KLIK DI SINI!

Tuesday, July 27, 2010

Aku part time di Jabatan Agama Islam...

Hari tu aku masuk ke kelas mengajar seperti biasa,aku rasa aku baru buat kesimpulan tentang eksperimen yang mereka buat pada hari Jumaat di makmal sains, sebelum aku masuk bab constellation di bawah Theme:Investigating the Earth and Universe...Okey..based on your observation, we can conclude the properties of acidic, alkaline and neutral substances in terms of colour changes of litmus paper. We use red and blue litmus paper to test whether its acidic, alkaline or neutral...How many colour of litmus paper?two...What is it..pastu adaler insan buat lawak ckp 'yellow' tu takpe lagi aku masih boleh terima coz aku bkan jenis cikgu panas baran...pastu aku terangkan lagi...if blue litmus paper turns to red,what the properties of substances??? acidic...Good!bla...bla...pot...pet...pot..pet...aku tegur bila budak tak beri perhatian..sok...sek..sok...sek...tetiba ada murid campak buku kat kawan dia, aku tak suka bila aku tengah terangkan sesuatu ilmu, murid buat benda lain...aku rasa tercabar...selama ni aku tak pernah nak kisah buku apa yang dia campak, tapi aku rasa terpanggil pergi ke budak tu...awak pas apa tu?buku...dah takde adab ke nak bagi elok2...dengan muka toyer bagi jawapan yang aku rasa selamba...
Memang betullah, bila dah di alam pekerjaan, kita lebih banyak bermain dengan Emotional iaitu bagaimana mengawal emosi...aku rasa lebih senang bekerja dengan IQ dari EQ!
Ntah camne, cam ada satu kuasa dan magnet suh aku tengok ada apa dalam buku tu...Astagfirullah...darah aku bagai naik atas kepala!automatik daripada aku speaking london, aku terus bertukar menjadi seorang ustazah ataupun penceramah bebas...Aku jadi kisah sangat..sebab murid ni guru kelas dia adalah aku. Dah banyak sangat dengar komplen dari cikgu2 lain pasal kebaikan mereka..walaupun mereka bukan anak kandung, tapi hati sakit woo dengar aduan!
Inilah gambo yang mereka lukis, betul tak aku cakap budak lelaki suka menterjemahkan dalam bentuk lukisan...Dah jadi cam Jabatan Agama Islam versi lain plak, dia uruskan orang kena tangkap khalwat, aku plak tangkap budak tulis/lukis benda tak senonoh..Hanya Tuhan saja yg tau perasaan aku waktu tu...
Patutlah, selama ni apa yang cikgu ajar tak masuk dalam kepala otak..rupa2nya dah banyak sangat noda hitam kat dalam diri awak yang menyebabkan ilmu tu tak berkat...camne awak nak pandai, kalau setakat nak pi sekolah buat benda ni, kurang ajar ngan cikgu2....dan pot..pet..pot...pet! takleh nak elobrate lebih2 coz aku dah tak ingat ceramah apa aku bagi tapi cukup membuatkan suhu badan aku naik hingga takat didih! tak pasal2 murid lain pun kena bebel...yelah, dah naik satu kapal, nak tak nak kenalah terima...bak kata pepatah kerana setitik nila, rosak susu sebelanga!
So, aku rasa tak salah kalau aku inform ngan penjaga mereka, apa yang anak diorang buat kat sekolah.. yang silap2 guru plak disalahkan. Daripada benda ni berlarutan lebih baik dicegah! bukan aku nak sakitkan hati mereka tapi dek kerana sayangkan pewaris negara ni, lebih baik sakit sekarang daripada kemudian hari...
Tak tahu nak salahkan siapa? memandangkan trend sekarang parents asyik cari kesalahan guru je tapi tak pernah pikir kesalahan sendiri, tak pernah nak pantau perkembangan anak2, tupun masih nak salahkan guru??asyik jaga guru tu tido, guru tu baca surat khabar, guru tu tak mengajo...kan suruh diorang pasang CCTV tengok plak anak dia bermain dalam kelas, tak bawak buku, tak buat homework...kan ckp detailkan marah plak...Siapapun kita, percayalah dengan seorang guru...Guru bekerja dengan Nawaitu yang baik, Niat guru suci untuk mendidik anak bangsa, jangan sampai niat ini dikotorkan dan guru tawar hati nak melahirkan modal insan gemilang...Aku bukan jenis yang buat kerja kerana seseorang, aku bekerja kerana ada amanah yang berat aku pikul, nawaitu kerana Allah s.w.t.

P/s: Aku harap, aku dapat menguruskan emosi dengan lebih baik...
      so,belajarlah menguruskan emosi (EQ), supaya menjadi pekerja dan ketua yang hebat!