KLIK DI SINI!

Monday, November 28, 2011

Annual Dinner 2011

Annual Dinner 2011 ini diadakan di Amansari Hotel, mujur tempat ini betul-betul bersebelahan dengan kawasan perumahanku...
 Inilah pemandangan Amansari pada sebelah malam


Makan di meja VIP, ala-ala VIPlah pulak...hehehe


Hadiah cabutan bertuah, ada beberapa penaja yang sudi menaja, terima kasih diucapkan!

Agenda pertama pada malam itu adalah ucapan daripada aku sendiri selaku Pengerusi kelab Guru, tak biasa memberi ucapan tapi terpaksa ngee...ngee...ngee...Aku tidak mempelawapun suami ikut ke majlis itu dek kerana malu nak memberi ucapan lagipun suamiku kerja....

 Terima kasih kepada rakan-rakan yang banyak membantu

Bersama GPK Petang.

Diucapkan terima kasih kepada rakan-rakan guru yang banyak membantu melancarkan majlis, bertungkus lumus menyediakan hadiah dan aktiviti2, tak layak rasanya menjadi Pengerusi. Diharap segala kekurangan dan kecacatan sepanjang menjalankan apa-apa program, pihak kami mengucapkan ribuan maaf. kami dah cuba yang terbaik!..Semoga segala kekurangan akan dapat diperbaiki oleh AJK KGK tahun hadapan. Sesungguhnya segala kekurangan datangnya daripada pihak kami dan segala kebaikan datangnya daripada Allah swt.
Terima kasih semua!!!

Hari konvo Ammar Hakimi

Tamatlah Ammar Hakimi belajar di sekolah Pasti. Majlis Anugerah Cemerlang dan penyampaian sijil ini diadakan di hotel Li Garden, Pasir Gudang. Hari tu mama paksa ayah ambil cuti....
Anak-anak yang lain terpaksa aku tinggalkan kerana tak larat melayan kerenah kalian yang sentiasa aktif di mana-mana, lagi2 mama tengah sarat...
 Tengah menunggu giliran kerana ada 12 Pasti di kawasan Pasir Gudang..
 Bersama Kak Mar yang anaknya sentiasa cemerlang dari umur 5 Tahun. Tahniah diucapkan...
Kimi membuat persembahan, aku je yang exited nak tengok padahal ayahnya relax baca suratkhabar...


Semoga Ammar Hakimi lebih bersedia menghadapi alam persekolahan sebenar....

Air tangan suamiku..

Benda dah lama tapi baru nk update...hehehe
Sejuk hati bila balik rumah makanan dah tersedia..suamiku memang cekap memasak tapi tak semestinya isteri dia lepas tangan...harini tiba2 datang angin kerajinan memasak, maka dapatlah kami sekeluarga merasa air tangan suamiku...

ikan seekor ni ditujukan khas untuk Amsyar seorang sbb dia tak suka sangat makan nasi, kena makan lauk saje...kalau makan ayam, bahagian peha dah 'booking'  dulu....
Terima kasih suami kerana kadang-kadang memahami keadaan diri yang tak larat memasak....