KLIK DI SINI!

Tuesday, July 13, 2010

Cari persamaan dan perbezaan!

Lukisan ini diterjemahkan oleh Ammar Hakimi dari tv ke bentuk lukisan.
Mungkin ini cara seorang budak lelaki berumur 5 tahun belajar.
Pada pandangan aku, Kimi banyak mentafsir maklumat melalui apa yang dia lihat...mungkin budak lelaki lebih banyak belajar melalui mata, sebab tu ramai lelaki mudah tertipu dengan kecantikan. Lelaki mempunyai 9 akal dan 1 nafsu, sebab tu kadang2 tengok budak lelaki tak study tp dia skor...
Tengoklah hasil lukisan seorang budak yang masih mentah dan bersih yang tidak memikir apa2 masalah yang besar lg. Nampak tak, ada gambar Ultraman, raksasa, kapal penyelamat siap ngan fire dia, bangunan2 dan pokok. Biarlah orang ckp lukisan Kimi tak cantik tp sebagai mama dia, aku tetap memuji kecantikan lukisan yang dihasilkan oleh Kimi. Apa reaksi dia? bila aku puji je, dia suka dan terus peluk aku...mungkin dihargai. Oleh itu, pujilah anak kita dengan pujian yg melambung2...hehehe. Ultraman ni kimi tengok kt channel 611 astro ceria yg Musashi (tak tau spelling betul ke tak?)jd Ultraman Cosmos tu  dan dia selalu berebut channel ngan mak (nenek Kimi). Suatu hari aku ingin memframekan lukisan yg dibuat olehnya bagi menghargai minatnya melukis, selepas itu bolehlah dia melihat karyanya sendiri...


Pssssttt...ini ada cerita hot! Semua maklumat peribadi dirahsiakan...
  Berbeza pula cerita tulisan di atas. Cuba baca betul2, budak ni tulis cerita tersebut berdasarkan pengalaman? fakta? bacaan?. Aku pun tak dapat meneka dengan keadaan sekarang, budak2 begitu terdedah ngan internet, yang boleh kita ibaratkan ilmu tanpa sempadan. Bayangkan budak sekolah rendah dah boleh mereka cerita seperti di atas.
Jika cerita tersebut benar siapa yang harus dipersalahkan?
  Orang yang paling hampir mestilah ibubapa. Adakah pelajar tersebut kurang kasih sayang? kurang perhatian? tiada pemantauan? tak mustahil jugak benda2 ni boleh berlaku kpd diri kita sendiri maksudnya anak2 kita. Adakah guru2 yg bersalah?...format karangan di atas adalah karangan berbentuk dialog yang diajar oleh guru subjek BM. Guru hanya mengajar format karangan yang betul tapi bukan mengajar benda yang tak senonoh. Perlu diingat, sekolah bukan pusat asuhan di mana ibubapa meletakkan 100% penjagaan/didikan kepada insan yang bergelar guru. Awal didikan kan bermula di rumah...

Ini sambungan cerita di atas.
Geli geleman plak aku rasa, sib baik dia tak cerita lebih panjang...Buat masa sekarang akupun tak tau nak buat apa ngan budak ni, tp aku dh serahkan perkara tersebut pada pihak tertentu. Itu saja cerita dariku...bolehkah anda mencari persamaan dan perbezaan??? Senaraikanlah sekarang...harharhar (saje je ketawa...)
"Setiap anak dilahirkan cemerlang. Didikan, asuhan dan persekitaran yang merosakkan mereka"
"Ibu bapa cemerlang mengenali anak mereka dengan mendalam."
 Nota kaki tanganku: So kenali anak anda sebelum orang lain mengenalinya...