KLIK DI SINI!

Tuesday, September 21, 2010

UPSR 2010!

Apa yang dinanti tiba juga akhirnya...
Inilah sebahagian anak murid yang datang ke kelas tambahan untuk Kapsul Sains pada hari Ahad 19/9/2010..Aku terpaksa menggunakan microphone kerana sakit tekak..terima kasih kepada rakan2 yang datang mematuhi jadual kelas tambahan, jasa kalian hanya Allah shj membalas..
Sesi menjawab soalan
Inilah antara usaha yang dilakukan oleh Panitia Sains untuk anak2 murid. Sempat lagi aku berlawak ngan mereka..Cikgu sanggup tinggalkan suami dan anak2 di musim perayaan semata2 nak mengajar kamu...Tapi memang betulpun..suamiku telah menjadi sura rumah tangga, bila aku balik, dia terus tido keletihan...Terima kasih kerana fhm dgn tugasku!

Semoga kalian dapat mengaitkan, guna fakta sains ketika menjawab soalan Sains.
Pesananku:
1.baca soalan hingga habis
2.gariskan atau bulatkan kata kunci
3.kaitkan jawapan sains dengan topik dlm Tahun 1 hingga 6
4.guna kemahiran berfikir secara logik
5.cari wtc,wto dengan betul, kesilapan menentukan 2 variables ini menyebabkan kesalahan pada soalan aim, relationship, conclusion
6.jawab bahagian A, guna kaedah 3C

Semoga Allah permudahkan kalian menjawab soalan-soalan UPSR!


KEPUASAN TERLETAK PADA USAHA, BUKAN KEJAYAAN.

P/S : ILMU ADALAH KUASA

Meja kopi baru!

Akibat dari meja yang dah senget, aku terpaksa juga membeli coffee table yang baru..Punyeler explain ngan suami design yg cmne aku nak...ciri-ciri yang aku nak antaranya
1.bentuk segiempat sama
2.ada laci
3.atas: kaca
beberapa hari before Hari raya, asbenkupun ckp dia dh jumpa meja yang aku nak...ikut perancangan dia nak beli terus tapi ntah cmne dia nak ajk aku plak pi tengok...
Biasalah, bila dia dah ajak aku...aku plak bleh suggest ajak dia tengok dulu kedai perabot lain..memanglah tak dinafikan dia dah tahu test aku cmne, dan meja yg dia pegi tengok mmg aku suka sebenonya,tp gatal nak pi meround...mana tahu ada yg murahkan? dari utara,selatan,timur,barat aku redah..kebanyakan meja semuanya segiempat tepat...last2 kami kembali semula ke kedai perabot classicliving...dtg2 dh ada tag sold...
kami tetap order tp dpt antara hari Khamis..suamiku membebel, kalau terus beli kan bagus tadi takyah pnt2 cari tpt lain,selamat dah...biasalah,dh namanya pompuan!kalau tak kami dh dpt before raya...ala...takpelah dpt minggu dpn, lgpun kan beraya kt kg...
Tunggu punya tunggu...akhirnya meja tu sampai hari Sabtu, betul2 sebelum kwnku dtg beraya...hehehe kalau tak... gunalah meja study Kimi...
Sempat lagi aku menjahit runner utk mejaku ini...sbnrnya tak pandaipun nak jahit tp hentam saja..
mesin jahit comel nilah aku gunakan untuk menjahit. Berguna jugak mesin jahit ni utk menjahit seluar2 jeans anak yg koyak! Mesin jahit ni dibeli masa ada pameran Homedec di JB.
Langsir di rumah adalah sentuhan tangan aku, ibu mertuaku, mak lang...siap dalam 3 jam! Itupun bila aku bentang kain nak gunting, anak2ku dah baring atas kain! ikut perancangan nak htr pada tukang jahit yg selalu aku hantar...last2 jahitlah sendiri, lagipun jahit biasa je...
Ada dua runner  kat atas yg aku buat...satu atas meja study Kimi dan satu atas meja yang baru dibeli..Bermakna aku dah membuat penjimatan yang besar utk langsir..Kalau ada masa aku nak belajar menjahit langsir dgn sepupuku...

P/s: Perkara yang dapat dibuat dan diselesaikan dalam sehari jangan ditangguh sehingga esok.