KLIK DI SINI!

Thursday, September 30, 2010

Mari memasak bersama chef echa!

Inilah orang paling sibuk di dapur...mentang2 baru potong rambut!
Sebenarnya hari semalam aku jadi meroyan sikit..,
tengah aku kemas dapur, anak yang kecil dah taburkan ajinomoto siap dia makan sekali...Si kecil ni manja sikit, bila aku menjerit je...terus menangis ketakutan...
Yang abang2 dia pulak boleh tak perasan adik dia mkn ajinomoto dek kerana sibuk suh aku bukak gula2, suami plak time tu tgh mandi kt atas..mulalah aku mogok taknak buat keje dan habis anak2 kena marah! selesai setengah jam, bila dah 'cool' sikit barulah aku mula memasak, tupun amsyar Harith masih berani dtg mengacau...takpe2, mama trained Amsyar jadi tukang masak, nanti senang ma takyah buat keje..., sorang memasak, sorang lipat kain, sorang lagi kemas rumah...hehehehe!


Udang goreng kunyit sempoi
Bahan-bahan:
1. Udang 500grm
2. Serbuk kunyit
3. Seulas bawang besar
4..3 ulas bawang putih
5.Lada hijau/merah
6.Sedikit garam/ajinomoto

Cara-caranya:
Lumurkan udang dengan serbuk kunyit + garam, goreng..
Separuh masak masukkan bawang putih, bawang besar, lada + aji

Tara...sempoi je...pastu bolehlah makan...inilah makanan kegemaran chef echa...
Baru echa makan 2 udang je, ayah dh ajak pi teman dia 'thumbprint'...balik semula tengok2 Echa dh tdo...
Kesiannya...terkilan gak sbb dia baru sempat ratah 2 ekor udang...huhuhu