cop..terpaksalah tunjuk malas…hehehe. Pastu ada plak menuduhku membiarkan anak, takde orang yang sanggup menjadikan anak mangsa..lagi2 aku yg penyayang ni...hikhikhik!
 Kesian anak mama, jatuh dah saham 10%, semoga parut kt pipi tu tak berbekas!

Selepas majlis abis, aku tunjuk rajin lagi sekali mencuci pinggan, ha tak pasal2 hero2ku datang menolong, diapun nak tolong membilas pinggan mangkuk…betul tak aku cakap aku tak boleh tunjuk rajin, sebab ada pengikut setia..nanti tunjuk malas orang kata aku malas buat kerja, tapi kesimpulannya tunjukjer kemalasan kalau dah terpaksa…kehkehkeh! Bukan apa, basuh sume pinggan kaca takut berderai jadinya, tak dapat den nak tolong...
 Wah...beriya2 Amsyar membilas pinggan, mentang2 baru potong rambut.
Apa2pun didoakan semoga mama tati selamat melahirkan anak kedua yang lama dinanti2kan..buat ajiq yang rusuk kanannya ada kat kimi, kembang hidung Kimi, bila kena marah je ada orang baking, ayat yang paling fames digunakan,’goyak ah molek-molek’…amboi. Pantang orang semua meninggikan suara kat buah hati dia…kimi cakappun dia sayang kt ajiq kesian echa terpaksa disisihkan, semoga kasih sayang kalian berkekalan…jap lagi ajiq nak dapat adik yg khabarnya lelaki juga…selamatlah bergasak semua hero bila jumpa…
P/s: Dengar cite mama tati tensen coz takleh langsung marah kimi, ajiq syg beno kt abg die…

Monday, February 7, 2011

Selamat pengantin baru!

Kami menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu suami sebelah perempuan pada 30/1/2011 bertemakan warna yang aku minat iaitu merah putih. Pada asalnya kami bercadang tidor di rumah Cik Sarah atau Pok de tapi memikirkan anak2 yg agak lasak kami bercadang berpatah balik ke Jb lagipun jarak ke kota tinggi tidak begitu jauh, lebih selesa rasanya beradu di rumah sendiri. Malangnya pada keesokan harinya untuk majlis sebelah lelaki kami terkandas di tengah jalan akibat hujan lebat dan ada beberapa tempat mengalami banjir, suami terpaksa berpatah balik ke rumah..kami berangkat semula ke sana pada sebelah petang, malangnya setibanya kami majlis telahpun selesai, rasa ralat sikit sebab tak dapat mengikuti majlis sepenuhnya, sib baik semalam dah menjengah gak sekejap ke dewan melihat persiapan dewan yg bertemakan hitam putih…takpelah yang penting semuanya selamat dan berjalan lancar… Selamat pengantin baru diucapkan kepada sepupu suami iaitu Syafrie dan pasangannya Syazana. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat..

P/s: Simpati nasib pengantin yang bersanding dalam keadaan banjir..

Tuesday, January 25, 2011

Happy birthday Kimi! (29.12.2011)

Happy birthday Kimi! entry yg dh berlapuk tapi ttp mama buat...
kimi baru masuk 5 tahun sedangkan kawan2 yg lain dh lama menyambut birthday...
Kesian kimi...kimi ajak buat umah emak, kawan2 ramai sket tp mama nk save budget & time..apa2pun anak2ku mmg happy bila time celebrate birthday x kiralah tu birthday sape..terima kasih kpd emak dan adik2ku, terutamanya uchu et yg bertungkus lumus buat kek coklat n beli kfc..
Semoga kimi menjadi anak yang baik, soleh, mengikut kata, panjang umur dan murah rezeki....





Wednesday, January 12, 2011

Selamat Pengantin Baru Rujhan & Aida (18.12.2010),

N3 yang dah terlambat sgt2...Selamat Pengantin baru Uncle Rujhan! Buat sahabat seperjuangan...terima kasih atas segala-galanya, kami nyenyak tido di homestay yang ditaja khas olehmu...Habis tilam empuk di homestay dikencingkan oleh amsyar sbyk 3 round huarhuarhuar...Hari tgh hujan, bukak aircond plak tu...mana tak banjir...


Pengantin dah salin baju selepas sesi bergambar di dalam bilik.


Perjalanan dari Jb ke Terengganu ditemani dgn hujan...kami terpaksa bergerak perlahan, akhirnya pukul 1 pagi sampai. Terima kasih Rujhan coz setia menunggu! Buat pengetahuanmu, inilah first time aku baru tahu ada homestay dan inilah kali pertama aku tidur di homestay. Kadang2 terpikir gak...if budak remaja yg 'nakal' sket tak mustahillah bleh lepak kt sini?hushhushhush...
Inilah kanak2 yg gembira bila dapat melihat lembu secara dekat...

Anak2ku dpt 2 tilam empuk yg bsr, suka sgt dia...siap bermain2 dulu b4 tdo...melompat-lompat di atas katil dgn gembira sgt, maybe dh banyak sgt tdo sepanjang perjalanan ke Terengganu! letih gak nak tunggu mereka tdo, siap makan maggi lagi di pagi buta!
Suami dan anak2 di perkarangan rumah Rujhan




Selepas menghadiri majlis perkahwinan, sempatlah kami pi Tamadun Islam round2 bersama k.nazifah, k.zu & adiknya, pastu ke pasar payang dan pergi ke rumah Zura. Bilalah dapat berjumpa dgn Zura lagi...
selepas lepak di rumah zura, kami meneruskan perjalanan ke JB...tengok suami letih je coz dia drive sorang diri. Kami singgah di rumah ude (mersing) untuk bermalam sehari...tak tertunai hajat Kimi ajak tdo kt hotel...suka betul tdo kt hotel yg tilam empuk2 tu...
Akhirnya kami selamat sampai ke rumah pada keesokan harinya.

Buat Ahmad Rujhan dan Aida, kami sekeluarga mendoakan
semoga masjid yang dibina kekal ke akhir hayat. Selamat menempuh alam rumahtangga. Semoga cepat meramaikan umat Nabi Muhammad. Terima kasih atas layanan kalian...Jangan lupa kami yang jauh di mata....






Monday, November 29, 2010

Ke pusara ayahanda kami

N3 yg tertunggak...Pada 17/11/2010 haritu kami sekeluarga ke pusara ayahanda tercinta.
Membawa anak2 mengenal adab2 ke kubur dan memberitahu makam arwah atoknya..
Beginilah kebiasaan kami bila tiba hari2 kebesaran...
kalau si abang (kimi) memang banyak bertanya hal2 kematian dan kubur, tapi berbeza pulak ngan si angah..
mungkin belum sampai peringkat umurnya lagi. Suka tengok Kimi bila dia faham apabila sampai ke tanah perkuburan, sopan je...siap marah adik dia dan berlagak bagai seorang abang sulung. memang dia sulungpun...
Along Kimi sedang memarahi Echa supaya duduk diam dan bersopan
 Tengoklah Echa, dia tak bleh dok diam walau sesaat...mungkin dia belum faham
 Dia siap jalan2 kat kubur tu, walhal kami belum siap membacakan surah Yassin. Nak tau apa jadi pada budak kecik ni...Selipar dia tersekat kt lumpur dan tak boleh bergerak...sib baik dia tak masuk kt lubang yg baru dikorek..
Tengah baca doa, mata Along Kimi terus mengekori ke mana adiknya pegi...sempat lagi memaksa aku menolong Echa yang tersekat kt lumpur...tulah nilah balasannya, bila tak geti dok diam!


Gambar di bawah sewaktu melawat pusara arwah ayahanda asben. Ini baru pertama kali anak2 ni di bawa..
Suami kehilangan ayahnya sewaktu berumur 5 tahun, aku kiranya masih beruntung kerana sempat memiliki kasih sayang seorang ayah...
 Ada kapur di muka kimi akibat gigitan nyamuk! Asbenku mmg rajin letak kapur ni bila anak2nya ada kesan merah..
 Tengoklah Amsyar...dia masih tak boleh dok diam,walau melawat kubur manapun...
Semoga anak2ku menjadi semakin faham bila mereka semakin besar...

AL-FATIHAH
buat
Allahyarham
Ayahanda Hj. Maskur bin Atmom
Ayahanda Jailani bin Ismail
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg solleh
Amin.