KLIK DI SINI!

Friday, September 17, 2010

Tak sempat bergambar!

Tiada gambar raya...masing2 sibuk melayan tetamu!
kini giliran aku raya pertama di kampung suami,
kebiasaannya kalau kami beraya di rumah aku, perkara pertama mesti amik gambar beramai2..
Tapi berbeza pulak keadaan di kg, awal pagi kami dah ada tetamu..
Lagipun takde kordinator nak sibuk2 tolong susunkan utk acara penggambaran..
Ni je gambar yg sempat snap di kg..
Tiga2 orang aku belikan baju yang sama kaler supaya sedara mara tahu mereka ni
adik beradik dan masing2 tak berebut baju...Ingatkan dah belikan baju sama takdelah yang tanya Amsyar ni anak siapa? rupanya masih ada insan yang tanya ..Ni anak siapa ni? huhuhu...keciannya ank mama...
Amsyar ni dari kilang yang sama..
Kesian echa, buat sementara ni terpaksa stop susu coz muntah2 n cirit birit...
Sedih je muka...Inilah anak2 yg sedar mara gelar 3 Abdul tapi ini versi 3 Am,
Ammar, Amsyar, Amzar...
Adik Hasif sampai tertidor2 diulit oleh kak mok...
Nak kongsi info ni...maybe amsyar terkena penyakit Rotavirus ni...
Rotavirus: * Menjangkiti 95 peratus kanak-kanak yang berumur kurang lima tahun
* Biasa menjangkiti kanak-kanak berumur antara empat dan 36 bulan. Kumpulan ini mudah terdedah dan berisiko tinggi mendapat jangkitan teruk sehingga perlu dimasukkan ke hospital
* Melibatkan semua kanak-kanak dari sebarang etnik, budaya dan sosioekonomi.
* Ia merupakan punca kematian kira-kira 440,000 kanak-kanak di bawah umur 5 tahun di seluruh dunia.

Komplikasi
Rotavirus boleh berubah menjadi komplikasi yang teruk dalam masa yang singkat memandangkan jangkitan virus ini yang boleh menyebabkan kehilangan bendalir badan yang banyak.

Jika jangkitan rotavirus tidak ditangani segera, ia boleh mendatangkan akibat yang serius seperti penyahhidratan yang boleh menyebabkan hipovolemia (suatu gangguan yang memperlihatkan jumlah darah yang beredar makin berkurangan), kegagalan peredaran darah malah, kematian.

Kanak-kanak lebih berisiko mendapat komplikasi serius dan kematian akibat jangkitan rotavirus berbanding orang dewasa.

Apabila digabungkan muntah yang kerap, cirit-birit yang berpanjangan boleh menyebabkan penyahhidratan serius dan membahayakan.

Kanak-kanak yang tidak mendapat terapi penghidratan mulut ataupun intravena bagi kes-kes yang lebih serius, mahupun jagaan hospital, boleh mati kerananya.

Apakah yang patut dilakukan dalam tempoh jangkitan?
* Berhati-hati dengan tanda-tanda awal penyahhidratan iaitu hilang selera makan, mulut kering dan kerengsaan
* Kerap membekalkan cecair kepada kanak-kanak yang dijangkiti untuk menggantikan kehilangan bendalir dalam badan ekoran muntah dan cirit-birit.

Apabila kanak-kanak dijangkiti rotavirus dan berada dalam peringkat serius, menjadi satu perkara biasa jika pesakit muntah dan cirit-birit sebanyak 20 kali sehari.

Sehubungan itu, adalah perlu untuk memasukkan kanak-kanak terbabit ke hospital bagi dibekalkan cecair secara intravena (suntikan dalam pembuluh darah).

Kanak-kanak yang dijangkiti rotavirus biasanya mendapat rawatan sokongan bagi mengawal gejala-gejala dan komplikasi penyakit itu. Penyahhidratan selalunya dikawal melalui terapi rehidrasi/penghidratan semula melalui mulut.

Bila perlu berjumpa doktor
* Jika kanak-kanak gagal mengekalkan kandungan cecair bagi tempoh lebih 24 jam
* Jika kanak-kanak terbabit ternyahhidrat
* Jika muntah-muntah lebih daripada tiga jam
* Kanak-kanak yang dijangkiti itu mestilah tidak diberikan sebarang ubat-ubatan untuk menghentikan cirit-biritnya kecuali yang diarahkan oleh pakar perubatan.
kadang2 pelik gak ngan doktor skang cam tak tau je penyakit apa...boleh dia cakap biasa je...
Aku rasa cam aku plak nak amik kursus perubatan..hehehe...(jgn mare doktor!).
Harap2 anak2 ada antibodi yg kuat!

Nota kaki tanganku: Mama sayang kalian!!!