KLIK DI SINI!

Monday, May 31, 2010

Mama, nak kencing!

Hari ni genap 5 hari Amsyar Harith tak pakai pampers...Alhamdulillah dia semakin pandai menyesuaikan diri...cuma time buang air bsr perlu lebih training lagi....ketika ini, echa berusia 2 thn 3 bln.
Orang yang mula-mula melatih echa tak lain dan tak bukan bonda tersayang...Hehehe sebenarnya suamiku ada meluahkan hasrat hendak melatih echa bila dia kerja petang tapi nampaknya mak lebih advance dari kami...
Bila dah training camni rasa taklah terbeban beli pampers echa walaupun sbnrnya mama dh ready 2 bundle pampers utk echa, so sekarang ni echa hanya perlu pampers pada waktu malam shj...
Tahniah! echa dh satu langkah untuk menjadi lebih dewasa...







Inilah insan yang banyak membantu kerja-kerja pengurusan di rumah dan sentiasa sabar melayan anak-anak terutama kerenah echa. Bila suamiku kerja shift petang, dialah yang menjaga echa, jadi tak hairanlah echa lebih manja dengan ayah...walau pukul berapapun echa minta susu, ayah tetap sedia berkhidmat, ayahlah yang membersihkan echa bila buang air bsr/kecil...semoga satu hari Echa akan baca entry mama dan kamu akan jd ank yg soleh!
Terima kasih abang kerana banyak membantu kerja-kerja pengurusan rumah!