KLIK DI SINI!

Saturday, October 1, 2011

Berhari Raya 2011..

 Kami beraya di JB pada raya pertama dengan tema warna jingga...Tahun ni semua adik beradik berkumpul di sini kecuali yang baru mendirikan rumahtangga...Anak-anakku paling seronok nak beraya...Bila dapat duit raya, semua terus pas pada ayah dia...tapi yang tak bestnya Amsyar terus bukak sampul duit raya depan orang yang bagi duit, sampul duit dia tinggal....hei...tak patut betul anak sorang ni!
Beraya di rumah bonda...
 Ini di rumahku bersama tiga orang anak bujang. Tahun ni ku gagahkan jua menjahit langsir sendiri...kuikuikui. Terima kasih kepada suami kerana sanggup menjaga anak waktu aku menjahit!,walaupun tak lawa, at least kami dah save budget sikit...sebenarnya penat gak jahit langsir ni, walaupun sikit! Lagi-lagi yang tak expert macam aku...
 Tahun ni, tiga balang kuih dah pecah akibat perbuatan hero-heroku...

Kami sekeluarga mengucapkan selamat hari raya dan maaf zahir batin...