KLIK DI SINI!

Thursday, November 22, 2012

DSV Tahun 2 : Membuat Corak dan Rekaan (Tiupan)


BIDANG : Membuat Corak dan Rekaan (Tiupan)
TEMA   : Alam semulajadi 
TAJUK  : Bingkai gambar


Aktiviti P&P

1.Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang corak tiupan.

2. Guru menunjuk cara teknik tiupan.

3. Murid menghasilkan hiasan bingkai gambar bercorak teknik tiupan.

4. Murid mempamerkan dan menceritakan hasil karya seni yang dihasilkan.


Penilaian P&P

1. Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat hiasan bingkai gambar bercorak
teknik tiupan berdasarkan empat standard kandungan.
 Ini bukan contoh tajuk untuk bingkai gambar, saya akan upload kemudian..

DSV Tahun 2 : Membuat corak dan Rekaan (Cetakan)


BIDANG : Membuat Corak & Rekaan (Cetakan)

TEMA   : Alam Semulajadi

TAJUK  : Pembalut Hadiah


Aktiviti P & P :

  1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang corak teknik cetakan.
  2. Guru berinteraksi dengan murid tentang jenis-jenis media yang sesuai  untuk membuat corak teknik cetakan.
  3. Guru menunjukkan cara membuat blok cetakan menggunakan parcel dan bongkah kayu.
  4. Murid menghasilkan blok cetakan.
  5. Murid mempamerkan hasil karya sendiri
Penilaian :

Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti untuk membuat blok cetakan berdasarkan dua standard kandungan.

Sambungan (minggu berikutnya)


Aktiviti P & P :

  1. Guru menunjukkan contoh dan ulangkaji tentang corak teknik cetakan.
  2. Guru menunjukkan cara bagi menghasilkan corak teknik cetakan menggunakan blok cetakan.
  3. Murid menghasilkan pembalut hadiah menggunakan teknik cetakan.
  4. Murid mempamerkan dan menceritakan karya seni  yang dihasilkan.


Penilaian :

Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti untuk membuat blok cetakan berdasarkan dua standard kandungan.