KLIK DI SINI!

Wednesday, September 29, 2010

Jamuan suka suki...

Hari ni bercadang nak buat jamuan suka suki sempena raya tupun sebab anak2 murid dah tergedik2 suh buat. Plan mintak tolong ngan emak masak...mula2 boleh!tetiba kena 'chong' ngan adik bongsuku ngan ayat..diorangkan kena rasa air tangan kau kak! Terus mak tak jadi...Pastu apalagi...akupun pujuk suami suh tolong aku masakkan mee hoon goreng...sib baik nak!

Waktu jamuan
Geram rasa ngan anak2 murid yg tak pernah menghargai penat lelah cikgu sendiri...kalau diorang tahu aku & asben bangun kul 4 pagi semata2 nak masak mee hoon goreng putih ni...sure haru, tupun aku rasa 5% je yg menghargai...melantak bukan main...
Aku ingat time makan berdisiplinlah sket...haram...padahal cikgu dia yang rajin ni dh setting tuk 30 orang, boleh 'short' tetiba...sbb ada yg amik lebih pinggan...geram tak? makanan tu memang lah ada lagi, tapi aku naklah diorang belajar cara menguruskan diri sendiri dan belajar bersabar. Ada murid, yang belum baca doa makan, dah ngap dulu! Tanggungjawab zero!
Eeeeeiii...malu dgn tetamu yg datang...mesti rimas tengok kelakuan dan kerenah budak2 ni...
Tapi rasanya cikgu2pun dah masak ngan perangai kelasku ini!
Selesai asben masak mee, tetiba aku terperasan lupa nak letak bawang putih sbb blend asing2! Halal jelah...kulit telur pun tak sempat nak bukak...dapat pulak anak murid yang rajin...tunggu aku bukak baru makan.
Inilah antara murid2ku yg baik2 ngee..ngee..ngee...
Terima kasih kepada
==> asben yang sanggup bangun walaupun tido lewat semalam,
==> anak2 yg tido lena dan tak meragam...,
==> sahabat guru yang sudi datang menjengah...,
==> anak murid yang sudi membawa kuih raya, cawan, pinggan, air (yang prihatin saje),
dan terima kasih kepada anak murid yang tak mendengar kata yg membuatkan cikgu tertanya2: kenapa korang jadi cmni???
Semoga kalian menjadi insan yang berguna kpd agama, bangsa dan negara...Janganlah menyakiti hati seorang guru..
Sabda Rasulullah s.a.w: "Akhlak yang buruk merosakkan amal seperti cuka merosakkan madu."

Nota kaki tanganku: Rasa cam tangan ni merenyam2 nak hinggap kat muka korang,...Nasib baik cikgu Sabar! 
"Maka sifat sabar itu adalah sikap yang baik, dan hanya Allah sahajalah tempat meminta pertolongan" (Surah Yusuf:18)