KLIK DI SINI!

Monday, July 19, 2010

Menghadiri 'warming house' rumah sepupuku.

Hari Sabtu malam Ahad haritu, kami sekeluarga menghadiri kenduri memasuki rumah baru sepupuku Noor halilah binti Hassan. Ini rumah keduanya. Dia beli rumah ni atas tangan orang. Emm..nampak besar gaklah rumah dia! tapi kalau aku, lg prefer carik rumah baru dari beli atas tangan orang. ikut suka masing2lah coz itu citarasa masing2!

Sewaktu kenduri ni berlangsung, Kimi & Echalah budak paling havoc yg tak geti dok diam. Gembira kot jumpa ramai kawan...padahal tak kenalpun, yang dia kenal cuma 2 pupunyer je...sikit2 nk berlari keluar ke jln raya...jenuh pak sedara & ayah dia mengawal budak2 ni! Nak baca doapun dah tak concentrate akibat menjaga diorang ni! Yang kelakarnya sewaktu bermula orang menghidang makanan, si Echa jerit kuat2.."Nak makan udang!, Nak makan udang!, Nak makan udang!" budak ni memang pantang nampak lauk udang..coz itu makanan favourite nyer..Kalau bapak2 sedara yg tak biasa ngan anak aku, mesti diorang kata anak2 aku nakal. Maaflah kalau diorang tak suka, dah namamya pun budak kecik...

Tak sempat nak snap gambar banyak2 coz lepas makan je aku tolong orang kt dapur menjadi tukang cuci pinggan. Itupun Pak chu dia sgt prihatin menjaga si kecik tu..dh bleh kahwin tu, suamikupun lebih sanggup membiarkan anak ada bersamaku, padahal aku dalam kepayahan nak makan nasi!
Apa2pun tahniah atas rumah baru, semoga semuanya berjalan lancar, lepas ni kami nak tunggu pula mama Tati buat warming house utk rumah dia...
P/s : Dimanapun rumah kita, jadikanlah ia 'rumahku syurgaku'.






Friday, July 16, 2010

Panas dan sejuk!

Semalam balik dr kerja tetiba je highway Pasir Gudang jem...
Aku tak suka bila keadaan camni..
Panas rasa hati..
Ingat ada accident ke apa..
rupanya pekerja tengah tar jalan,
Aku rasa, adalah dalam seminggu tu 3 kali dia tar jalan...yang aku pelik baru tar dah berlubang balik,
aku rasa diorang ni guna grade tar yang paling low kot! Dah namanyapun Highway Pasir Gudang, kena fikirlah bapak2 lorry lalu kat cnie, apsal nak menyusahkan diri tar banyak kali dan sekaligus menyusahkan orang lain...tarnya sikit je...jemnya memanjang yg kadang2 sampai area larkin...diorang ni kena guna grade paling baik utk jalanraya cmni! Lori yg besar2 nipun tak fhm bahasa, main selit je, termasuklah pemandu teksi yg kebanyakannya main masuk je...Aku ni kira pemandu berhemahlah...hehehe
Daripada orang balik awal jadilah lambat. inilah membuatkan anak2ku menanti kepulangan mama dia di pintu pagar..krn setiap kali ku balik mesti diorang dh menjerit di pintu grill sliding door rumah mak memanggil "mama"...mesti diorang gembira bila aku balikkan?

Daripada kepenatan mengharungi jem tadi,
sampai je rumah emak, kulihat Kimi buat homework sambil dibantu oleh emakku..sejuk sikit hatiku!Tengoklah dia tak pakai baju, budak ni pantang panas sikit, kipas mesti ada atas bawah..
Yang pakai baju hijau tulah tok guru kimi iaitu emakku..Kadang2 Kimi ni buat tak dengar je bila nenek dia ajar, dia ingat nenek dia tak pi sekolah ke? Dia tak tau yang nenek dia bekas Guru besar...
Hasilnya kami berenam menjadi insan yang berguna...cewah!
Maaflah, bukan aku sengaja tak amik penuh gambar emakku tp dia tak bagi aku masukkan gambar dia sewaktu aku snap gbr ni...Aku ucapkan jutaan terima kasih kepada emakku coz membantu memantau anak2 aku yang semakin hari semakin aktif, termasuk baby Hasif yang telah berjaya mengoyakkan wallpaper di dinding rumah mak! Pengorbanan emak tak terbalas...
Cucu2 emak sentiasa ingat kt nenek dia..
bak kata pepatah...bila jumpa selalu rasa benci, tp bila tak jumpa rindu plak...
1 hari tak jumpa anak2ku pasti rasa rindu...

worait ni ada science fact: matters expand when heated and contract when cooled...
p/s: Aku beruntung masih ada seorang insan yang istimewa bergelar emak...

Thursday, July 15, 2010

ESQ boleh dilaksana di Malaysia.

Muzakarah khas Jawatankuasa Fatwa majlis Kebangsaan bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan kursus latihan kepimpinan ESQ boleh dilaksanakan di negara ini (Utusan Malaysia muka 7). Sebelum ini, ESQ dikatakan ajaran sesat! tapi masalahnya Wilayah Persekutuan je yg kata sesat..Sebenarnya nak cerita bahawasanya Suamiku merupakan salah seorang Alumni kursus ni..wink!wink!wink!. Kiranya pengikut Dr. Ary Gunanjar.
Inilah sijil yang suamiku dapat sewaktu mengikuti kursus ni pada tahun 2009. Ejaan nama tu salah..typing error tapi orangnya sama. Dia baru pergi untuk basic training je...yang lain2 belum pergi lagi coz melibatkan kos..hehehe.
Tapi buat pengetahuan korang, selepas dia pergi kursus ni, totally dia berubah jadi baik! Seminggu tu memang konfem baik, siap ada pasang niat nak hantar isteri dia pergi kursus ni. Kalau tengok tv9 rancangan Halaqah sentuhan Qalbu, itu antaranya isi kandungan dalam kursus ESQ (makluman dari suamiku), aku rasa tak nampaklah pulak kesesatan ajaran dia tapi siapalah aku yang nak menilai isi kandungan kursus ni lebih2 lagi melibatkan soal keagamaan.

Nampak tak ada nombor 165 kat situ yang bermaksud 1untuk Ihsan, 6 untuk rukun Iman dan 5 untuk rukun Islam. Rasanya kalau nak pergi kenalah sediakan duit..terutamanya buat Sir Rujhan yang ada pasang niat nak pergi kursus ni. Duit boleh dicari tapi masalahnya nak cari tulah yang susah (ngee..ngee..ngee.alasanler tu)...Aku rasa kursus ni bagus untuk diri sendiri, yelah...manusia ni mcm bateri jugak yang perlu recharge. Cuba kita bayangkan bateri hanset yang tidak dicharge, kan jd "kong", begitu juga manusia yang sentiasa ada sifat alpa, yang sentiasa kena ingatkan berulang kali termasuklah diri aku sendiri.

Tujuan agama yang benar dan ilmu yang benar 
hanyalah satu iaitu menuju kebenaran yang mutlak.
Ilmu untuk mengetahui dan agama untuk merasai.
Ilmu untuk bendanya dan agama untuk jiwanya. 
( Hamka ).

Tuesday, July 13, 2010

Cari persamaan dan perbezaan!

Lukisan ini diterjemahkan oleh Ammar Hakimi dari tv ke bentuk lukisan.
Mungkin ini cara seorang budak lelaki berumur 5 tahun belajar.
Pada pandangan aku, Kimi banyak mentafsir maklumat melalui apa yang dia lihat...mungkin budak lelaki lebih banyak belajar melalui mata, sebab tu ramai lelaki mudah tertipu dengan kecantikan. Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, sebab tu kadang2 tengok budak lelaki tak study tp dia skor...
Tengoklah hasil lukisan seorang budak yang masih mentah dan bersih yang tidak memikir apa2 masalah yang besar lg. Nampak tak, ada gambar Ultraman, raksasa, kapal penyelamat siap ngan fire dia, bangunan2 dan pokok. Biarlah orang ckp lukisan Kimi tak cantik tp sebagai mama dia, aku tetap memuji kecantikan lukisan yang dihasilkan oleh Kimi. Apa reaksi dia? bila aku puji je, dia suka dan terus peluk aku...mungkin dihargai. Oleh itu, pujilah anak kita dengan pujian yg melambung2...hehehe. Ultraman ni kimi tengok kt channel 611 astro ceria yg Musashi (tak tau spelling betul ke tak?)jd Ultraman Cosmos tu  dan dia selalu berebut channel ngan mak (nenek Kimi). Suatu hari aku ingin memframekan lukisan yg dibuat olehnya bagi menghargai minatnya melukis, selepas itu bolehlah dia melihat karyanya sendiri...


Pssssttt...ini ada cerita hot! Semua maklumat peribadi dirahsiakan...
  Berbeza pula cerita tulisan di atas. Cuba baca betul2, budak ni tulis cerita tersebut berdasarkan pengalaman? fakta? bacaan?. Aku pun tak dapat meneka dengan keadaan sekarang, budak2 begitu terdedah ngan internet, yang boleh kita ibaratkan ilmu tanpa sempadan. Bayangkan budak sekolah rendah dah boleh mereka cerita seperti di atas.
Jika cerita tersebut benar siapa yang harus dipersalahkan?
  Orang yang paling hampir mestilah ibubapa. Adakah pelajar tersebut kurang kasih sayang? kurang perhatian? tiada pemantauan? tak mustahil jugak benda2 ni boleh berlaku kpd diri kita sendiri maksudnya anak2 kita. Adakah guru2 yg bersalah?...format karangan di atas adalah karangan berbentuk dialog yang diajar oleh guru subjek BM. Guru hanya mengajar format karangan yang betul tapi bukan mengajar benda yang tak senonoh. Perlu diingat, sekolah bukan pusat asuhan di mana ibubapa meletakkan 100% penjagaan/didikan kepada insan yang bergelar guru. Awal didikan kan bermula di rumah...

Ini sambungan cerita di atas.
Geli geleman plak aku rasa, sib baik dia tak cerita lebih panjang...Buat masa sekarang akupun tak tau nak buat apa ngan budak ni, tp aku dh serahkan perkara tersebut pada pihak tertentu. Itu saja cerita dariku...bolehkah anda mencari persamaan dan perbezaan??? Senaraikanlah sekarang...harharhar (saje je ketawa...)
"Setiap anak dilahirkan cemerlang. Didikan, asuhan dan persekitaran yang merosakkan mereka"
"Ibu bapa cemerlang mengenali anak mereka dengan mendalam."
 Nota kaki tanganku: So kenali anak anda sebelum orang lain mengenalinya...

Monday, July 12, 2010

Di sebalik Mee goreng segera.

Echa makan mee je kat sini? ngee..ngee..ngee
Berselera tak? Inilah mee goreng yang dimakan Echa di rumah emak...Hari Sabtu aritu tu, dia siap jadi eskot uchu ct & mak pi Tesco, pastu lepak2 umah emak. Inilah budak bertuah yang tidak mempedulikan ibu bapanya hehehe...asalkan dapat jalan2 cukup utk dia mengikut sesiapa je sesuka hati..mungkin pada waktu ini mereka lapar...tu yang menjadikan mee goreng ini sebagai hidangan..Echa makan mee ni ngan sebiji telur rebus (telur tu dia dh ngap dulu...)
Tukang masak profesional di bawah siap buat aksi nak menyuapkan mee kat anak sedara...dgn mulut2 terbuka luas. Tengoklah di sebalik mee goreng segera ni hanya ada sayur taugeh je...letaklah udang sket ke, sotong ke, sayur sawi ke bagi benda mee goreng tu nampak educated sket..Aku rasa ramai yg dah tahu bagaimana cara nak memasak mee goreng ini, so takyah ler elobrate panjang lebar. Ermm..sesekali pekena mee goreng segera ni sedap jugak, tengoklah gaya si Echa makan...cam selera je, sesekali dpt...yum!yum!yum!lah dia..Kalau En. Wan pulak, kurang selera ngan benda2 cmni..dia kata boleh bwk ke demam. Ye ke? Tapi tak salah kalau mkn sekali sekala, jgn selalu...
P/s: Kalau nak ikut sunnah, lagi baik makan di dulang dan makan secara berjemaah..emmm..pasti menyelerakan....