KLIK DI SINI!

Monday, November 29, 2010

Ke pusara ayahanda kami

N3 yg tertunggak...Pada 17/11/2010 haritu kami sekeluarga ke pusara ayahanda tercinta.
Membawa anak2 mengenal adab2 ke kubur dan memberitahu makam arwah atoknya..
Beginilah kebiasaan kami bila tiba hari2 kebesaran...
kalau si abang (kimi) memang banyak bertanya hal2 kematian dan kubur, tapi berbeza pulak ngan si angah..
mungkin belum sampai peringkat umurnya lagi. Suka tengok Kimi bila dia faham apabila sampai ke tanah perkuburan, sopan je...siap marah adik dia dan berlagak bagai seorang abang sulung. memang dia sulungpun...
Along Kimi sedang memarahi Echa supaya duduk diam dan bersopan
 Tengoklah Echa, dia tak bleh dok diam walau sesaat...mungkin dia belum faham
 Dia siap jalan2 kat kubur tu, walhal kami belum siap membacakan surah Yassin. Nak tau apa jadi pada budak kecik ni...Selipar dia tersekat kt lumpur dan tak boleh bergerak...sib baik dia tak masuk kt lubang yg baru dikorek..
Tengah baca doa, mata Along Kimi terus mengekori ke mana adiknya pegi...sempat lagi memaksa aku menolong Echa yang tersekat kt lumpur...tulah nilah balasannya, bila tak geti dok diam!


Gambar di bawah sewaktu melawat pusara arwah ayahanda asben. Ini baru pertama kali anak2 ni di bawa..
Suami kehilangan ayahnya sewaktu berumur 5 tahun, aku kiranya masih beruntung kerana sempat memiliki kasih sayang seorang ayah...
 Ada kapur di muka kimi akibat gigitan nyamuk! Asbenku mmg rajin letak kapur ni bila anak2nya ada kesan merah..
 Tengoklah Amsyar...dia masih tak boleh dok diam,walau melawat kubur manapun...
Semoga anak2ku menjadi semakin faham bila mereka semakin besar...

AL-FATIHAH
buat
Allahyarham
Ayahanda Hj. Maskur bin Atmom
Ayahanda Jailani bin Ismail
Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org2 yg solleh
Amin.