KLIK DI SINI!

Wednesday, May 4, 2011

Kek pengantin musnah!

   Menghadiri majlis perkahwinan adik di Kelantan memang meletihkan...kalau orang yang tidak biasa pergi asyik bertanya je bila nak sampai. Sampai di sana kami menunggu pula trip yg naik keretapi seramai lebih kurang 13 orang termasuklah anakku kimi yg sakan nak naik keretapi. kami bertolak dari Jb dalam pukul 10:15 mlm selepas menghantar emak dan rombongannya ke stesen keretapi yg bergerak dalam pukul 7:30 mlm. Kami yg menaiki keretatiba di kelantan dalam kul 7:40pagi, semput gak konvoi ngan Cikgu Man, laju hingga sepupuku ckp tak sempat nak menghayati pemandangan kiri dan kanan. Tu bawak Alza tu, kalau dia bwk wish dia lg semput kami nk mengejar...Keretapi sampai kul 9lebih pg.
   Nasib baik pihak pengantin perempuan ada menyediakan homestay untuk kami, terima kasih banyak2 kami ucapkan lengkap dengan pakej makan sekali.
Nak dijadikan cerita, waktu nak pegi tengok orang nikah aku dan beberapa kereta sesat...
Dan nak dijadikan cerita gak, aku telah punahkan kek pengantin...merah padam muka pengantin lelaki (adikku) memandangku, nak buat cmne salah corner selamat sempat amik gambar kek, kek 3 tingkat jadi 2 tingkat!!!
Harap pengantin banyak-banyak bersabar, kalau marah2 tak jadi nak sponsor...
Agaknya kek tu dah ditakdirkan akulah orang yang menjatuhkannya, padahal orang lain bimbang anak aku yg jatuhkan, last2 mamanya jugak yang musnahkan!
Dah tersurat...

 Selamat Pengantin Baru, semoga kekal ke akhir hayat...
gambar2 lain belum dimasukkan....


Renovate bahagian dapur (Part 3)

Dapur dah siap...tapi tak sempat nak amik gbr lagi...so kali ni masukkan je kitchen cabinet yang baru dibuat. Hampir sebulan aluminium kabinet ni nak disiapkan...Gambar di bawah tengah berselerak, kami belum sempat mengemas sepenuhnya...
Mula-mula pilihan warna merah semua....tapi cam tak best plak, last-last ginilah designnyer. Suamiku mengikut je citarasa isterinya. Anak-anak bujang excited ada kabinet baru...almaklumlah benda barulah katakan...Barulah isterinya rajin sikit nak memasak bila ada kabinet dan lantai dapur yang baru, walhal selalu gak beli makanan bungkus...hehehe...