KLIK DI SINI!

Friday, July 9, 2010

Kenapa suamiku beli kompas?

Dah hampir 3 tahun kami duduk rumah ni, tapi kenapa tetiba je suamiku beli kompas? Alamak...rupanya kami dh tersalah arah kiblat..Itulah akibatnya hanya percaya ckp org sahaja..Lain kali kena ikhtiar sendiri memastikan arah kiblat yg betul. Bagaimana dgn solat kami dan org2 yg solat di rumah? minta maaf banyak2, kamipun t'salah. Nak buat camne dh mmg tersalah...Selamat suamiku beli kompas, kiranya dia ada inisiatif utk lebih ke arah keagamaan...
Inilah kompas yg dibeli oleh suamiku yg menjadi rebutan anak2ku..Diorang ingat p'mainan ke apa? semua benda nak dicuba lebih2 lg si Echa..Takpelah semangat inquiri anak2 mama memang tgh b'kobar2. Daripada kompas ini jugalah aku mula belajar bagaimana nak tentukan arah kiblat, itupun tengok manual dalam dia...
Kenapa kita mesti mengetahui arah kiblat?
Kiblat penting bukan semata-mata sebagai arah solat, tetapi juga dalam upacara harian/keagamaan. Kepala haiwan yang disembelih (untuk korban mengikut kepercayaan Islam) diselaraskan dengan kiblat. Selepas meninggal dunia, seseorang Muslim dikebumikan dengan muka menghadap ke arah Kiblat. Ha...kesimpulannya memanglah pentingkan?
Tengoklah aku punya rajin...kat bilik anak2 siap tampal arah kiblat lagi..yelah kita org muslim kenalah ada tanda arah kiblat tu..sticker tu aku beli di kedai hardware dgn harga seunit = RM2.90 kot...dah lupa lah...Dah salah camni t'paksa naik tangga lg sekali memanjat utk membetulkan arah kiblat yg sebenarnya bukan ke kiri tp ke kanan sikit..Jadi kenalah cepat2 betulkan k...jangan nak harapkan suami aku yg buat...tempah harini, sebulan baru siap..ekekeke..sorry abg,..mengutuk sket!

"Jadikanlah masa yang berlalu itu pengalaman dan pengajaran, 
masa yang sedang berjalan kita isi dengan amalan dan
masa hadapan jangan terlalu diangan-angankan"