KLIK DI SINI!

Sunday, May 27, 2012

Atap depan (Part 2)

Ini corak kayu yang di pasang di hadapan rumah sebelum di cat hitam. Semua ini dipilih ats pilihan kontraktor, kalau atas pilihan aku mesti tak cantikkan?
Inilah kerangka atap yang siap di bina, yang tengah-tengah tu orang sebut 'tunjang bumi', akupun tak tahu sangat pasal nama-nama kayu ni. Tara...lihatlah rumahku, kat depan tu ada toto coklat yang tak diangkat-angkat hingga kawan aku tegur, almaklumlah rumah tepi jalan besar nampak saje aktiviti kami sekeluarga...hihihi
 
Gambar di bawah, gambar yang telah siap sepenuhnya. Nampak tak lampu yang telah dipasang, sebenarnya Wan nk psg lampu pam elektrik ala-ala zaman dulu2 tapi dia tak jumpa, gagahkan gak psg lampu ni...Tetiba ntah angin mana bwk dia pi kdi lampu masa dia ronda kerja, terjumpa lampu yang diingini dan  dihajati terus beli tapi malangnya sampai hari ni takde org sudi psgkn, nanti aku buat entri psl lampu idaman hati wan...kuikuikui. Ibu mertuaku datang, dia ckp atap dh cantik tp pgr tak cantik...hihihi apakah maksudnya itu??? kwang, kwang,kwang... bilakah aku akan menggunakan autogate? Oh tidak, aku dh rasa terseksa bila time hujan dan bila kena ambil anak sekaligus...abg, tlglah dgr rintihan isterimu ini......ishishish

 Hari ni jiran sebelah rumah buat kerja kahwin, so ada DJ yang ditumpangkan di rumah kami. Lihatlah kami mama Tati...troli DJ nipun kami boleh jadikan alat permainan. Anak-anak aku mcm takde aktiviti lain main benda alah ini, sib baik along Kimi main basikal ngan kawan dia! Sejak berkawan ngan budak-budak besar makin banyak 'vocab' mereka pelajari..kadang-kadang tak sangka mereka tahu perkataan itu. Oh my sons!!! Di harap mama Tati berpuas hati dengan entry ni...
Peace dari Amsyar Harith...

we love you mama tati...cuti ni tak dapat pegi kelantan, mama kata kete sempit n mama nak cat rumah bersama kami...


Atap depan (Part 1)

Ini entry yg diminta oleh adikku, silalah melayan gambar rumah aku yg tak sebesar rumahmu hihihi..
Ini keadaan rumah sebelum diubahsuai...setelah difikir masak-masak cara nak manghabiskan duit yang memang takde...kikiki! orang lain pasang awning atau skylight je, tapi mengenangkan kami ada ciri-ciri kemelayuan jd kami membuat keputusan untuk membuat atap genting ala melayu. Atap ini dibuat atas beberapa sebab. Antara sebabnya 1.kereta separuh kena cuaca panas dan hujan, selain itu 2.kami nak membuat autogate memandangkan aku terkial-kial membuka mangga, anak bujangku dh bertempiaran keluar...3.faktor keselamatan anak-anak...itulah sebabnya, bukan saje-saje kami nak membuatnya....
Mari layan gambar di bawah. Ini rumahku sebelum diubahsuai, pagar asal tu dh nak reput aku rasa...tapi masih bertahan sampai sekarang...
kerja-kerja pengubahsuaianpun dilakukan
Pokok di depan rumah dah ditebang tp tumbuh balik. Beginilah keadaannya, kayu-kayu diketam dahulu dan dicat selapis sebelum dipasang. Memandangkan suami nak warna hitam, kontraktor kena cat selapis dahulu. Kalau nak warna ala-ala kayu tak perlu cat....
Mari kita layan..
Tengoklah Amsyar berposing kt depan rumah sibuk menolong orang buat kerja..kalau tak tolong dia sibuk ronda satu taman dengan basikalnya.
Ok, ini hampir siap tapi belum siap sepenuhnya. Ini tak nampak ala-ala kemelayuan lagi...nanti kita sambung entry seterusnya...