KLIK DI SINI!

Saturday, October 29, 2011

Rumah baru Mama Tati

   Pada cuti Deepavali tahun ini, kami telah pergi ke rumah Mama Tati di Tanah Merah,Kelantan dengan menaiki keretapi. oleh kerana anak2 exited nak naik keretapi, ku gagahkan jua pergi walaupun perutku sarat...
Memikirkan takde masa yang lebih sesuai untuk sampai ke sana, inilah masanya untuk kubawa mereka merasa dan menikmati keadaan dalam keretapi..sekurang-kurangnya taklah terlalu boring dengan cuti seminggu ni...
Menunggu keretapi di stesen keretapi Kempas

Inilah rumah baru Mama Tati, puas anak2ku bermain bersama sepupunya ajiq keliling rumahnya...dah penat baru masuk dalam...kalau kat rumah sendiri jangan harap dapat main camni...sikit2 kena panggil masuk rumah.

Mari kita maninjau rumah di dalam...
Bahagian ruang tamu
sebelah ruang tamu

Tempat menonton tv, Amsyar menjadi model. Ruang dapur terlupa nak ambil.

Kami tiba di Kelantan pada pagi Isnin, sempat aku mengurut satu badan hingga dua kali dek kerana di JB susah nak cari orang mengurut...
Kami balik ke JB pada hari Khamis malam Jumaat dgn menaiki keretapi.
Budak-budak ni kecoh dalam keretapi, selagi mereka tak tidur, riuhlah gerabak keretapi ni..
Emak yang menemankan kami pergi ke kelantan, oleh kerana ayah sibuk bekerja.


Kimi melaram dok di kantin keretapi dengan muka tak basuh.
Terima kasih kepada Abah Zul, Mama Tati, Ajiq & Baby Luqman kerana melayan kami dgn baik...
Kami tak taulah, bila lagi kami akan sampai ke sana...

3 comments:

aie bahri said...

wah..siap g canteen lagi. pakchu pon baru 1st time g cantee sepanjang naik ketapi.

jagoan said...

ingin juga bercuti menaiki keretapi barangkali lebih teruja daripada menaiki kapal terbang. oohh yeah!

riz said...

pakchu:sesekali kimi melaram di kantin sementara adik2 tgh tdo...
abudin:naik ah k/terbang...mak n ct nak ke surabaya, joinler