KLIK DI SINI!

Wednesday, November 21, 2012

DSV Tahun 2 :Membentuk dan membuat binaan (Topeng muka)


BIDANG : Membentuk dan Membuat Binaan (Topeng Muka)
TEMA     : Alam Semula Jadi
TAJUK    : Muka Haiwan


Aktiviti P&P
1.  Guru menunjukkan beberapa contoh dan bersoal jawab tentang pelbagai jenis topeng muka.
2.  Guru menunjuk cara menghasilkan topeng muka haiwan.  
3.  Murid menghasilkan topeng muka haiwan.
4.  Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang dihasilkan.
 
Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat topeng muka haiwan berdasarkan empat Standard Kandungan.

 

DSV Tahun 2 : Mengenal Kraf Tradisional (Gasing)


BIDANG : Mengenal Kraf Tradisional(Gasing)

TEMA   : Objek buatan manusia             

TAJUK  : Gasing Mudah
 

Aktiviti P&P
1. Guru menunjukkan slaid contoh gambar gasing menggunakan LCD (ni kalau menggunakan TMK) dan bersoal jawab tentang gasing.
2. Guru menunjuk cara menghasilkan gasing mudah dengan menggunakan box board.
3. Murid menghasilkan gasing mudah.
4. Murid mempamer dan menceritakan karya seni yang dihasilkan 

Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat gasing berdasarkan empat Standard Kandungan.
Ini semua contoh semasa pergi kursus dan of kozes sayalah yang buat...pening kepala woo sebab bukan opsyen seni...
Meh tengok contoh secara dekat...inilah yang dikatakan gasing mudah...nak warnakannya kena ikut spesifikasi yang ditetapkan. Kriteria pertama kena gunakan warna sekunder...Contoh hijau...ahaa tidak boleh warna direct hijau, kena ambil warna kuning+biru..Ahaks...budak tahap 1 dah belajar warna sekunder...dulu kami tingkatan 1 baru jumpa..


 Bila dah menepati kriteria yang ditetapkan bolehlah dapat band 6..
Masa saya mengajar tajuk ni, saya akan sediakan bulatan dan corak simetri tapi tak terlalu sarat, murid hanya membuat penambahan corak dan warna...

P/s : Rasa nak menangis bila ada murid tak faham2 ngan warna sekunder, tu belum ditambah tolong cucukkan lidi kat tengah2...



DSV Tahun 2 : Membuat corak dan rekaan (Lipatan dan Guntingan)


BIDANG : Membuat corak dan rekaan  (Lipatan Dan Guntingan)
TEMA   : Objek Buatan   Manusia
TAJUK  : (Hiasan Dinding)

 
Aktiviti P&P
1. Guru menunjukkan contoh dan bersoal jawab tentang pelbagai corak lipatan dan guntingan.
2. Guru menunjuk cara menghasilkan corak  teknik lipatan dan guntingan.  
3. Murid menghasilkan hiasan dinding bercorak teknik lipatan dan guntingan dan menampal  corak.
4. Murid mempamerkan dan menceritakan karya seni yang dihasilkan.
 
Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat hiasan dinding bercorak teknik lipatan dan guntingan berdasarkan empat Standard Kandungan.



DSV Tahun 2 : Menggambar (Gosokan)


BIDANG : Menggambar (Gosokan)
TEMA   : Objek Buatan Manusia 
TAJUK  : Robot

Aktiviti P&P
1. Guru menunjukkan lukisan robot dan bersoal jawab.
2. Guru menunjukkan cara gosokan untuk mendapatkan kesan pelbagai jalinan dengan menggunakan pensel warna.
3. Murid memilih permukaan yang sesuai untuk mendapatkan kesan pelbagai jalinan.
4. Murid membuat gosokan pada gambar robot.
5. Murid mempamerkan hasil karya.

Penilaian P&P
Proses penghasilan karya sepanjang aktiviti membuat gosokan berdasarkan empat Standard Kandungan.
  
Kalau  dalam kelas mcm terhad sket nak dapatkan kesan jalinan...
Antara permukaan yang boleh digunakan ialah tingkap, dinding, duit syiling, tapak kasut, permukaan mozek,pintu atau apa-apa permukaan yang timbul....