KLIK DI SINI!

Monday, February 7, 2011

Selamat pengantin baru!

Kami menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu suami sebelah perempuan pada 30/1/2011 bertemakan warna yang aku minat iaitu merah putih. Pada asalnya kami bercadang tidor di rumah Cik Sarah atau Pok de tapi memikirkan anak2 yg agak lasak kami bercadang berpatah balik ke Jb lagipun jarak ke kota tinggi tidak begitu jauh, lebih selesa rasanya beradu di rumah sendiri. Malangnya pada keesokan harinya untuk majlis sebelah lelaki kami terkandas di tengah jalan akibat hujan lebat dan ada beberapa tempat mengalami banjir, suami terpaksa berpatah balik ke rumah..kami berangkat semula ke sana pada sebelah petang, malangnya setibanya kami majlis telahpun selesai, rasa ralat sikit sebab tak dapat mengikuti majlis sepenuhnya, sib baik semalam dah menjengah gak sekejap ke dewan melihat persiapan dewan yg bertemakan hitam putih…takpelah yang penting semuanya selamat dan berjalan lancar… Selamat pengantin baru diucapkan kepada sepupu suami iaitu Syafrie dan pasangannya Syazana. Semoga jodoh kalian berkekalan hingga ke akhir hayat..

P/s: Simpati nasib pengantin yang bersanding dalam keadaan banjir..